30 June 2010

Malas Tahap Gaban!!

Serius pemalas tahap gaban dah kaknon ni. Hahahaha.. Mane taknye, sudah berapa kali cakap mau update blog tapi harammmm.. Hahahaha.. Kaknon takde cerita la nak sharing caring ngan deknon semua. Takkan la kaknon nak cerita, arini kaknon bangun kul berapa, kaknon breakfast apa, lunch apa, dengan siapa. Ishhhh.. Tak kuasa! Hahaha.. I bukan artis okeyy.. Hahaha..

Sekarang ni mood untuk berblogging seperti telah dicarik-carik, dirobek-robek, direntap-rentap, dipotong-potong, dicincang-cincang dan segala macam 'di' lagi. Huh! Hahaha.. Macam mane la nak jadi blogger tegar ni. Macam mane nak dapat visitor riban2 kalau macam ni. Hahaha.. Sangap sungguh!! Sekian......

29 June 2010

SELAMAT TENGAH HARI

Rumah Pegawai-pegawai Tentera China suatu masa dahulu. Terletak di kaki Great Wall of China.


Pemandangan dari atas Great Wall.

Holaaa.. Salam deknon semua. Apa khabar? Sihat? Adehh, lame sungguh kaknon tak mengupdate blog kaknon. Ini semua gara-gara kehilangan mood untuk menulis. Lepas balik dari Beijing tu memang kaknon rasa malas sangat2. Bayangkan dah bercuti selama seminggu bila nak mula kerja balik macam2 la alasannya. Hahahahaha..




Kaknon pun tak upload gambar2 kaknon di Beijing untuk tatapan sahabat2 dan pembaca2 semua. Kepada deknon yang setia mengunjungi blog kaknon selama ketiadaan kaknon dan walaupun kaknon tak update blog kaknon, kaknon ucapkan terima kasih banyak2. Lepas ni kaknon akan melupa merepek dekat blog ni semula!! Hahahaha.. Tungguuuu.. kekekeke




15 June 2010

KAKNON DAH BALIK DARI BEIJING

SUMMER PALACE, BEIJING


Salam semua. Wahhh.. 6 hari kaknon tak jengok blog ni. Kaknon baru balik dari Beijing. Sekarang di Beijing musim panas tapi Alhamdulillah, masa kaknon sampai tu tak sepanas yang disangka. Sebelum terbang ke Beijing ramai yang cakap buat apa pergi sana time sekarang, sekarang cuacanya lebih panas dari Malaysia. Tapi mungkin rezeki kami, cuacanya sejuk dan suhu pada paras 20-24darjah celcius sahaja. Malam pula memang sejuk sangat.


Hari pertama kaknon sampai di Beijing, kaknon diperkenalkan dengan tour leader kami dari China iaitu Mr Azmi@Jasmine. Hahahaha.. Dia memang berasal dari China dan fasih berbahasa Melayu. Jadi mudah la kami dah paham apa yang dia cakap.


Sesudah berkenalan, kaknon pun menaik bas persiaran dan bergerak menuju ke Summer Palace. Sebuah istana musim panas yang pemandangannya sangat2 cantik. Istana yang mempunyai sejarah ribuan tahun. Memang best! Kaknon sempat la posing2 kat istana tu.


Lepas tu, kami dibawa ke sebuah kedai mutiara. Banyak la mutiara yang cantik2 disitu. Tapi kaknon tak berapa berminat sangat mutiara2 ni. Cuma tengok2 sahaja. Harganya boleh la tahan. 100 Yuan ke atas. huhuhuhu.


Setelah selesai membeli-belah mutiara, kami dibawa ke sebuah restoran Chinese Muslim yang terletak di tengah-tengah bandaraya Beijing. Makanannya boleh la. Kaknon suka nasinya. Sedap dimakan begitu sajaaaaa.. Hahahaha..1st time makan di Beijing mula-mula rasa pelik jugak, tapi dah lama tu rasa ok la. Not bad la makanan dia. So siapa-siapa yang nak pergi Beijing, tak perlu risau tentang makanan. Semuanya ok. Kalau nak beli makanan ringan, tour leader akan bawa kita ke sebuah Muslim Supermarket yang makanannya dijamin halal. Supermarket itu terletak di kawasan terbesar Muslim di China. So tak perlu bimbang ok. Hahahaha.. Bawak megi dari Malaysia pun rasa takde makne. Tapi kalau nak bawak terpulang la yer.


