02 April 2010

DIN BERAMBOI | Al-Fatihah Untuk Arwah

Salam pembaca setia blog Midori Day's. Seperti tajuk entry di atas, Midori tahu, yang ramai antara rakan-rakan telah mengetahui berita pemergian arwah Din Beramboi.


Tujuan entry ini di tulis adalah untuk mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Din Beramboi di atas pemergiannya.


Arwah Din adalah pelawak yang memang Midori minati. Dengan aksi-aksi spontan yang kadang-kadang tak dapat terfikir oleh kita. Arwah lah yang memeriahkan rancangan Spontan di Astro Warna. Setiap kali Din beraksi mesti Midori sekeluarga akan ketawa tak berenti2. Bukan sahaja kami, malah rakan artis yang membuat persembahan dengan arwah pun tak dapat menahan ketawa mereka.


Malahan, buat pertama kali arwah tercalon di ABPBH pada hari Ahad ini. Kehilangan arwah Din amat dirasai. Baru sangat rasanya melihat aksi arwah menjadi juri program Raja Lawak Astro hari tu.


Midori mengetahui berita pemergian arwah melalui adik Midori. Terus terduduk Midori. Macam tak percaya Din Beramboi dah tiada. Banyak kali Midori tanye adik betol ke Din dah tiada.


Midori ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Din Beramboi. Diharap kalian semua bersabar dan tabah di atas ujian-Nya.


Al-Fatihah untuk Din Beramboi, pelawak yang tidak akan ada gantinya.


Nota kakiku : Kematian itu pasti dan tidak akan mengira umor seseorang manusia. Tua atau muda, apabila sampai waktunya, akan pergi jua.


No comments:

Post a Comment

Followers

free counters