15 June 2010

KAKNON DAH BALIK DARI BEIJING

SUMMER PALACE, BEIJING


Salam semua. Wahhh.. 6 hari kaknon tak jengok blog ni. Kaknon baru balik dari Beijing. Sekarang di Beijing musim panas tapi Alhamdulillah, masa kaknon sampai tu tak sepanas yang disangka. Sebelum terbang ke Beijing ramai yang cakap buat apa pergi sana time sekarang, sekarang cuacanya lebih panas dari Malaysia. Tapi mungkin rezeki kami, cuacanya sejuk dan suhu pada paras 20-24darjah celcius sahaja. Malam pula memang sejuk sangat.


Hari pertama kaknon sampai di Beijing, kaknon diperkenalkan dengan tour leader kami dari China iaitu Mr Azmi@Jasmine. Hahahaha.. Dia memang berasal dari China dan fasih berbahasa Melayu. Jadi mudah la kami dah paham apa yang dia cakap.


Sesudah berkenalan, kaknon pun menaik bas persiaran dan bergerak menuju ke Summer Palace. Sebuah istana musim panas yang pemandangannya sangat2 cantik. Istana yang mempunyai sejarah ribuan tahun. Memang best! Kaknon sempat la posing2 kat istana tu.


Lepas tu, kami dibawa ke sebuah kedai mutiara. Banyak la mutiara yang cantik2 disitu. Tapi kaknon tak berapa berminat sangat mutiara2 ni. Cuma tengok2 sahaja. Harganya boleh la tahan. 100 Yuan ke atas. huhuhuhu.


Setelah selesai membeli-belah mutiara, kami dibawa ke sebuah restoran Chinese Muslim yang terletak di tengah-tengah bandaraya Beijing. Makanannya boleh la. Kaknon suka nasinya. Sedap dimakan begitu sajaaaaa.. Hahahaha..1st time makan di Beijing mula-mula rasa pelik jugak, tapi dah lama tu rasa ok la. Not bad la makanan dia. So siapa-siapa yang nak pergi Beijing, tak perlu risau tentang makanan. Semuanya ok. Kalau nak beli makanan ringan, tour leader akan bawa kita ke sebuah Muslim Supermarket yang makanannya dijamin halal. Supermarket itu terletak di kawasan terbesar Muslim di China. So tak perlu bimbang ok. Hahahaha.. Bawak megi dari Malaysia pun rasa takde makne. Tapi kalau nak bawak terpulang la yer.


Kemudian, selesai makan, kaknon dibawa ke sebuah hotel iaitu Sariz Hotel. 5 star hotel di Beijing. Lobby nya kecil dan biasa sahaja. Siap kaknon kutuk2 lagi. hahahaha.. Tapi bila masuk bilik dia, waaaaaaaaaaaa.. Hebat! Best sangat dan sangat selesa. Biliknya besar, cantik, bersih. Memang best! Kaknon pun ape lagi, terus membersihkan diri dan tido selama 2jam. Mana taknye, terseksa dalam flight selama 5 setengah jam untuk sampai ke Beijing. Tak tertahan rasanya. Bila dapat tido kat atas katil dengan selesa, perhhhhh... Nikmat yang tak terkata. Hahahahaha..


Petang tu pada pukul 4.30ptg, Azmi dah sedia menunggu di lobby untuk membawa kami menonton akrobatik show. Memang best! Diorang sangat istimewa. Liuk lentok tubuhnya, perhhh.. Ngeri jugak tengok. Tapi berbaloi! Lama jugak la show tu. Dah macam otomen dah kaknon tengok. Terbang sana terbang sini. Hahahaha..


Lepas selesai menonton show, kami di bawa untuk makan malam. Sebuah restoran Chinese Muslim juga. Makanan nya ok. Kaknon tengok semua orang makan dengan penuh seleranya. Takda yang kata tak boleh makan. Semua ok. Hahahahaha... Masing-masing tolak batu ngan kayu saja. Hahahaha..


Lepas makan, kami pun kembali ke hotel untuk berehat. Yela, hari kedua adalah hari yang sangat mencabar bagi kami. Kami akan ke Great Wall!!


Satu yang kaknon puji, bandar Beijing sangat bersih! Takde sampah langsung. Ada sahaja pekerja yang membersihkan setiap masa. Dengan menaiki basikal bateri mereka. Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang kaknon dapat di Beijing. Tapi kaknon akan cerita sedikit demi sedikit yer deknon. Heee..


10 comments:

  1. mane ole2 midori? heheh bwk balik badan je ke hehe..ape yg aku paham kat krgn ko nih.ko asyik makan je.heheheh

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. memang keje aku makan je kt sane days.. hahahaha.. badan pun dah bertambah keberatannya. hahahaha..

    banyak lagi kaknon nak cerita ni.. tungguuu.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. best sgguh dpt tgk negri org..

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnyer kaknon...xde buah tangan atau buah kaki ker? ekekeke

    ReplyDelete
  5. best tak?pergi yang grouping punyer ke kak non?banyak borong barang dari sana?

    ReplyDelete

Followers

free counters