30 April 2010

SURAT UTK TOK TI | Siti Nurhaliza lahhhh.. Sape lagi??


Morning deknon-deknon semua. Haaa.. Pagi aku buat entry hari ni tau.. Hahahaha.. Entry ni adalah kesinambungan produk Tok Ti kita tu. Alaa Simply Siti. Haaa deknon-deknon yang tak bace lagi entry semalam tu klik sini untuk tahu cerita dari mula. Nanti takde la orang kata macam kera masuk kampungkan korang semua. Ahakss..


Haa, entry aku semalam banyak jugak orang komen. Rata-rata mengatakan produk tu MAHAL. Haa.. Ni aku ade surat untuk Tok Ti. Aku tulis sendiri ok.. Simply Siti punye pasal.



Kehadapan Tok Ti yang cantik jelita,


Tok Ti, nama saya Kak Non. Saya peminat Tok Ti dan Simply Siti Tok Ti tu. Masalah Kak Non kau ni sekarang, produk Tok Ti tu agak mahal. Lebih mahal dari ZA, dan Maybelline Tok Ti oiii.. Tok Ti, sila amek tindakan segera. Ahaks. Kalau campact powder jer dah berharga RM50 ke atas, ape cerr Tok Ti oiii? Baik kak non kau ni beli Loreal atau Revlon. Dah tentu2 mai dari oversea Tok Ti..


Kak Non bukan ape Tok Ti. Kan Non teringin nak try test Simply Siti tu haa.. Orang cakap cantik bila digunakan (Orang lain cakap yer Tok Ti, Kak Non sampaikan ajer..). Alaaa. Tok Ti, bagi la diskaun ke ape ke.. Diskaun 50% ke 70% ke kan? Baru la berbaloi-baloi. :P


Kalau barang import tu Kak Non tak kisah la mahal sebab banyak kene cukai. Kan? Kan? Tapi ni kan barang buatan Malaysia. Kite kan 1 Malaysia Tok Ti. Tok Ti kene la consider keadaan kami ni Tok Ti. Kami takde duit tapi kami nak cantik macam Tok Ti jugak. Terutamanye Kak Non ko ni haaa.. Kang larik plak Abang Non ko tu. Alaa Tok Ti kasi turun cket jer harga. Lagipun kan Tok Ti cakap, produk tu untuk semua lapisan masyarakat. Apa salahnya kalau Tok Ti buat amal jariah cket dengan Kak Non kau ni haaa..


Hek4. Tok Ti, jangan la amek hati yer dengan Kak Non kau ni. Kak Non cume menggunakan hak Kak Non sebagai pengguna sahaja. Menegur mana yang patut, meluahkan isi hati Kak Non. Bayangkan Tok Ti, Kak Non dah pegang dah Simply Siti tu, tapi bila tengok tag harga.. Rasa nak terlepas Tok Ti! Bukan nak terlepas Tok Ti la, nak terlepas barang tu laa. Ahaks.. Lagipun kalau turun cikettttt jer harga tu kompem Tok Ti, kompem seluruh Malaysia sold out Tok Ti oiii.. Yela, semua orang nak cantik cam Tok Ti. Kak Non pun nak tumpang sekaki. Ahaks.


Ok la Tok Ti. Kak Non dah penat membebel. Harap Tok Ti pertimbangkan la yer. Ramai deknon-deknon kt luar sane minat ngn produk Tok Ti tu. Tapi budget membataskan segalanya.


Thanks Tok Ti. Tok Ti tetap terbaikkk.. Flying kiss dari Kak Non tuk Tok Ti. Mmmuahhh... Salam.



Haaaa... Amacam deknon-deknon semua? Ok tak surat tuk Tok Tu? Ada nak tambah apa2 lagi tak? Kalau ada nak tambah korang bagitau aku @ kaknon korang ni. Ahaks.. Joyah aku arini.. Aku geram ni. Tak dapat merasa lagi Simply Siti tu. Ngeeee~~


Nota kakiku: Esok nak g usha lagi Simply Siti tu. Geram ni selagi tak dapat. Ahaks :P

29 April 2010

SIMPLY SITI | Bagus sangat ke?



Haipp.. Hehehe.. Apa kabar korang semua? Ada sihat kaa? Ada baik kaa? Hahaha. Suke dengan entry kentot aku? Haaa.. Korang boleh bace dan komen, tapi jangan tinggalkan kentot korang kat blog aku yer. Busyuk blog aku nanti. Aku sorang je kentot xpela.. Hahahaha



Haa. Hari ni kite cerita pasal bende lain. Yang tak busyuk.. Hahahaha.. Aku nak cerita pasal mekap la. Mekap Tok T kite tu. Siti Nurhaliza la sape lagi korang ni. Produk kosmetik die yang Simply Siti tuuuuu.. (dengan mulot yang muncung.. heee).



Aku bukan ape. Aku ni memang minat mekap2, kosmetik2 ni. Sebelom ni aku cume gune produk Maybelline, Loreal, ZA. Alaaa pendek kata yang ade kat Watson ngn Guardian tu la. Haa.. Nak dijadikan cerita, aku ada la usha barang2 si Simply Siti tu. Ade tak sape2 pernah beli dan gune? Yela, mane la tau korang beli wt perhiasan ke, bagi adiah kat orang ke kan. Aku nak tanya orang yang gune. Bagus tak produk Siti Nurhaliza tu? Harga boleh tahan mahal gak aku tengok.



Haa.. Tengok cun tak Tok Ti pakai lipsetik? Hehehehe (Google)

Mane la tau kot bagus kan. Boleh aku cube. Silap2 terus cun melecun aku pas tacap gune Simply Siti tu. Kalah si Irma Hasmie tu. Ahaks.. Aku tetap jeles ngn kau tau Irma! Apesal kau cantik sangat? Ishhhhh.. :P


Haaa.. Penat dah aku cakap ni haaa.. Takde ke respon2 dari pengguna produk Simply Siti tu? Aku dengar produk tu memang laku. Banyak yang kehabisan stok! Perhhh... Tambah kaya la ko siti oiiii.. Hahaha..


Haa ni gambar produk die. Cantik jugak die punye design. Aku memang suke blusher jenis macam tu. Sekarang aku gune blusher Elianto sebab aku suke kaler die dan design die macam Tok Ti punye la. Aku tak berapa suke Blusher Loreal. Huhuhuhu.. Maybelline ok.

Haaa.. Korang yang dah gune tu tak reti2 nak komen hasil nye? Cantik ke? Ahaks.. Yang lelaki ade pakai tak? Hek4 :P

Nota kakiku : Ahaks.. Sori la pada pembaca lelaki. Aku buat entry pasal mekap plak. Tapi ok ape. Sekurang-kurangnya, mane la tau korang nak bagi present kt wife or awek korang ke kan. Boleh bagi Simply Siti. Kompem diorg suke. Ahaks :P

28 April 2010

KENTOT BERAPI!!

Keflatulenan atau flatulens . Ape tu? Haaa.. Aku kompem korang tak tau. Hahahaha.. Amboi2.. Kalau Irma Hasmie laju je korang ek.. Kikiki~

Keflatulenan atau flatulens tu ialah kehadiran sebatian gas dalam saluran pencernaan yang merupakan hasil sampingan proses pencernaan. Campuran gas-gas tu korang kenali sebagai KENTOT. Hahahahaha..