Kemudian, selesai makan, kaknon dibawa ke sebuah hotel iaitu Sariz Hotel. 5 star hotel di Beijing. Lobby nya kecil dan biasa sahaja. Siap kaknon kutuk2 lagi. hahahaha.. Tapi bila masuk bilik dia, waaaaaaaaaaaa.. Hebat! Best sangat dan sangat selesa. Biliknya besar, cantik, bersih. Memang best! Kaknon pun ape lagi, terus membersihkan diri dan tido selama 2jam. Mana taknye, terseksa dalam flight selama 5 setengah jam untuk sampai ke Beijing. Tak tertahan rasanya. Bila dapat tido kat atas katil dengan selesa, perhhhhh... Nikmat yang tak terkata. Hahahahaha..


Petang tu pada pukul 4.30ptg, Azmi dah sedia menunggu di lobby untuk membawa kami menonton akrobatik show. Memang best! Diorang sangat istimewa. Liuk lentok tubuhnya, perhhh.. Ngeri jugak tengok. Tapi berbaloi! Lama jugak la show tu. Dah macam otomen dah kaknon tengok. Terbang sana terbang sini. Hahahaha..


Lepas selesai menonton show, kami di bawa untuk makan malam. Sebuah restoran Chinese Muslim juga. Makanan nya ok. Kaknon tengok semua orang makan dengan penuh seleranya. Takda yang kata tak boleh makan. Semua ok. Hahahahaha... Masing-masing tolak batu ngan kayu saja. Hahahaha..


Lepas makan, kami pun kembali ke hotel untuk berehat. Yela, hari kedua adalah hari yang sangat mencabar bagi kami. Kami akan ke Great Wall!!


Satu yang kaknon puji, bandar Beijing sangat bersih! Takde sampah langsung. Ada sahaja pekerja yang membersihkan setiap masa. Dengan menaiki basikal bateri mereka. Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang kaknon dapat di Beijing. Tapi kaknon akan cerita sedikit demi sedikit yer deknon. Heee..


08 June 2010

HOlaaa

Holaaa.. Salam deknon semua. Apa khabar? Maaf sebab kaknon tak dapat nak update blog kaknon. Busy sangat2 beberapa hari ni. Malam ni kaknon akan berangkat ke China. Doakan la kaknon selamat pergi dan selamat kembali yer.

Nak ole-ole ke? Hahahaha..

Nota kakiku: Jangan lupa menceriakan blog kaknon ok! Muahahahaha..

04 June 2010

2 HARI YANG MEMENATKAN

Salam deknon. Wahhh.. 2 hari kaknon takde masa langsung nak update blog. Teramat-amat busy dengan tempahan pelanggan. Siapa-siapa yang nak beli sabun basuh baju, murah dan berkualiti boleh hubungi kaknon yer. Sabun yang kaknon jual ni khas untuk kegunaan kedai dobi tetapi dia boleh juga di gunakan dirumah yer deknon.

Softener atau pelembut pakaian pun ada. Memang wangi u olss.. Hahaha.. Memang wangi deknon. Dijamin kewangiannya! Kalau tak, takkan ramai yang ambil dekat kaknon kan? Kalau ada sesiapa berminat nak meniaga sabun boleh la hubungi kaknon. Hehehe..

2 hari ni kaknon bertungkus-lumus menyiapkan tempahan pelanggan. Dia nak jual sabun dekat karnival. Katanya laku kalau jual di karnival. Kaknon tak pernah la jual di karnival, cuma mengambil tempahan, menghantar ke kedai-kedai dobi di sekitar tanah air. Johor, Melaka, Penang, Terengganu, Kelantan, Pahang dan pendek kata seluruh Malaysia la. Hahahaha.

Alhamdulillah siap jugak tempahan tersebut pada tarikh yang dijanjikan.

Selain menyiapkan tempahan untuk pelanggan tu, kaknon sedang menyiapkan pelbagai tugasan lain. Ini kerana, kaknon akan berangkat ke China pada minggu hadapan. Jadi, semua kerja-kerja harus disiapkan sebelum kaknon berangkat. Semua tempahan perlu dihantar dan disiapkan. Urusan pejabat juga harus di selesaikan.

Stok semua kene disediakan, takut nanti bila kaknon takde, susah pula kan.

Tak sabar rasanya menjejakkan kaki ke negeri China. Boleh jumpe Super Lin. Hahaha. Lin Dan la siapa lagi kan. Hahaha..


