27 April 2010

HANG NADIM YANG BIJAKSANA

Tibe-tibe aku teringatkan kisah Hang Nadim. Korang kenal siapa Hang Nadim?? Tak kenal? Kalau tak kenal korang pergi tengok cerita 'Singapura Dilanggar Todak'. Hang Nadim ni la budak pintar yang memberi idea pada Sultan bagaimana nak menghalang serangan todak.


Mengikut cerita, Temasik (nama Singapura pada suatu ketika dahulu) telah diserang todak. Ikan-ikan itu menyerang penempatan masyarakat Melayu Asli di Tanjong Pagar. Pada waktu tu, ramai yang mati akibat di tusuk ikan todak.


Nak dijadikan cerita, serangan ikan todak ini bermula apabila Sri Maharaja menghukum bunuh Tun Jana Katib. Tun Jana Katib ni, seorang alim dan warak. Dia ni menyampaikan ajaran Islam di bumi Temasik tapi di tolak oleh Sri Maharaja dan rakyatnya.


Kalau korang nak tau, masa tu serangan todak semakin menjadi-jadi. Ramai penduduk yang mati akibat menjadi benteng dekat tepi laut. Sri Maharaja memerintahkan rakyatnya pergi ke laut tahan dengan betis. Hahaha.. Korang fikir la, mane la si todak2 tu tau mane satu namenye betis. Die main cocok jer kan. Kikikiki~


Melihatkan keadaan itu, Hang Nadim yang kecil comel tu pun meminta untuk berjumpa Sri Maharaja. Hang Nadim cakap kat Sri Maharaja tu,


"Tuanku yang bijaksana, kenapa tidak kita membina benteng yang diperbuat daripada batang pisang untuk menahan serangan todak itu? Daripada tuanku menghantar rakyat untuk menjadi benteng dan akhirnya ramai yang terkorban tuanku".


Sri Maharaja pun bersetuju dengan cadangan Hang Nadim budak kecil comel dan bijaksana macam midori. Heeee..


Maka, diperintahkan la segala hulu balang dan rakyat membina benteng yang diperbuat daripada batang pisang di sepanjang pantai. Akhirnya banyak lah todak yang tersangkut muncung dekat batang pisang tu. Selamat lah Temasik daripada serangan todak.


Semua rakyat sangat berterima kasih kepada Hang Nadim dan mengikut cerita, Hang Nadim diberikan pingat jasa bakti oleh Sri Maharaja.


Tetapi, jasa Hang Nadim menyelamatkan Temasik tidak dapat menyelamatkan nyawanya sendiri. Korang nak tau tak, manusia ni dekat mane-mane pun ade yang tidak berhati perut dan pentingkan diri sendiri. Mengikut cerita lagi, ade segelintir pembesar yang tak puas hati dengan Hang Nadim. Jadi diorang ni dah berpakat nak menjatuhkan dan menfitnah Hang Nadim.


Korang tak Hang Nadim ni berapa umor dia masa tu? Umor dia hanya 7 tahun!! Tapi sangat cerdik. Pembesar-pembesar ni buat fitnah mengenai Hang Nadim. Mereka telah berjumpa dengan Sri Maharaja dan lebih kurang camni la dialog dia,


Pembesar : Yang bijaksana tuanku Sri Maharaja, patik dan sahabat-sahabat amat bimbang mengenai Hang Nadim.


Sri Maharaja : Kenapa wahai pembesar negeri?


Pembesar : Tidakkah tuanku terfikir bahawa, kanak-kanak ini sangat pintar dan suatu hari nanti apabila dia sudah besar, dia akan merampas takhta tuanku. Patik fikir lebih baik tuanku bunuh sahaja Hang Nadim sebelum ia benar-benar berlaku.


Korang pun boleh bayangkan raja-raja dulu-dulu, kalau kita boleh tengok dekat filem pun, mereka banyak buat keputusan yang salah dan tanpa usul periksa. Jadi, Sri Maharaja yang dah termakan hasutan tu pun mengarahkan Hang Nadim dicampak ke laut.


Akhirnya tamatlah riwayat Hang Nadim di laut akibat kekejaman para pembesar diwaktu itu.


Haaa.. abeh dah cerita.. Kikikiki~ Dah dah g mandi! Eeee bucuk dah korang ni. Dok nganga jer bace cerita ni.. Kikiki~



Nota kakiku : Nasib baik zaman sekarang dah berubah. Semua kesalahan akan di adili di mahkamah. Dan setiap kesalahan akan diselidik betol2 sebelum hukuman dijalankan. Kalau tak, mesti ramai cendiakawan yang terima nasib yang same seperti Hang Nadim. Malaysia Boleh!!

7 comments:

  1. boleh sokmo... hihi

    ReplyDelete
  2. midori days, suka tgk citer ni. tp skrg dah tak lg

    ReplyDelete
  3. maharaja yang takde otak :P mcm mana leh jadi maharaja??

    ReplyDelete
  4. bijak sungguh midori citer pasal sejarah ek..

    ReplyDelete
  5. dlu punya sistem kuno.. mcm tu lah gayanya sbr jela.. hehe

    ReplyDelete
  6. @huda : ahaks.. Semangat Malaysia Boleh.. Kikiki..

    @diari-alya : kenapa dah tak suke plak? cite sejarah ni penting untuk kita tengok dan ingat.. heeee...

    @shafiqhashim : memang kalau tengok dari cerita2 kat tv, menunjukkan raja-raja dulu pentingkan diri dan mudah menerima hasutan. diorang cume tau nak kekalkan takhta yang kadang-kadang mengorbankan rakyat mereka sendiri..

    @bspotgurl : biasa je bspotgurl. cume sy memang peminat sejarah. dulu cita2 nak jadi ahli arkeologi. tapi tak kesampaian. hahahaha..

    @Neo : memang kuno dan diorg nak kekalkan takhta diorang jer. Huhuhuhu...

    ReplyDelete

Followers

free counters