Korang tau camne kentot tu boleh keluar kat montot? Heee... Sebab oto sfinkter dubur@montot korang bertenang secara sengaja atau tak sengaja. Jadi bebas la gas2 dari rektum korang tu. Asas dia macam ni, bila tekanan kentut dalam rektum melampaui keupayaan sfinkter dubur untuk menahannya, maka terlepas la kentot korang tu... Hahaha.. (Macam aku tak kentot jerk..Kikikiki~)

Kedudukan montot akan mempengaruhi bunyi kentot yang dihasilkan. Sama ada bunyi bergemerisik atau bunyi trumpet, tetapi ia juga boleh berlaku secara senyap. Orang tua-tua kata, yang senyap tu la yang paling harum.. Hahahaha.. Bluwekkk..


Gas tidak berbau kebanyakannya merupakan nitrogen (dihadam), karbon dioksida (dihasilkan oleh organisma aerobik atau dihadam), dan hidrogen (dihasilkan oleh mikrob yang sama), termasuk juga sejumlah kecil oksigen (ditelan) dan metana (dihasilkan oleh organisma anaerobik). Perhhh.. Metana pun ade? Kompem leh meletop ni kalau hulur api masa kentot! Hahahaha...


Korang jangan tak tau, kentot merupakan gas boleh terbakar tau! Sebab, gas metana dan hidrogen yang boleh terbakar terdapat dalam kentot. Kalau korang nak tau lagi, kalau korang nyalakan mancis, boleh menghilangkan bau dari kentot. Sebab, bau kentot datangnya dari hidrogen sulfida (dari makanan) yang akan terurai kepada wap air dan sulfur dioksida apabila diberi haba. Nak bukti??? Kentot berapi??? Tengok ni!!

Tadaaaaaaa...... Hahahaha... (Yahoo Image)



Huhuhu.. Kentot ni sebenarnye baik untuk kesihatan. Boleh buang gas-gas toksik yang terdapat dalam badan korang tu. Tapi ada sesetengah tempat, kentot depan umum dianggap sesuatu yang memalukan dan menjijikan. Kalau kat Malaysia ni, orang akan anggap korang ni tak bersopan sebab kentot dengan orang. Tapi kalau kat tempat omputih, bile orang kentot diorang cakap,



"GOODDDD.."



Kekekeke.. Tu daripada cerita kawan2 dan sedara-mara yang pernah g obersi la.. Hahaha.. Tak dapat aku bayangkan. Aku memang tak suke la orang kentot merata-rata ni. Busyukkkk... Metana ngn hidrogen sulfida banyak sangat!! Hahaha..



Cube korang bayangkan, kat dalam bas ke LRT ke, tengah2 korang layan blues tetibe.. "Prooottttttt". Haaaa... Tak ke nayer di buatnye. Hahahahaha.. Kalau takat bunyi jer takpe lagi tapi kalau siap dengan bau-bauan, tak ke haru?!



Itu tahan lagi, kurang2 pun korang tau owner die sape. Boleh bedok 2,3 kali! Ni yang jenis takde bunyik ni lagi haruuu.. Tibe2 kembang je lobang hidung korang tu. Pastu semua buat muke tak bersalah! Hahahahahaha...



Apa-apa pun, aku bukan tak bagi korang kentot. Sila2 la kentot. Tapi tolong jangan kentot berhampiran aku. Memang aku baling kasut kat korang!! Hahahahaha..



Abeh dah cerita kentot. Harap korang yang pening2 dok fikir dari mana datang nye kentot tu, akhirnya tau jugak la yer. Kikikiki~





Nota kakiku : Ntah la kenapa aku tetibe nak cerita pasal kentot! Hahahahahaha.. Korang jangan ambil hati. Anggap je sebagai pengetahuan am untuk korang ok. Nanti kalau anak korang tanye, abah, mak, kentot tu ape? Haaa senang nak jawab! Suh anak2 korang bukak blog aku yer! Hahahaha..



IRMA HASMIE | AKU JELESSSSSS.... HAAA GERAM!

Umcarkkkk!! hahahaha.. Haa hari ni aku nak cerita pasal Irma Hasmie. Caittt!!

Aku baru pas selongkar die punye Fb. Arhhh.. Geram aku tengok.. Apesal die tu cantik sangat? Aku tengok semua gambar die letak kat situ semuanya cantik2. Huwaaa..... Tolong tolongggg... Aku JELESSSSS... hahahah


Muka die sweet sangat. Mekap cket, pakai baju kurong simple jer dah cun melecun. Arhhhhhh.. Lagi sekali aku JELESSSSSS...


Tengok ni!!







Cait.. Pakai baju kurong cotton jer tapi cantik giler dah.. Haishhhh.. Pelik2.. Hahahaha.. Korang tengok lagi gambar die ni.. Tengok! tengok!!!




Eee geram aku. Aku paling suke kat minah ni ialah sebab mekap die. Mekap die simple sahaja. Takde pun gune warna pelik2. So memang sweet la kalau tengok die. Separuh artis tu mekap dah la tebal, pastu penuh kaler2 pelik. Hek4.. Aku rasa die ni la paling cantik mekap die. Perhhh.. Untung ko Ahmad Nabil oiii.. Hahahaha..




Haaa korang tengok! Pakai macam ni pun cute, comel dan cantik jugak! Sape tak hangin beb!! Hahahaha.. Arhhhh.. Aku jelessssss... Tolongggg tolongggg.. Hahahaha.. Aku suke tengok die ni! Arhhhhh.. Geram! Hahahaha...
Dah2.. Dah abeh dah cerita. Korang takyah nak ternganga2 tengok si Irma tu. Aku tau die cantik. Tutop la mulot korg tu. Masuk lalat kang haaa... Kikikiki..
Kalau nak tengok lagi korang pergi Google sendiri! Huhhh..



Nota kakiku: Semua gambar ni aku amek kt Google ngn Yahoo.. Kalau nak tengok lagi korang jadi la fan Irma kt Fb die. Memang cantik giler pic die dalam tu. Huhuhuhuhu

27 April 2010

HANG NADIM YANG BIJAKSANA

Tibe-tibe aku teringatkan kisah Hang Nadim. Korang kenal siapa Hang Nadim?? Tak kenal? Kalau tak kenal korang pergi tengok cerita 'Singapura Dilanggar Todak'. Hang Nadim ni la budak pintar yang memberi idea pada Sultan bagaimana nak menghalang serangan todak.


Mengikut cerita, Temasik (nama Singapura pada suatu ketika dahulu) telah diserang todak. Ikan-ikan itu menyerang penempatan masyarakat Melayu Asli di Tanjong Pagar. Pada waktu tu, ramai yang mati akibat di tusuk ikan todak.


Nak dijadikan cerita, serangan ikan todak ini bermula apabila Sri Maharaja menghukum bunuh Tun Jana Katib. Tun Jana Katib ni, seorang alim dan warak. Dia ni menyampaikan ajaran Islam di bumi Temasik tapi di tolak oleh Sri Maharaja dan rakyatnya.


Kalau korang nak tau, masa tu serangan todak semakin menjadi-jadi. Ramai penduduk yang mati akibat menjadi benteng dekat tepi laut. Sri Maharaja memerintahkan rakyatnya pergi ke laut tahan dengan betis. Hahaha.. Korang fikir la, mane la si todak2 tu tau mane satu namenye betis. Die main cocok jer kan. Kikikiki~


Melihatkan keadaan itu, Hang Nadim yang kecil comel tu pun meminta untuk berjumpa Sri Maharaja. Hang Nadim cakap kat Sri Maharaja tu,


"Tuanku yang bijaksana, kenapa tidak kita membina benteng yang diperbuat daripada batang pisang untuk menahan serangan todak itu? Daripada tuanku menghantar rakyat untuk menjadi benteng dan akhirnya ramai yang terkorban tuanku".