Nota kakiku: Kaknon akan melaporkan kawasan-kawasan yang bakal kaknon lawati di China nanti. Tungguuu.. Hahahahaha..


02 June 2010

BUAT DUIT DENGAN BLOG????




Betol ke? Dengan blog pun boleh dapat duit? Ishhh.. Tak caya la. Mana datangnya duit tu? Siapa yang bagi? Haaa.. Itu la antara persoalan yang sering diajukan oleh kaum keluarga dan sahabat-sahabat kaknon.

Sebenarnya, dalam family hanya kaknon sahaja yang menceburkan diri secara serius dalam dunia blogger ni. Kakak-kakak kaknon lebih suka main facebook. Kaknon pula tidak berapa berminat dengan social networking macam tu. Walaupun mempunyai facebook boleh menjadi salah satu kelebihan dan punca traffic ke blog tapi kaknon tak suka. Jadi, kaknon menggunakan kaedah lain dan terus menggunakan blog sebagai satu cara untuk kaknon berinteraksi di dunia maya ini.

Kerap kali mereka mengajukan soalan-soalan tersebut kepada kaknon. Setiap kali melihat kaknon kusyuk mengupdate blog dan blogwalking. Kaknon akan jawab begini,

“Buat blog boleh dapat duit. Main facebook, main Farmville tu boleh dapat duit ke? Dapat sayur kartun, dapat lembu kartun ada la. Kalau facebook boleh buat duit, sekarang jugak kaknon active kat facebook.”

Tapi setiap kali kaknon tanya macam tu jawapannya,

“Mana ada dapat duit. Suka-suka jer”

Hahahaha.. Adess.. Kaknon bukan la mata duitan ok. Kaknon cuma balas kutukan mereka saja. Macam yang kaknon kata sebelum ni, kita berblog untuk merasa puas apabila penulisan kita dapat sambutan, dibaca dan dikomen. Dan duit itu pula sebagai bonus kepada usaha kita menulis entry-entry tersebut. Kalau banyak, banyak la. Kalau sikit, sikit la kan.

Kaknon cakap macam tu saja nak bakar line.. Hahahaha. Tapi buktinya telah ada kan? Ramai yang telah berjaya menjana pendapatan melalui blog. Bukan saja dari ads tapi dari pelbagai cara.
Yang penting usaha dan jangan berputus asa!! Caiyok deknon!! Caiyok!!

Nota kakiku : $$$$$$.. Hahahahaha

01 June 2010

TAJUK ENTRY TERBAIKKKK!

Tajuk entry adalah salah satu ciri yang paling penting untuk menaikkan trafik ke blog kita. Pelbagai jenis tajuk entry yang menarik yang kita boleh jumpa. Kadang-kadang tajuk takde kene mengena dengan entry pun ada. Yang takde tajuk pun ada! (Kaknon la salah sorang tu). Hahahaha..

Sejak kebelakangan ni, kaknon lihat para blogger sudah semakin kreatif memberi tajuk kepada entry mereka. Kadang-kadang memanipulasi tajuk entry sangat berkesan dalam menarik pengunjung ke blog kita.

Dan disini kaknon senaraikan antara tajuk entry yang terbaik dan telah membantu menarik pengunjung ke sesebuah blog. Ini adalah dari pemerhatian kaknon di beberapa website komuniti dan sewaktu kaknon blogwalking.

Antaranya adalah :

1. Tajuk yang berkaitan dengan seksual.
Contoh : Peha artis dot dot dot.

2. Tajuk yang berkaitan dengan bagaimana meningkatkan trafik.

3. Tajuk yang berkaitan isu politik.

Dan tajuk yang paling terbaik adalah berkaitan nuffnang!!

Contohnya:
1. Cara meningkatkan pendapatan nuffnang.

2. Cara mendapatkan buffered earning

Yang paling best dan paling terbaik adalah,

CHEQUE PERTAMA NUFF SAYA! @CHEQUE KEDUA, KETIGA NUFF SAYA!!

Kalau letak tajuk tu kompem beribu-ribu lemon orang masuk blog deknon semua. Hahahahaha.. Semua pun teruja la melihat cheque nuff yang di gelapkan bahagian amount nya. Hek3.

