17 August 2010

WOOK BERHABIS DUIT RM2,000 UTK SUAMI DURJANA!!

Baca paper kadang-kadang mengundang perasaan marah dan sakit ati kaknon!! Tadi baru jer terbaca kisah Wook, wanita berusia 108 tahun yang mengahwini lelaki berumur 38 tahun. Dan Wook menghabiskan wang untuk menyambut hari raya sebanyak RM2,000 untuk menjamin suaminya yang tak reti di untung!!

Ikuti kisah Wook ini :
HULU TERENGGANU - Demi perasaan sayang kepada Mohd. Nor Musa, 38, warga emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundur sanggup menghabiskan duit simpanannya sebanyak RM2,000 untuk menjamin keluar suaminya itu yang ditahan sekali lagi kerana kes dadah.

Menurut Wook, duit simpanan untuk sambutan Aidilfitri itu terpaksa dikorbankan demi untuk berpuasa dan beraya bersama Mohd. Nor yang baru sahaja dibebaskan dari pusat pemulihan di Sungai Besi, Kuala Lumpur bulan lalu.

Semuanya dilakukan Wook demi Mohd. Nor yang sekali lagi ditahan kerana dipercayai mengambil dadah dalam satu operasi polis di Kampung Pasir Tinggi dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi Khamis lalu.

Majistret Mahkamah Hulu Terengganu, Azman Mustapha membenarkan Mohd. Nor diikat jamin selepas kesnya disebut oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Tuan Rosmah Tuan Husain di sini semalam.

Selain itu, Majistret turut menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh pendakwaan kes tersebut.

Pada 7 Julai tahun lalu, Mohd. Nor pernah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atas kesalahan sama dan ditahan di Pusat Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut.

Jelas Wook, biarpun dia kecewa dengan perbuatan suaminya itu, namun kerana sayang dan tidak mahu menyambut Aidilfitri dan berpuasa sendirian seperti tahun lalu, dia terpaksa mengorbankan simpanannya.

"Dia tetap suami tok dan tok tetap sayang walau apa pun yang dia buat.

"Tapi tok rasa sedih fikirkan apa yang dia buat sebab tok ingatkan dia dah insaf," katanya ketika ditemui dekat sini semalam.- Kosmo


P/S : Geram betol kaknon dengan laki si Wook ni!! Ambil kesempatan!! Tak sedar diri betol!


10 August 2010

PUASA, JANGAN TAK PUASA TAU!!

Assalamualaikum deknon semua.. Kaknon ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK dan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA pada tahun ini. Semoga semua yang kita lakukan akan diberkati dan menerima ganjaran yang setimpal.





Selamat Berpuasa semua.. Jangan ponteng puasa tau. Jangan tetibe gastrik la, sakit perut la, cirit-birit laa.. Macam-macam. Tipu dosa tauuu!! Heee.. MMuah muah..

P/S : Kaknon dh beli oat 3 in 1 tadi.. Kaknon sahur oat sahaja.. Takut pedih perut kalau makan macam. Ok la deknon. Sayang u ols.. Mmuah



06 August 2010

LAWAK | 5 Tip Untuk Tidak Dicuri Perompak


1. Untuk rumah - Pasangkan perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.


2. Untuk melindungi kereta - Langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim "second hand" yang buruk, beli ekzos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.


3. Untuk motor -Pancitkan tayar, cabut "spark plug" dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.


4. Untuk anak anda - Beli pakaian "bundle" untuk mereka pakai, beri hanya 50sen sehari pada mereka.


5. Untuk anda sendiri - Jangan suka menunjuk. (Berdosa tau !!!)
Hehehehe.. Selamat berhibur dan selamat ketawa~ kikiki.. tak kelakar pun korang wajib ketawa!!!


FAKTA MENARIK | Lelaki 50-an Lebih Puas Dalam Seks


Lelaki di usia 50an lebih mendapat kepuasan seks yang tinggi berbanding lelaki 30an. Penemuan kajian tersebut yang diterbitkan didalam BJU International menjelaskan, fungsi seks lelaki di tahap kemuncak ketika usia di dalam lingkungan 20an.


Menurut pengkaji, Sophie Fossa, MD PhD di dalam laporannya memberitahu, hubung kait di antara lelaki yang semakin berumur dan penurunan fungsi seks, bukannya disebabkan umur dan tahap kepuasan.

PETUA KAKNON | Jadikan "ASET" Anda Lebih Tegang


Petua untuk dikongsi pada hari ini adalah khas untuk kaum wanita. Jadikan "ASET" anda lebih tegang. "ASET" yang kaknon maksud adalah payudara.