Sri Maharaja pun bersetuju dengan cadangan Hang Nadim budak kecil comel dan bijaksana macam midori. Heeee..


Maka, diperintahkan la segala hulu balang dan rakyat membina benteng yang diperbuat daripada batang pisang di sepanjang pantai. Akhirnya banyak lah todak yang tersangkut muncung dekat batang pisang tu. Selamat lah Temasik daripada serangan todak.


Semua rakyat sangat berterima kasih kepada Hang Nadim dan mengikut cerita, Hang Nadim diberikan pingat jasa bakti oleh Sri Maharaja.


Tetapi, jasa Hang Nadim menyelamatkan Temasik tidak dapat menyelamatkan nyawanya sendiri. Korang nak tau tak, manusia ni dekat mane-mane pun ade yang tidak berhati perut dan pentingkan diri sendiri. Mengikut cerita lagi, ade segelintir pembesar yang tak puas hati dengan Hang Nadim. Jadi diorang ni dah berpakat nak menjatuhkan dan menfitnah Hang Nadim.


Korang tak Hang Nadim ni berapa umor dia masa tu? Umor dia hanya 7 tahun!! Tapi sangat cerdik. Pembesar-pembesar ni buat fitnah mengenai Hang Nadim. Mereka telah berjumpa dengan Sri Maharaja dan lebih kurang camni la dialog dia,


Pembesar : Yang bijaksana tuanku Sri Maharaja, patik dan sahabat-sahabat amat bimbang mengenai Hang Nadim.


Sri Maharaja : Kenapa wahai pembesar negeri?


Pembesar : Tidakkah tuanku terfikir bahawa, kanak-kanak ini sangat pintar dan suatu hari nanti apabila dia sudah besar, dia akan merampas takhta tuanku. Patik fikir lebih baik tuanku bunuh sahaja Hang Nadim sebelum ia benar-benar berlaku.


Korang pun boleh bayangkan raja-raja dulu-dulu, kalau kita boleh tengok dekat filem pun, mereka banyak buat keputusan yang salah dan tanpa usul periksa. Jadi, Sri Maharaja yang dah termakan hasutan tu pun mengarahkan Hang Nadim dicampak ke laut.


Akhirnya tamatlah riwayat Hang Nadim di laut akibat kekejaman para pembesar diwaktu itu.


Haaa.. abeh dah cerita.. Kikikiki~ Dah dah g mandi! Eeee bucuk dah korang ni. Dok nganga jer bace cerita ni.. Kikiki~



Nota kakiku : Nasib baik zaman sekarang dah berubah. Semua kesalahan akan di adili di mahkamah. Dan setiap kesalahan akan diselidik betol2 sebelum hukuman dijalankan. Kalau tak, mesti ramai cendiakawan yang terima nasib yang same seperti Hang Nadim. Malaysia Boleh!!

GAMBAR MASA FORM 3

Yuhuuu.. Everybody clap ur hand! Kekekekeke~


Apa khabar korang semua hari ni? Aku biasa ar.. BORINGGG!!! Hahahaha.. Entry aku kali ni adalah mengimbas masa zaman sekolah.. Kikiki.


Semalam aku godek2 Fb aku. Then, jumpe ramai la dak sekolah aku dulu. Ada plak yang sorang ni upload pic mase Form3. Gambar klass kitorang untuk majalah sekolah. Wahahaha.. Muke aku?? Muke aku paling tak leh blah!! Adoiiii.. Macam tak percaya itu aku! hahahaha..


Aku masa sekolah dulu aktif bersukan. Sukan kegemaran aku netball la. Captain sekolah ni!! Hahaha.. Kalau dah kuat bersukan korang tau la kulit aku kompem cerah punyooo!! Adehh.. Malu aku tengok pic tu.. Korang nak tengok ke? Hahahahaha.. Malu malu maluuu...

Ni diaaa.. Budak2 kelas 3 Arif. Masa ni tahun 2000.


Aku sekolah kat sekolah ni sampai form 3 jer. Pastu masuk teknik. Masuk teknik pun same gak. Kulit aku memang cerah giler!! hahaha..

Mesti korang tertanya2kan yang mane 1 aku? Hahaha.. Eeeee biar la rahsia.. hahaha..

Budak2 ni dah ade yang jadi mak budak dan bapak budak dah pun. Ramai dah mendirikan umah tangga. Aku jer yang terhegeh2 lagi. Ahaks. Tapi best kalau ingat kisah dulu2. Sebab sekolah ni dan kelas ni yang paling best aku pernah join.

Sekolah teknik tak best. Skema! Yang best 1 jer kat teknik, aku jadi johan bola jaring daerah gombak. Kalahkan sekolah lame aku. Hahahaha.. Tapi masa team teknik lawan sekolah lame aku, cikgu teknik tak bagi aku main. Suh aku dok jauh2. Die cakap nanti aku bias. Aku kesian doww tengok geng2 aku mase sekolah lame tu kene belasah teruk. Huhuhu.. Kami dak2 teknik memang antara top player kat gombak.

Cikgu sekolah lame aku siap suh aku pindah sekolah balik. Hahahaha.. Kesian aku tengok team die kene belasah. Tapi apakan daya, aku takleh nak khianat team aku sendiri. Aku cume suh cikgu tu sabar je la. Aku memang suke cikgu tu. Die baik. Dia lah yang pilih aku jadi player sekolah mase aku form 1. Bayangkan la, aku sorang2 jer dak form 1. Yang lain semua form 2 & 3. Memang tahap kene buli la aku masa tu. Siap diorang tak bagi aku main lagi!. Hahahaha.. Tapi aku cool. Aku wt derk jer. Nak letak aku jd simpanan yer??? Hah amek ko!! Ko sendiri yang jadi simpanan! Hahaha.. Siapa tu? Takyah la korang tau. Korang cume harus tau die berlagak macam kapten. Hahahahahahaha..

Cume yang tak bestnye kan, dah la dalam team aku kene buli ngn dak form 2 & 3. Budak form 1 pun ramai tak puas hati dengan aku. Termasuk la seorang sahabat yang rapat dengan aku. Sebab masa pemilihan terakhir, die kalah dengan aku. Huhuhu.. Tapi aku tetap cool. Aku tetap tegur dan kawan dengan dia. Dan bila team sekolah tu dah jatuh ke tangan aku, orang pertama yang aku pilih, adalah dia. Sejak tu, dia layan aku macam time kitorang rapat tu.. Huhuhuhu..

Bila aku masuk teknik. Team tu di ambil alih oleh dak form 5. Huhuhu.. Cian2..

Hurm.. Habis dahh!! Dah dah g buat keje. Ponteng keje korang ni!.. Hahahaha


26 April 2010

AGAIN!!


Wohohoho.. Hari ni aku dapat award lagi. Walaupun aku pernah dapat award ni tapi aku tak nak menghampakan sahabat yang susah payah bagi aku award ni. Jadi aku buat semula untuk dia.


Pertama-tama, aku nak ucapkan terima kasih kepada Miss Mirror di atas award yang di berikan kepada aku + blog aku yang tak seberapa ni. Memang blog aku dan diri aku pun biase2 jer (wahh.. ayat sedih la plak. hahaha). Tapi aku ucapkan terima kasih sebab sudi bagi award ni pada Midori yer Miss Mirror.

