U ols suka ninja? Penah tengok cerita ninja? Erm mesti tertanya-tanya kenapa Midori dok cita pasal ninja kan? Hahahaha.. Bukan apa, tadi baru tengok si Rain dalam filem Ninja Assassin dia tu. Perhhh.. Dahsyat betol la cite tu. Putus sini, putus sana. Darah sini, darah sana. COCOK sini COCOK sana!! Perhhh.. Ngeri betol!!
Kalau u ols nak tau Midori memang suka cerita ganas-ganas ni. Cerita perang, cerita bunuh-bunuh.. Huh, peberet beb!! Tapi cerita hantu i kureng cket. Hahaha.. Takut la kot terbayang-bayang plak nanti.. Kikikiki..
Berbalik pada cerita ninja tadi, dulu pun dah banyak cerita ninja. Masa Midori kecik2 dulu, Midori penah terpengaruh dengan cerita Three Ninjas. Alaa yang pasal 3 orang adik beradik tu. Si Rocky, Colt dengan Tom-tom tu.. Heee... Best giler la cite tu.
Haa tengok pic dari Pakcik Google ni!!
Lepas jer tengok cerita tu, Midori plak yang akan jadi ninja kt umah. Watchaa!! Hahahaha.. Berangan nak jadi ninja. Dulu cita-cita Midori bila besar nak jadi Ninja!! Betol!! Tak tipu tau.. Haaa sebab Midori suka sangat dekat si Rocky tu. Kikikiki.. Adess..
Pastu Midori penah berangan nak jadi Ninja yang paling hebat sekali kat sekolah Midori! Kahkahkahkah... Adoii.. Klaka betol la. Rasa macam nak panjat2 tiang lampu, panjat2 bangunan, nak nyorok2 kt pokok tak bagi orang nampak. Heeee... Ala menyamar macam Naruto tu. Midori bayangkan Midori ada cakura, pastu boleh melekat kat pokok cara terbalik. Kaki kat atas kepala kat bawah.. Hahahahaha..
Adesss.. Ni Rain punya pasal la ni!! Kalau midori tak tengok cerita tu tadi mesti semangat Ninja midori tak bangkit semula tau!! Hah ni nak belasah siapa plak ni?!! Adoi.. Sape2 yang nak jadi volunteer jadi mangsa belasahan Midori silakan.. Angkat tangan cepat!! Hahahaha..
Walawehhh.. Rain!! Hero nih!! Cedera boleh baik sendiri tau!.. Gunakan tenaga dalaman untuk ubat kecederaan kat perut dia.. Perhhh... Caya lah!!
Teringin betol midori nak guna semua weapons tu!! Nak baling2 shurican kat u ols semua. U ols tangkap la tau!! Hahahahaha... Best nye kalau dapat semua tu!! Huwaaaaaa... Sape boleh bagi kat midori? Midori nak nyamar kat atas pokok pastu baling2 kunai tu. Nasib la sape yang kene.. Hahahaha..
Midori pun teringin nak buat semua aksi-aksi Rain dalam cerita tu. Cuba u ols bayangkan kalau Midori buat semua tu? Perhhh.. Macho nye!! Kekekekeke.. Kalau sape-sape yang tak tau aksi macam mana tengok la cerita tu yer. NINJA ASSASSIN!! Best giler!! Masih terbayang-bayang lagi macam mana Rain terbang sane sini kt cerita tu tadi.. Best!!! Cerita macam ni la bagus, bukan cerita lemau-lemau, cintan-cintun.. Eeee pelisssss... Geli midori tengok. Kompem tdo la kalau tengok cerita lemau-lemau ni. Eeee bukan midori la kalau tengok certita macam tu!! Bluwekkkkk... :P
Tetibe budak-budak kat depan kedai ni memekak. Diorang nak rasa kot penangan Ninja midori. Ok la cukup la setakat ni mengarut.. Sayonara~
Nota Kakiku : Sebenarnya nak bagitau, Rain seksi wooo dalam cerita Ninja Assassin tu.. Pewittt.. Hahahahaha...
No comments:
Post a Comment