28 November 2011

Tak Sabar Tunggu Running Man Ep70


Yo Yoooo... Hahaha

Salam sekali lagi semua. Aku sekarang geram ni! Tak sabar aku nk tunggu Running Man Ep70 to be sub!!

Giler la lama nak tunggu!! Walau camne pun aku tetap tunggu jugak. Hahaha

Yang paling aku geram adalah, Running Man da shoot program tu dekat Thailand dan Singapore!!! Bila plak giliran Malaysia???!! Aku tak sabar da ni nk pegi tunggu my Jong Kook oppa dengan Jihyo Unnie!!!

Aku memang giler sangat la kat Jong Kook dengan Running Man members yang lain. Aku rasa ni variety show terbaik aku penah tengok selepas Family Outing Season 1!! Season 2 aku tak tengok, sebab OVER!! Hahaha.. Lagi pun, apalah Family Outing without Jaesuk oppa, Jong Shin oppa, SORO Oppa (the game devil),        Jong Kook oppa, Lee Hyori unnie, Yejin Unnie, Chunhee Oppa (Cinderella), and the maknae Daesung oppa.. Tak berseri langsung Family Outing Season 2 walaupun ade Yoona (SNSD) dengan Taecheon (2PM).

Aku perhatikan, sejak 2 menjak ni, da ramai yang start mengikuti Running Man. Kalau korang nak tengok, korang tengok la dari Ep1, mesti lepas tu korang akan giler sampai tertunggu-tunggu setiap Episod terbaru. Korang kene tengok dari Ep1 baru korang akan nampak plot karakter setiap ahli Running Man.

Korang boleh tengok macam mana tercipta nya Yooruce Willis, Monday Couple, dan yang paling menarik karakter 'The Commander and the kids' dan 'Sparta'!! Best sangat!!.. Deabak!!

So ko leh pegi kat website ni Kshownow.net untuk menonton Running Man. Di jamin puas hati. Kshownow.net paling cepat sekali sub episod Running Man berbanding Isubs.



Notakakiku: Suke sangat tengok The Commander/ Sparta and the kids.. heee.. Jong kook oppa the best!!

Malaysia Kalah Bola Lagi

Salam semua..

Selamat tengok bola tak? Sadis kan? Hahaha.. Kami kat umah rasa macam nak kene heart attack. Adeke da leading 2-0, da nk abeh time da diorg leh score 3 gol dalam masa 6 minit!! Hahaha... Tak de rezeki kot..

Frust jugak la aku tengok. Tapi faham faktor kecederaan hampir semua 1st eleven team Malaysia.. Nampak jugak Irfan berusaha kejar bola walaupun terjengket-jengket. Salute la dekat dia.

Yang aku pelik nye kan, 1 team injured kecuali sorang jer. Thamil Arasu!! Hahahaha.. Macam mane nk injured kan kalau setakat duk pusing-pusing kat atas tu sorang.. Dapat bola je hilang. Sampai kan Hafizal (pengulas sukan TV1) tanya dekat Coach Reduan, "Thamil Arasu tu main ke tak main??".. Hahaha... Sebab tu jugak die tak injured, sebenarnya dia tak main pun. Yang Jaring kan gol 2,2 bukan striker.. Striker berdiri tegak dekat luar kotak penalti.. Tegak je kt situ.. Heee... Awasome!!

Aku harap pasni diorang semua sembuh sepenuhnya dan berusaha untuk perlawanan akan datang. Harap juga kontroversi apek dapat di kurangkan.. Hahahaha :P


Notakakiku: Geram memang geram sebab kalah. Tapi ini adat pertandingan. Ade menang ade kalah. Tetap sokong Harimau Muda dan Harimau Malaya sehingga bile pun.. :)

26 November 2011

Midori - ComeBack!!

Salam semua. Haaa lame giler tak tengok blog ni.. Memang betol2 di tinggalkan!!

Seperti umah usang yang telah di tinggalkan penghuninya selama hampir seratus tahun!! Wah3...

Sampai password pun da lupa.. Nasib baik ade assistant (Mister Jan) yang sentiasa collect and save all my password and emel. Hahaha.. Thank you so much!! heee..

Banyak betol fungsi baru blogger.. Banyak btol emoticon baru yang sampai pening kelapa aku nk guna.. Hahaha..

Ermm.. So, i really hope, yang i boleh update selalu blog ni untuk masa-masa akan datang. Blog ni menyimpan seribu kenangan dari mula aku start mengenali dunia blogging hampir 4-5 years ago.. So sweet :)

Ok la, ini sahaja untuk hari ni. And of coz, tak lupa kepada semua readers yang selalu 'check it out' blog ni. Walaupun tak ade update terbaru tp still sudi menjenguk. Thanks semua!!


Nota kakiku: Jangan di hairan kenapa aku suka-suka hati membahasakan diri aku sebagai aku, i, or what ever sekali pun. This is my blog, so ikut suka hati la nk tulis camne pun. Yang penting aku tak kacau sape-sape dan saketkan hati sape-sape. Tq :131::131::face26::face26:

Followers

free counters