Alamak kene bagi pada 15 blogger ni yang letih ni.. Hahahaha... kalau tak nak bagi boleh tak? nak simpan tuk diri sendiri jer! hahahaha..

Nota kakiku: Terima kasih Miss Mirror! Midori simpan tuk diri sendiri je la yer. Hahahaha

ROMBONGAN CIK WAN & CIK TON

Salam. Oops.. 3 hari tak update blog. Huhuhu.. Hari ni aku tak nak tulih cerita merapu. Aku cume nak share ngan korang semua apa aku buat pada hari Sabtu lepas. Aku tau aku bukan artis yang korg semua nak tau ape aku buat, apa aku makan, mana aku pergi, dengan sape aku pergi. Kan? Kan? Kan? Tapi aku peduli ape?! Aku nak cerita jugakkkk.. Wahahahahaha..


Jadi, begini cerita die.



Al-kisah.. Di sebuah taman yang diberi nama Taman Bukit Permata. Tinggal la sebuah keluarga. Dalam keluarga tu ada mak, daddy dan anak2 dia yang 8 orang tu. 2 dah kawen, tinggal la lagi 6 yang terpaksa menahan gatal nak kawen sebab masih tak berapa nak cukop umor untuk kawen (termasuk aku la tuh.. kekeke~). Wiu wiu wiuuu...


Diceritakan, pada hari Sabtu itu, berkumpul lah keluarga ini beramai-ramai. Mak dan daddy dan seorang anak lelaki tunggal dalam keluarga telah berjaya melangkahkan kaki ke universiti, jadi mak dan daddy busy mengelolakan anak lelakinya itu.



Kami yang lain2 ni ada program lain pulak. Heee.. Kami membuat rombongan Cik Wan & Cik Ton ke kenduri kawen. Maka, kami pun beramai-ramai siap cun2. Pastu dengan berbekalkan GPS dari iPhone Cik Wan, kami terus ke Desa Subang Permai. Dimana kawan Cik Wan kawen.


Terima kasih kepada GPS iPhone Cik Wan yang membantu kami kesana.. Wawawawa..


Dah sampai sana, kami pun makan beramai-ramai. Orang kaya gak la yang kawen ni. Besar umah dia. Umah kami kecik jer, jadi kami jadi agak kagum ala2 sakai dok perati umah pengantin. Makanan dia ok la. Kenyang jugak la kitorg masa tu. Heee.. Pas dah makan kitorg tunggu ketibaan pengantin. Cantik jugak la pengantinnye. Tapi cantik lagi tuan blog ni!. Wahahahaha... Apa? Nak cakap aku perasan la tu! Arhhh..Ada aku kisah?? Wahahahahaha...


Dah puas tengok pengantin, rombongan kami pun berangkat la dari umah pengantin. Eh, tapi sempat gak la aku snap pic pengantin CUTE tu.. Heee...








Entah macam mane kami pun tibe ke Sunway Pyramid. (Ntah macam mane konon! Wahahaha)Dengan berbaju kurong moden je, aku dengan selamber berjalan2 di Sunway Pyramid. Korang nak tau tak? AKu tak tau la aku ke yang sakai atau orang2 yang kat Sunway Pyramid tu yang macam sakai. Aku tau la aku pakai baju kurong moden kan, sume pakat usha jer. Siap gelak2 kan aku lagi. Perhhh.. Macam haremmm...




Salah ke aku pakai baju kurong pergi shopping kompleks? Aku rasa biasa jer. Sopan, ayu laksana perempuan melayu terakhir. Daripada baju diorg yang nampak tungkik dan tak cukop kain tu. Aku rasa bertamadun lagi baju yang aku pakai! Huh.. Ada ke letak syarat kalau nak pergi shopping kompleks kene pakai baju dan seluar nampak tungkik???!! Ada ke??? Aku tak kisah kalau diorg nak pakai, lantak ko la. Tapi tak perlu kot nak usha aku dengan muke pelik2 korang tu! Aku tau aku ayu.. Wahahahahaha..


Jadi, aku pun wt derk je la. Sebab aku tau, perempuan2 tu jeles sebab balak2 diorang, laki2 diorang pandang aku yang ayu ni haaaa. Sebab tu diorg buat muke dan konon2 gelak kan aku. Wekkkk.. Wahahahaha..


Sempat jugak la kitorang perposing kt sane. Almaklum la, bukan selalu dapat pergi Sunway Pyramid kan?? Hahahaha.. Ayat macam haremm..


Cik Wan & Cik Ton yang bertanggungjawab bawak aku pergi Sunway dengan baju kurong je. (Dari kiri : Yuyun, Cik Wan, Cik Ton & yang kecik tu Mamat)




Cik Wan ni abg ipar aku, Cik Ton tu plak akak aku. Hee.. Yuyun tu adik aku dan Mamat tu plak anak Cik Wan & Cik Ton. Hahahaha.. Aku?? Aku photograper jerk.. Hek4..

Masa dalam Sunway Pyramid tu, kitorang pekena McD. So, tempat kitorang dudok tu boleh nampak dalam Sunway Lagoon. Sempat gak la aku usha2 orang tengah mandi manda. Cume aku pelik, tak ramai pun orang mandi kat Sunway Lagoon tu. Kosong jer. Tapi ade la orang main flying fox. Best nyeee.. aku memang suke bende2 extreme ni. Dulu masa sekolah2 rajin la main bende2 ni.Tapi sekarang takde dah. Tu aku plan nak masuk extreme park Sunway Lagoon tu. Best tak??


Nota kakiku : Masa aku tulih entry ni aku terdelete signature aku. Hampagas sungguh!. Lantak ko lah!

21 April 2010

CERITA AKU LAGI

Aku baru balik dari Shah Alam. Pergi campus untuk amek transkrip yang telah siap. Tak yah la korang tanya result aku. Tak yah la korang tergedik2 nak suh aku upload transkrip aku tu. Result taraf anugerah naib canselor, anugerah pelajar cemerlang punyooo.. Hak hak hak.

Lame tau aku nak dapat kan transkrip ni. Macam-macam dugaan aku hadapi. Siap mengamuk kat kaunter bendahari lagi. Gara-gara kesengalan dia nak lepaskan transkrip aku. Aku dah bayar weh. Bukan tak bayar. Die sengaja nak tambah-tambah jumlah yuran aku. Sape tak hangin. Aku gegar kaunter die tu. Terus diam seribu bahasa dia. Aku cakap elok2, lemah lembut tapi dia nak tunjuk garang plak. Dia ingat dia sorang jer yang garang??? Hah amek kau!! Baru kau tau sape lagi garang. Dah la dia yang wat silap. Hampagas betol..

Lame gak ar aku berulang-alik nak menyetelkan bende ni. Akhirnya setel jugak. Puas hati aku dah dapat transkrip ni. Plus, puas hati aku dapat tunjuk kegarangan aku ngan pompuan tu. Bukan apa, dah lame dah aku simpan. Makin lame makin kurang ajar plak diorg ni layan student. Kalau dah kurang ajar tu, ni diaaaa... Cikgu Midori datang nak kasi ajar cket diorg ni wt keje. Syukur dapat gak aku pegang transkrip aku ni. Pasni tunggu untuk konvo plak. Harap-harap semua berjalan lancar.