Tapi, kaknon tak nafikan, kaknon lah salah seorang yang teruja giler tengok blog yang tunjuk cheque nuff mereka. Rasa berkobar-kobar pulak nak menaikkan prestasi blog kaknon. Hahahaha… Mata duitan betol!! Tapi takpe la, amek itu sebagai semangat untuk perbaiki setiap penulisan kita semua. Jangan ada yang jeles-jeles yer. Heeee

Nota kakiku : Awal-awal tahun aritu ramai jugak tunjuk pendapatan mereka. Tapi sejak akhir-akhir ni kurang pulak. Heee. $$$$$

KENAPA KAKNON MENULIS BLOG?

Blogger tumbuh bak cendawan selepas hujan. Setiap hari ada saja blogger baru muncul dengan pelbagai idea dan gaya penulisan. Dengan pelbagai alas an kenapa mereka menulis diblog.

Ada yang sangat bagus dalam penulisan mereka, ada yang menggunakan bahasa rempit yang membuatkan pembaca-pembaca berkerut kening untuk membaca. Ada juga yang penuh widget dan colourful. Macam-macam. Itu adalah terpulang kepada pemilik blog. Dia lah yang akan menentukan hala tuju dan mengawal segala-gala yang ada diblog mereka.

Blogger juga terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Fenomena tumbuhnya blogger-blogger baru ini adalah merupakan persaingan yang sihat kepada blogger-blogger lama. Seperti kaknon sendiri, yang mula berblogging pada 2008. Tapi masa tu masih mencari identiti sendiri dan berblogging hanya untuk menceritakan hal-hal personal kaknon. Seperti apa yang kaknon lakukan setiap hari, perasaan kaknon, dan sebagainya.

Sekarang pula kaknon lebih kepada isu semasa. Kaknon suka meluahkan pendapat kaknon mengenai pelbagai isu yang melanda Negara dan dunia. Kadang-kadang bukan pendapat pun tapi meluahkan kemarahan dan kekecewaan kaknon kepada sesuatu isu.

Kaknon juga suka menulis blog kerana dapat berkongsi pelbagai petua-petua, dan ilmu bersama deknon semua. Kaknon juga cuba menerima setiap kritikan yang diberikan oleh pembaca-pembaca blog kaknon ni.

Jangan tak tahu deknon. Walaupun blog ini hanya blog picisan dan tidak dapat menandingi kehebatan redmummy, beautiful nara dan ramai lagi top blogger, tapi kaknon tidak terkecuali menerima kritikan. Tapi semuanya kaknon ambil sebagai kritikan yang positif dan membina. Supaya kaknon dapat menulis dan memberikan yang terbaik untuk bacaan pembaca blog Midori Day’s ini.

Untuk duit? Hurmm. Jangan tipu la kata anda menulis blog BUKAN kerana wang. Kalau betol tidak ada sedikit pun kerana wang, SILA BUANG SEMUA ADS yang ada diblog anda. Bagi kaknon, siapa yang taknak duit kan? Kalau sambil menulis blog pun kita boleh menjana pendapatan sampingan, why not kita cuba kan? Itu kira satu bonus la pada penulis blog. Sedikit ke banyak ke itu belakang kira. Yang penting kita puas apabila menulis, puas apabila trafik mencanak, dan bertambah puas apabila menerima pendapatan sampingan yang kita jana dalam diam tadi.


Nota kakiku : Puas apabila setiap entry dibaca dan dikomen. Walaupun bukan semua entry menjadi perhatian tetapi tetap puas.

BOIKOT! BOIKOT!!!

ISRAEL semakin biadap!! Siapa mereka yang sesuka hati serang konvoi keamanan di perairan antarabangsa?!!! Dia ingat semua tempat dekat dunia ni hak milik dia ke?


Itu la dia kaum Yahudi yang dilaknat Allah s.w.t. Akal macam unta! Unta pun tak bodoh macam Israel. Alasan yang diberikan langsung tidak munasabah. Asal die serang orang jer, die cakap orang tu yang serang dia dulu. Padahal orang tu senjata pun tak ada. Macam mana nak serang dia?? Bodoh!! Bangang!! Kita tengok la apa US punya tindakan terhadap perkara ni. Diorang kan bestfrennnnnn.. Dah sah-sah Israel sengaja pergi serang kapal tu.


Serang dan bunuh orang yang lemah dan tiada senjata. Tak boleh nak pertahankan diri pun. Serang orang awam di perairan antarabangsa. Biadap!!


Jahanam la kau wahai Israel!!! Bangsa yang dilaknat Allah s.w.t sehingga ke akhir zaman.


Boikot ISRAEL!!!




**Gambar ihsan Google

Followers

free counters