26 April 2010

ROMBONGAN CIK WAN & CIK TON

Salam. Oops.. 3 hari tak update blog. Huhuhu.. Hari ni aku tak nak tulih cerita merapu. Aku cume nak share ngan korang semua apa aku buat pada hari Sabtu lepas. Aku tau aku bukan artis yang korg semua nak tau ape aku buat, apa aku makan, mana aku pergi, dengan sape aku pergi. Kan? Kan? Kan? Tapi aku peduli ape?! Aku nak cerita jugakkkk.. Wahahahahaha..


Jadi, begini cerita die.



Al-kisah.. Di sebuah taman yang diberi nama Taman Bukit Permata. Tinggal la sebuah keluarga. Dalam keluarga tu ada mak, daddy dan anak2 dia yang 8 orang tu. 2 dah kawen, tinggal la lagi 6 yang terpaksa menahan gatal nak kawen sebab masih tak berapa nak cukop umor untuk kawen (termasuk aku la tuh.. kekeke~). Wiu wiu wiuuu...


Diceritakan, pada hari Sabtu itu, berkumpul lah keluarga ini beramai-ramai. Mak dan daddy dan seorang anak lelaki tunggal dalam keluarga telah berjaya melangkahkan kaki ke universiti, jadi mak dan daddy busy mengelolakan anak lelakinya itu.



Kami yang lain2 ni ada program lain pulak. Heee.. Kami membuat rombongan Cik Wan & Cik Ton ke kenduri kawen. Maka, kami pun beramai-ramai siap cun2. Pastu dengan berbekalkan GPS dari iPhone Cik Wan, kami terus ke Desa Subang Permai. Dimana kawan Cik Wan kawen.


Terima kasih kepada GPS iPhone Cik Wan yang membantu kami kesana.. Wawawawa..


Dah sampai sana, kami pun makan beramai-ramai. Orang kaya gak la yang kawen ni. Besar umah dia. Umah kami kecik jer, jadi kami jadi agak kagum ala2 sakai dok perati umah pengantin. Makanan dia ok la. Kenyang jugak la kitorg masa tu. Heee.. Pas dah makan kitorg tunggu ketibaan pengantin. Cantik jugak la pengantinnye. Tapi cantik lagi tuan blog ni!. Wahahahaha... Apa? Nak cakap aku perasan la tu! Arhhh..Ada aku kisah?? Wahahahahaha...


Dah puas tengok pengantin, rombongan kami pun berangkat la dari umah pengantin. Eh, tapi sempat gak la aku snap pic pengantin CUTE tu.. Heee...








Entah macam mane kami pun tibe ke Sunway Pyramid. (Ntah macam mane konon! Wahahaha)Dengan berbaju kurong moden je, aku dengan selamber berjalan2 di Sunway Pyramid. Korang nak tau tak? AKu tak tau la aku ke yang sakai atau orang2 yang kat Sunway Pyramid tu yang macam sakai. Aku tau la aku pakai baju kurong moden kan, sume pakat usha jer. Siap gelak2 kan aku lagi. Perhhh.. Macam haremmm...




Salah ke aku pakai baju kurong pergi shopping kompleks? Aku rasa biasa jer. Sopan, ayu laksana perempuan melayu terakhir. Daripada baju diorg yang nampak tungkik dan tak cukop kain tu. Aku rasa bertamadun lagi baju yang aku pakai! Huh.. Ada ke letak syarat kalau nak pergi shopping kompleks kene pakai baju dan seluar nampak tungkik???!! Ada ke??? Aku tak kisah kalau diorg nak pakai, lantak ko la. Tapi tak perlu kot nak usha aku dengan muke pelik2 korang tu! Aku tau aku ayu.. Wahahahahaha..


Jadi, aku pun wt derk je la. Sebab aku tau, perempuan2 tu jeles sebab balak2 diorang, laki2 diorang pandang aku yang ayu ni haaaa. Sebab tu diorg buat muke dan konon2 gelak kan aku. Wekkkk.. Wahahahaha..


Sempat jugak la kitorang perposing kt sane. Almaklum la, bukan selalu dapat pergi Sunway Pyramid kan?? Hahahaha.. Ayat macam haremm..


Cik Wan & Cik Ton yang bertanggungjawab bawak aku pergi Sunway dengan baju kurong je. (Dari kiri : Yuyun, Cik Wan, Cik Ton & yang kecik tu Mamat)




Cik Wan ni abg ipar aku, Cik Ton tu plak akak aku. Hee.. Yuyun tu adik aku dan Mamat tu plak anak Cik Wan & Cik Ton. Hahahaha.. Aku?? Aku photograper jerk.. Hek4..

Masa dalam Sunway Pyramid tu, kitorang pekena McD. So, tempat kitorang dudok tu boleh nampak dalam Sunway Lagoon. Sempat gak la aku usha2 orang tengah mandi manda. Cume aku pelik, tak ramai pun orang mandi kat Sunway Lagoon tu. Kosong jer. Tapi ade la orang main flying fox. Best nyeee.. aku memang suke bende2 extreme ni. Dulu masa sekolah2 rajin la main bende2 ni.Tapi sekarang takde dah. Tu aku plan nak masuk extreme park Sunway Lagoon tu. Best tak??


Nota kakiku : Masa aku tulih entry ni aku terdelete signature aku. Hampagas sungguh!. Lantak ko lah!

2 comments:

Followers

free counters