Pas balik dari Shah Alam tadi, aku singgah carefour. Saja jalan-jalan menenangkan fikiran. Usha sini, usha sana. Last2 aku beli bedak sejuk seri mawar jerk... Wakakakakkakaka.. Nak bagi kulit muka ni halus, mulus, tulus, tapi bulus takde yer.. Wahahaahhaha..

Eh, ermm.. Aku terbaca kat kotak shoutmix aku tu, si days kawan blogger aku yang selalu komen entry aku tu. Dia suh aku buat cerita kanak-kanak plak pada masa akan datang. Kata boleh untung banyak. Wakakakakaka. Banyaknya ringgit-ringgit $$$$$... Ini semua gara-gara karangan rasmi aku semalam la. Cube la korang bace yang The Bear And The Kancil tu. Tapi aku rasa la kan, mau kene lempar buku-buku aku tu nnt oleh mak-mak bapak-bapak budak2 tu. Mane taknya. Cerita tak masuk akal langsung. Wakakakaka...

Nanti la days, aku tunggu letrek xde lagik. Sebab aku terlampau banyak idea time2 blackout ni. Letrek blackout tapi otak aku ni berfungsi tahap gaban masa tu... Wawawawawa... Tapi kalau korang suke nanti aku buat la lagi (ayat perasan.. Wakakakakak)


Nota kakiku: Pasni aku teringin nak buat cerita yang hero nye berok. Kekekekekeke...

20 April 2010

SATU TENGAH HARI TANPA LETRIK

Huh.. hari ni kat kedai dobi takde letrek. Jadi kami semua ambil peluang untuk berehat-rehat dan yang paling best si kak ina tu sempat membuta!!. Hampeh. Ni semua gara-gara TNB wt penyelenggaraan mende ntah.. Tension2..


Korang bayangkan je la yer aku punye tension, sampai aku jalan kaki anto si pu3 g sekolah. Hampir 1 kilometer gak la pergi balik. Perhhh... Nasib baik hari ni tak berapa nak panas cuacenye. Nak dijadikan cerita, kitorang pun jalan punye jalan, punye jalan, sampai la kt segi 3 bermuda tu. (tempat yang aku selalu anto die tu.. depan umah kawan die yang aku tak tau apa nama nye.. kekekeke). Actually, ada sesuatu yang menarik perhatian aku kat tepi sekolah die tu. Tu yang agak sanggup aku jalan kaki anto die tu.. hahahaha..


Bila dah sampai kt segi 3 bermuda tu, aku pun usha2 kat tepi sekolah die tu.. Perhhh.. Aku nampak!! Aku nampakk!! Aku pun ape lagi, aku usha si pu3 pastu dengan pantas die pun menjalankan tugas. Dengan langkah yang lenggang lenggok, die pun terus menuju menghampiri makhluk berwarna merah itu. Aku hanya melihat dari jauh. Takot2 die lari plak kan.. Kikikiki.. Agak lame jugak la aku berdiri kt tepi jalan tu.. Dah macam mak janda dah.. Ngeh ngeh ngeh.. Aku dapat lihat beberapa pergerakan dan aktiviti sedang dilakukan oleh tuan punya makhluk merah tu.


Dengan penuh kesabaran, aku menunggu pu3 menyelesaikan job yang aku bg tu. Kemudian, aku lihat pu3 mula bergerak menjauhi makhluk merah tu. Dengan lenggang lenggok die tu, slow motion jer datang kat aku. Perhhh.. Aku lihat pu3 membawa sesuatu yang diberi oleh tuan makhluk merah tu. Berdebar-debar aku rasa!! Dup dap dup dap.. Bila die dah dekat aku terus sambau bende tu!! Perhhhh... Macam2 perasaan ade. Tetibe pu3 cakap sesuatu. Aku macam dengar tak dengar jer.. Hanya sengih jer sebab dah tak sabar aku nak menikmati bende tu. Betol2 buat aku terangsang dari ujung rambut sampai ujong kaki. :P


Ni la bende yang wt aku giler tu!!



Ice Blended!! Vanilla Capucino!!! Wahhhh.. Slurpppp.....Slurppp... Cedap nyeeee.... Mr. Starlight, Vanilla Capucino 18!!! ngeh ngeh ngeh..



Hahahaha.. Dah tu, aku pun balik la ke kedai.. Jalan kaki beb. Ade gak la mat2 sengal yang cube nak ngorat ice blended aku tu. Tapi aku berjaya menyelamatkan nye. Huhhh.. Aku pun wt bodo jer, terus jalan terkedek2 balik kedai. Nak je aku sound dak2 ni 2 3 round. Takde duit la tu nak beli sendiri. Huh.. Tu la korang, keje tak nak, melepak kat tepi jalan je keje tgh2 hari bute!. Ice blended pn xleh nak beli.. Wakakakakaka.. Bluwekkk.. Korang tengok jela aku makan yer.. Hak hak hak..

Akhirnya sampai la aku kat kedai. Aku tarik kerusi dekat tong2 sabun kt tepi pintu tu, aku pun dudok, angkat kaki baik punye letak kat tong2 ala2 gengster sambil menikmati ice blended tu.. Arghhh.. Memang nikmat!! Perhhh... Dah la letrik takde, kipas tak leh bukak, panas plak tu jalan bapak jauh nye. Memang sedap la pekena ice blended.. Wahahahahaha... Syiokkkk woooo.. Hahahahahahahahahaha

Nota kakiku: Pas pekena ice blended tu aku dapat idea macam mane nak isi keboringan mase tu. Ngeh ngeh ngeh.. Aku tarik kusi, amek pen ngn kertas pastu, aku pun tulih. Aku tulih cerita laa.. Kalau nak tau korang, korang tunggu la entry aku yang seterusnye.. Wahahahahaha.. Roger n out!!

19 April 2010

BLOGWALKING | KESIMPULAN UNTUK HARI INI

Huh.. Ujan dah berenti! Boleh balikkkk.. Wakakakaka.. (statement ni xde motif pun.. hahaha).


Tadi aku blogwalking, banyak la blog aku pergi. Bace2, tinggal jejak sane sini, ade yang aku komen ade yang tak.. Ikut pale aku jer la nak komen ke tak.. Hahaha.. Bukan taknak komen, entry kt blog2 tu terlampau informative dan melebihi level kemampuan otak aku ni untuk memberi komen. Jadi aku amek keputusan jadi silent reader jela.. Wahahaha..


Tapi kan, kesimpulannya, hari ni banyak blog cerita pasal Redmummy. Al maklum la blogger fofuler yang dah masuk paper. Income plak sebulan sampai 10k. Perhhh.. Aku pun ape lagi, text la Mr. Starlight. Dok pakat2 fikir macam mane Redmummy tu boleh wat income sebanyak tu sebulan.


Yang Mr. Starlight plak terkejut bila aku cakap yang Redmummy tu dapat 10k sebulan. Pastu dok tanya aku ape die buat sampai dapat income macam tu. Hahaha.. Hari ni Redmummy memang fofuler la di blog2 yang aku jelajah. Dah la die memang dah fofuler.. Giler ahhh!!..


Bila la aku @ Midori plak nak jadi fofuler macam tu. Masuk blog ni ada name aku, masuk blog sane ada name aku. Wahhh.. Meletup!! Heee.. :P Berangan la ko Midori oi!!. Cait!!