Wanita Perancis sangat menyukai amalan ini. Mereka akan berendam dalam air sejuk untuk kecantikan kulit. Bagaimana mereka lakukan? Beberapa jam sebelum mereka ke majlis makan malam atau parti, mereka akan merendam payudara dalam air sejuk bercampur ais.


Mengapa?? Merendam payudara dalam air sejuk bercampur ais akan menegangkan saluran kecil dalam kulit dan rangsangan ini akan menjadikan payudara kelihatan tegang dan cantik. Cubalah untuk mendapat "ASET" yang cantik!!! Heeee


05 August 2010

HOROSKOP PILIHAN | Leo- Julai 23-Ogos 22

Bukan nak menilik tapi hanya sekadar suka-suka. Hahaha~ Mari kita kenali sifat Horoskop Pilihan Kaknon iaitu LEO.

KEKUATAN :
Berani, memiliki hati yang pemurah dan mudah bergaul.

KELEMAHAN :
Kamu selalu "berdrama" dan terlalu berterus terang tanpa memikirkan perasaan orang lain yang kamu lukai.

KESEKSIANMU :
Dirimu yang sentiasa tenang dan peramah membuatkan kamu mempunyai ramai kenalan rapat serta peminat di kalangan lelaki.

TIP 1 :
Bila Sang Bulan "menyuluh" personalitimu pada Ogos 8, kenakan penampilan edgy seperti menyarung cage heels dan skirt kulit.

TIP DATING :
Di pertengahan bulan, kamu dapat tahun jejaka yang pernah kamu kenali tetapi terputus hubungan masih lagi membujang! Ajak si dia keluar minum dan bersembang mengenai perkembangan diri serta kerjaya masing-masing.

TIP CINTA :
Berdekatan Ogos 7, beri hint untuk buat suami "tercari-cari" kamu.


Kepada yang berbintang Leo, kenali sifatmu dan mantapkan lagi keperibadian anda!! Heee~

10 PETANDA SI DIA SESUAI DIJADIKAN SUAMI

Hari kaknon nak kongsi 10 tanda "Si Dia" sesuai dijadikan suami. Jangan mara haaa~

1. Setiap kali kalian keluar bersama, si dia akan membayar bil makanan dan tiket wayang untukmu, bukan sebaliknya.

2. Bila melihat seorang ibu mengandung masuk ke dalam LRT, dengan hormatnya si dia akan berdiri dan memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut.

3. Baginya kelebihan yang kamu miliki adalah sesuatu yang baik untuk diri kamu seperti bab pangkat, gaji dan juga kelulusan. Dia tidak pernah berasa dengki atau tercabar seperti jejaka lain yang berfikiran kolot.

4. Dia tidak pernah sekalipun mengasari kamu atau menggunakan kekerasan jika berlaku salah faham atau berselisih pendapat.

5. Walau sesibuk mana sekalipun, si dia pasti akan meluangkan masa untuk makan bersama ibu bapa dan adik-adiknya di rumah seminggu sekali.

6. Kamu suka mendengar pandangan bijak yang buah hati kamu berikan ketika kalian sedang berbual dengan teman-teman mengenai isu semasa.

7. Selepas keluar bersamanya di waktu petang, si dia akan hantar kamu pulang sehingga ke depan pintu rumah dengan selamat, kemudian barulah si dia beredar.

8. Dia sentiasa memberi kata-kata semangat ketika kamu berhadapan dengan kerja yang bertimbun, bukannya merajuk kala kamu menolak untuk keluar bersamanya.

9. Kalau senang dengan caranya yang sopan kala dia bertegur sapa dengan makcik cleaner atau membuat pesanan kepada pelayan di kedai mamak.

10. Setiap kali cuti semester datang, si dia pasti akan mencari kerja sambilan bagi mengisi masa lapang selain mencari duit poket. Itu tandanya dia seorang yang berdikari!

02 August 2010

KENAPA KADANG-KADANG, TIBA-TIBA KITA RASA SEDIH?

KENAPA? Kadang2 tiba2 jer kaknon rasa sedih. Walaupun takde ape pun yang sedih berlaku tapi tiba-tiba hati ni rasa sayu jer. Rasa macam menikam-nikam, rasa sedih laaa...

Pelik sungguh hati ni. Takde apa yang usik, takde ape yang sentuh tapi tiba-tiba merasai satu kesedihan yang tidak pasti mana datangnya. Hurmmm... :)


Followers

free counters