Lantak la kalau aku nak berangan pun. Ngeh ngeh ngeh.. Sekarang ni pun aku tengah berangan. Bukan berangan nak jadi fofuler, tapi aku dok berangan ape nak makan malam ni. Wuhahahahaha.. Asyik makan jer keje aku arini. Mane taknya, tengah hari tadi dok pekena megi sup kt mapley jer. Malam ni aku ingat nak makan nasi ngan tomyam la. Kekekeke.. Slurppppp... Perhhhh leleh air liur aku dah.. Kahkahkahkah





Adehhh.. Mantap wa cakap luuuu!!.. Kekekeke... Jemput mamam kawan2.. :P





Nota kakiku: Nak tup kedai dah. dah kul 9.00mlm!! Tepat!! Huwaaa.. kemas2.. balik2!!.. kekeke

TAJUK?? NTAH LER

Salam kepada pembaca blog Midori Day's. Heee... Walaupun aku nak jadi jahat sekarang tapi salam kene bagi jugak. Hahahaha..

Aku baru pas pekena megi sup kat mapley depan tu haaa.. Perhhh.. Berapa ari dah mengidam nak makan megi sup tu. Wahahaha.. Ape la mamak tu dah mandrem aku sampai dok teringat jer nak makan kt megi kt situ. Biase ar aku makan dengan ayah la tadi. Die minum jer, aku yg melantak lebih2. Kikikiki... Konon2 nak diet, tapi makin mengembang ade la!! Huh..

Masa aku taip entry ni jam dah kul 2.59 ptg. Lagi beberapa saat nak kul 3. Aku plak bosan tahap gaban kat sini. Pening kepala aku pikir pasal kerja ni. Carik sini carik sana, tapi harammm.. Jadi aku pun login blogger.com, klik new post dan mula menaip. Walaupun aku sejujurnya takde topik dan point pun nak tulis ape.


Sambil2 layan lagu Luna Maya feat Hijau Daun - Suara (ku berharap). Memang layan la lagu ni. Teringat kat Mr. Starlight. Heee... Muzik die buat aku rasa tenang walaupun kepala aku serabut dengan tajuk kat mane nak carik keje. Wahhh siap tajuk kau. Ngeh ngeh ngeh..


Dah abeh study tapi keje tak lagi. Ape la nak jadi dengan aku ni? Aku paham, umor aku pun dah meningkat, macam yang orang2 tu cakap la kan. Tapi aku dah carik, dah anta resume, sume dah.. Tapi masih tak dapat lagi. Boleh tak mereka2 paham? Adoiii...


Aku ketensenan sendiri la... Takkan la aku nak jadi blogger sepenuh masa plak?? Adoiii... Kalau terer macam Redmummy tu tak pe la jugak. Boleh masuk paper.. Takyah jadi blogger sepenuh masa pun die tapi blog dah mantap.. Itula, orang lain otai, aku otai petai.. Wahahahahaha...



** Sekali lagi aku takde idea nak tulih tajuk ape untuk entry aku ni.. ????????





Nota kakiku : Kadang2 aku rasa tahap ketensenan aku ni dah sampai maksimum. Tapi bila aku cuba fokus pada perkara2 lain, level ketensenan aku menurun sikit.. Pastu dia naik balik, pastu die turun, pastu die naik, pastu die turun.. Waahahaha... Hurmm...

TAJUK MAJUK NO TAJUK

Salam semua. Dah kul 12:09 dah masa aku mula tulis entry ni. Hari Ahad yang baru berlalu beberapa minit yang lepas aku takde buat ape pun. Dok umah jer tengok tv. Ntah ape2 cerita ntah kat tv tu. Bosan nye tahap gaban. Malam tadi (malam hari Sabtu tuuuu..hehehe) aku ngan family kuar makan celebrate ulang tahun perkahwinan ayah & mama. Yang menarik dan macam haramnya aku memang langsung tak ingat pun.. Wakakakakaka.. Tibe-tibe jer ayah cakap nak kuar makan kt Restoran Cerana malam ni (malam sabtu la tuuu.. hee). Restoran biase jer, takde la 5star pun. Kekeke.. Asal leh makan & halal dah la.


Nak dijadikan cerita, aku yang memang tak ingat ape2 pun ni tanye kat ayah, nape nak makan kat luar? Lauk kan banyak? (Konon2 la tu, padahal memang gedik pun nak kuar.. Hahaha). Ayah jawab, " hey, korang tak ingat ke hari ni ari ape?". Aku ngan akak pun tanya la, "hari ape?!". Memang anak yang hampeh! Wakakaka.. Yela, yang aku ingat selalunya kalau tetibe nak makan kt luar ni sebab besday sesape ke. Tapi aku pasti tarikh hari sabtu tu, memang takde sape2 dari keluarga kami yang lahir!!. Heee

Ayah pun explain la kat anak2 die yang hampeh ni bahawasanya ari sabtu tu adalah anniversary diorg. Baru la aku tau!.. Kahkahkahkah. Nak kene catit dalam kalender ni!! Wekkkk..

Makanya, aku pun bersiap sakan la kan. Nak kuar punya pasal.. Tacap cni tacap sana. Cunnnn!!.. Aku memang cun beb!! (Bluwekkkk...). Dah cun tu, aku yang paling last la siap n kuar umah. Heee.. Kitorg makan biase2 je la kan. Ada la aku amek pic tapi aku malas nak upload. Korang bayangkan jela yer. Ngeh ngeh ngeh..

So, dah balik tu, aku tak tido lagik. Layan tv!. Tengok cerita mermaids kat tv3 tu.. Pastu pagi nye aku bangun lambat. Sampai Mr. Starlight mesej pun aku tak sedar. Wakakakakaka...

Aku bangun, usha hp dulu! Tengok ada mesej ke call ke kan. Heee.. Pastu aku campak hp atas katil, aku capai towel hijau yang tak berapa cumil tu (towel pink yang cumil aku basuh.. heee), aku tutop pale aku, pastu g depan usha akak aku tengok AF. Almaklum la xdapat tengok live gara-gara g makan. Die tengok ulangan jela.

Aku tak minat pun.. Korang bayangkan la berapa punya lambat aku bangun tadi? wakakakaka.. Dah tu, aku pun jalan masuk bathroom & mandi la ape lagik!!..

Dah siap mandi dah wangi2, aku dok relek ar pe lagi. Nak kuar poket ku kempis!! Hehehehe.. Jadi aku melangok jela kat umah.. Pastu aku makan. Dah makan aku tengok tv jup pastu aku tdo balik. Wakakakaka.. Memang macam haram. So, kesimpulannya hari ahad aku cuma makan tido jela.. Kikikiki..

Tadi kul 10 baru aku on9. Tu pun ada sebab tertentu yang buat aku terpaksa on9 gak. Heee.. Sekarang ni aku dok merapu kat blog ni sambil tengok Ong Bak. Berpuloh kali dah tengok si Ong Bak ni tapi sebab die lawan best, aku kan suke cerita bunuh2 gaduh2 ni, tu aku boleh tengok 800 kali pun cerita ni.. Kekekekeke.. Ok la cukop aku merapu malam ni.

Masa aku tulis entry ni aku tak tau nak letak tajuk ape. Merapu time? Berbual kosong? Haishh.. malas aku nak fikir tajuk2 ni. Lantak ko!


Nota kakiku : Kene letak tajuk ke? Hurmmmm...

17 April 2010

BLOGGER!!

Salam.. Haa arini mood dah ok cket. Sebab akhirnya takyah tengok muka mangkuk tu.. Dah2! stop cite pasal mangkuk ayon berkarat tu!! Go to hell! Cket jer ok. Masih berbaki lagi ni!!

Haa ni entry midori@aku yang ke-100. Hahahah.. Entah apa-apa la yang aku post kt blog ni.. Sampai 100 dah.

Korang nak tau tak ape aku tengah buat? Aku sekarang nak jadi budak jahat! Oopss bukan budak dah.. Heee.. Nak jadi orang jahat!! Nak jadi samseng!! Aku pun tak tau kenapa aku nak jadi macam tu. Tapi itu la perasaan aku sekarang. Mesti korang cakap aku mengarutkan? kan? kan? Tapi aku tak kisah. Nak jadi jahat!!!

Tak nak jadi budak baik, lemah lembut n tomey lagi!! Nak jadi budak jahat, comot & kaki pukul!!.. Kaki jer yang pukul tangan tak.. HEeeeee.. Ape la aku merepek ni..

Aku tak kisah korang nak bace ke tak nak ke entry aku ni. Lantak la.. Kalau korang rasa tak suka sile bla!! Banyak sangat blogger2 yang asyik tak puas hati dengan blogger lain. Ape masalah korang ni? Lantak la diorg nak tulis apa pun kat blog diorang!! Korang plak yang sibuk2 nak nilai blog orang lain. Jaga blog korang sendiri je dah la.

Ada jugak yang dok cakap pasal blog orang tapi aku tengok blog dia pun lebih kurang sama jugak.. Takat letak tajuk gempak tapi isi hampagas!! Pelik2..

Bagi aku kalau korang tak suke ape yang blogger tu tulis kt blog diorang korang bla jela.. Abeh cita.. Ni tak, macam2 korang nak kecoh.. Pelik2..

Aku pun bukan nak menyibuk, lantak la korang nak tulih ape pun tapi jangan la sibuk nak hentam orang je tak abeh2. Ni bila aku bukak blog2 diorg ni asyik la dok nak hentam blog orang lain. Korang tak penat ke?!! Aku dah lame diam jer tengok korang ni. Tapi makin menjadi-jadi plak.

Kalau korang tak suka korang dok diam2 la kat blog korang tu. Tak yah sibuk2 g blogwalking kat blog orang. Abeh cite.

Aku hanya meluahkan perasaan aku yang dah terpendam hampir setahun ni. Kalau korang tak suke terpulang la. Taknak baca pun aku kisah. Tak bukak blog aku pun aku tak kisah.

Aku pun blogging hanya untuk suka-suka jer. Bukan nak wt duit riban2 n dapat traffic sampai jammed! Aku cume nak mengembangkan otak aku ni dengan macam2 pandangan tapi bukan pandangan yang asyik hentam orang jer. Stop! Stop! Aku bosan bace blog yang dok hentam orang. Baik aku bace blog2 personal yang cerita pasal ape diorg makan ape dia beli ape dia buat! Lagi bagos!

Lantak la ape pun tujuan diorg berblogging. Nak buat duit ke ape ke. Asal tak kaco korang dah la. Ni orang tu nak cerita pasal personal pun korang nak pertikaikan. Ape kes korang ni?? Mesti sebab korang takde pengalaman yang diorg tulih tu kn? Dengki la tu! Mende la!!

Ok la.. Sape tak suke sila blaa.. Aku lagi tak suke!! Dah2 la tu cerita pasal orang. Jaga blog korang sendiri ok!!!


Nota kakiku: Aku panas dengan orang yang cakap tak serupa bikin!! GTH!! (go to hell)

16 April 2010

MANUSIA KE MANGKOK?????

Mungkin kah arini aku kene tengok muka si mangkok berlagak suci tu??? Arghhhhhhhhh!!!!...

Aku rasa macam nak masuk hospital sakit jiwa!!! Boleh sape2 anta aku tak????!!!

Mungkin mangkok ayon tu tengah bersuka ria tahap gaban. Gaban pun tak bersuka ria macam tu kot!!.

Heyyyyy!!! go to hell!!!!!!!!!!

Ada sape2 tak yang boleh tolong aku anta mangkok tu go to hell???

Arghhhhhh!!!!!! Mr. Neo.. Help help.... Bluwekkkkk....

Aku tak tau perasaan aku sekarang.. Rasa nak lari pusing2 8ratus kali!! Sape mau join!!!!! Let's go bebeh!!.

Hey mangkuk!! Harap esok kau akan lenyap!!!!!


Nota kakiku: Konon2 marah sangat la ni?!! Bluwekkkkk... Gua memang marah beb!! Sampai ape gua tulih pun gua tak tau.. Hanya jari-jemari ni jer yang menari-nari sendiri. Ikut alunan lagu Taylor Swift!! Hampagas!!!.. Cau!! Jumpe ari senin!! Kekekekeekeke~

PERNAH TAK KORANG RASA ???!!!

Salam.. Pernah tak korang rasa..





1. pernah tak korang rasa macam nak marah orang tapi tak boleh nak marah?






2. pernah tak korang rasa nak marah orang tu tapi orang tu dapat backup besar dan korang memang xleh lawan si backup tu dengan alasan2 tertentu?



3. pernah tak korang rasa, orang yang memang patut kene marah, maki, terajang, sepak, pijak2 tapi korang xboleh bersuara pun dekat dia? (sebab backup besar tu)



4. pernah tak korang rasa tensen yang teramat sangat sebab tengok n dengar orang yang tak bersalah di maki di halau????



5. pernah tak korang rasa tertekan melihat orang yang sepatut nye dimarah di maki tapi dibela di sayang? (memang macam haram!!!!!!)



6. pernah tak korang rasa benci teramat sangat dengan seseorang??



7. pernah tak korang rasa, korang boleh maafkan seseorang tetapi apabila dia mengulangi kesalahan itu korang langsung dah xboleh maafkan dia? Kebetulan sebab dia semua benda jadi huru-hara!!!! (arghhhhhhhhh!!!!!)



8. pernah tak korang jumpe orang yang tak tau malu, tak sedar diri dan walaupun dia buat kesalahan BESARRR tapi lepas tu die buat bodoh jer. Macam takde apa2 yang berlaku. Berlakon suci dihadapan semua orang padahal perangai macam bangan!!!!.. (kau bila nak mati???!!! mati cepat la wehhhh!!!!)



9. pernah tak korang rasa tertekan sebab tak dapat luahkan apa yang terbuku kat ati korg? Dan orang plak menganggap yang korang ni banyak tempat mengadu. (lancau!! semuanya dalam hati ni jer tau tak?????)..



10. pernah tak korang rasa jiwa korang ni terseksa tertekan sebab terpaksa puaskan ati semua orang dan terpaksa menerima orang yang dah buat kesalahan dalam hidup korg???



11. pernah tak korang rasa kene terima dan memberi layanan 1st class dekat orang yang perangai macam bangang dan berlagak suci dan pandai plak berlakon buat muka kesian?? (gi mampos!! lagi kau buat mcam tu lagi aku benci kau seumur hidup!!)



*soalan terakhir*



12. pernah tak korang rasa korang takkan maafkan orang berlagak suci tu selama-lamanya? (sebab aku takkan!! semua perbuatan dia akan aku ingat sampai bila2!! segala huru-hara yang dia buat akan aku ingt sampai bila2. sebab dia manusia yang tak tau malu dan tak tahu nak bersyukur dengan apa yang dia ada!!)





Aku cuma nak cakap dekat si berlagak suci tu ni jer...

HEY U!! GO TO HELL PLEASE!! AS SOON AS POSSIBLE!!!!! (tapi apakan daya, mau kene hamun dengan backup besar nanti.. haddoiiiii.. help helppppp...)




Nota kakiku: Aku taknak tengok muka si penipu tu tapi aku terpaksa menghadapinya seumur hidup aku selagi dia tak go to hell!!

08 April 2010

CITA-CITA SAYA NAK JADI NINJA!!

Salam... Apa khabar u ols semua? Harap-harap sihat la yer. Apa khabar MR. STARLIGH? Wekkk.. Hahahaha..

U ols suka ninja? Penah tengok cerita ninja? Erm mesti tertanya-tanya kenapa Midori dok cita pasal ninja kan? Hahahaha.. Bukan apa, tadi baru tengok si Rain dalam filem Ninja Assassin dia tu. Perhhh.. Dahsyat betol la cite tu. Putus sini, putus sana. Darah sini, darah sana. COCOK sini COCOK sana!! Perhhh.. Ngeri betol!!

Kalau u ols nak tau Midori memang suka cerita ganas-ganas ni. Cerita perang, cerita bunuh-bunuh.. Huh, peberet beb!! Tapi cerita hantu i kureng cket. Hahaha.. Takut la kot terbayang-bayang plak nanti.. Kikikiki..

Berbalik pada cerita ninja tadi, dulu pun dah banyak cerita ninja. Masa Midori kecik2 dulu, Midori penah terpengaruh dengan cerita Three Ninjas. Alaa yang pasal 3 orang adik beradik tu. Si Rocky, Colt dengan Tom-tom tu.. Heee... Best giler la cite tu.

Haa tengok pic dari Pakcik Google ni!!

Hensemnye Rocky!!! Hahahaha


Lepas jer tengok cerita tu, Midori plak yang akan jadi ninja kt umah. Watchaa!! Hahahaha.. Berangan nak jadi ninja. Dulu cita-cita Midori bila besar nak jadi Ninja!! Betol!! Tak tipu tau.. Haaa sebab Midori suka sangat dekat si Rocky tu. Kikikiki.. Adess..

Pastu Midori penah berangan nak jadi Ninja yang paling hebat sekali kat sekolah Midori! Kahkahkahkah... Adoii.. Klaka betol la. Rasa macam nak panjat2 tiang lampu, panjat2 bangunan, nak nyorok2 kt pokok tak bagi orang nampak. Heeee... Ala menyamar macam Naruto tu. Midori bayangkan Midori ada cakura, pastu boleh melekat kat pokok cara terbalik. Kaki kat atas kepala kat bawah.. Hahahahaha..

Adesss.. Ni Rain punya pasal la ni!! Kalau midori tak tengok cerita tu tadi mesti semangat Ninja midori tak bangkit semula tau!! Hah ni nak belasah siapa plak ni?!! Adoi.. Sape2 yang nak jadi volunteer jadi mangsa belasahan Midori silakan.. Angkat tangan cepat!! Hahahaha..

Antara senjata Ninja yang Midori idam-idamkan!! Heee..


Walawehhh.. Rain!! Hero nih!! Cedera boleh baik sendiri tau!.. Gunakan tenaga dalaman untuk ubat kecederaan kat perut dia.. Perhhh... Caya lah!!

Teringin betol midori nak guna semua weapons tu!! Nak baling2 shurican kat u ols semua. U ols tangkap la tau!! Hahahahaha... Best nye kalau dapat semua tu!! Huwaaaaaa... Sape boleh bagi kat midori? Midori nak nyamar kat atas pokok pastu baling2 kunai tu. Nasib la sape yang kene.. Hahahaha..

Midori pun teringin nak buat semua aksi-aksi Rain dalam cerita tu. Cuba u ols bayangkan kalau Midori buat semua tu? Perhhh.. Macho nye!! Kekekekeke.. Kalau sape-sape yang tak tau aksi macam mana tengok la cerita tu yer. NINJA ASSASSIN!! Best giler!! Masih terbayang-bayang lagi macam mana Rain terbang sane sini kt cerita tu tadi.. Best!!! Cerita macam ni la bagus, bukan cerita lemau-lemau, cintan-cintun.. Eeee pelisssss... Geli midori tengok. Kompem tdo la kalau tengok cerita lemau-lemau ni. Eeee bukan midori la kalau tengok certita macam tu!! Bluwekkkkk... :P

Tetibe budak-budak kat depan kedai ni memekak. Diorang nak rasa kot penangan Ninja midori. Ok la cukup la setakat ni mengarut.. Sayonara~



Nota Kakiku : Sebenarnya nak bagitau, Rain seksi wooo dalam cerita Ninja Assassin tu.. Pewittt.. Hahahahaha...



07 April 2010

HOLIDAY | GENTING HIGHLAND

Umcarkkk!!. Heee.. Salam semua pembaca setia blog Midori Day's. Dah berapa hari Midori tak update blog ni. Banyak msj dekat shoutbox. Heee... Takpa2 jangan risau. Midori akan pergi jalan2 ke blog u ols semua nanti yer. Heee..

Jadi, pada hari Sabtu lepas, Midori & family telah pergi ke Genting Highland. Wahhhh sejuk giler kat sana. Kabus tebal. Rasa macam kat oversea plak. Hahahaha.. Yela selalu dok kat bawah ni panas jer. Bila naik Genting rasanya, wahhhhhhhhh.. SYok gitu. Kikiki..

Orang ramai giler kat sane. Parkin pun penuh.. Jenuh jugak la kitorg pusing2 cari parkin. Akhirnya jumpa jugak. Heee..

Haa kat bawah ni gambar2 yang sempat Midori rakamkan masa dekat Genting. Ada banyak lagi gambar dekat kamera adik Midori tapi yang diupload ni dari kamera Midori. Jom tengok gambar!! Heee


Merpati 2 Sejoli.. Bluwekkk.. Hahahaha (akak & suaminye.). Amek gambar ala gedik2 gitu.. Hahaha...



Hotel 1st World. (Bukan tempat kitorg tdo. Kitorg tdo kt Hotel Bukit Permata jerkkk.. Hahahaha)


Beraksi ketika kabus tebal. Poyo betol.. Hahaha


Lagi kepoyoon mereka melanda.. Kahkahkah..


Aksi kepenatan selepas berjalan jauh meredah kabus yang tebal. (Kata makan angin kan. Jalan la puas-puas.. Hahaha)


Eeeee... Tebal giler kabus. Sampai berposing pun tak nampak. (ALmaklum la kamera murah.. Hahaha)


Menantu bersama ibu mertua. Kikikiki...


Muka-muka kelaparan lepas habis main kat indoor game Genting Highland. (Ujan membataskan kitorg dari masuk ke outdoor theme park. Heee.. Sadisss..)


Beria-ria kau baby milo makan kepci. Hahahaha..


Pemandangan yang sweet sangat. Cantik..


Hotel Genting di litupi kabus tebal. (Kitorg plak hampir beku depan hotel ni, bergambar punya pasal. Hahaha)


Kabus tebal membataskan penglihatan pemandu sewaktu perjalanan turun dari Genting.


Giler tebal kabus kat atas tu. Kalah Cameron Highland. Masa pergi Cameron hari tu kitorg frust giler sebab cuaca panasssss...

Kalau nak tempat sejuk pergi la Genting Highland yer. Hahahaha.. Memang best n sejuk.. Tapi yang tak best nye susah nak cari parkin dan makanannya pun lebih mahal. Sila bawak budget lebih sikit yer untuk naik genting. Hahahaha..


Nota kakiku : Bila plak la nak merasa sejuk kt obersi (oversea).. Hahahaha..

Followers

free counters