31 May 2010

JANGAN BUAT BAYI SEPERTI TAIK KORANG YANG BUSUK!!


Kaknon kecewa betol la dengan anak-anak muda kita sekarang ni. Semua takde otak ke?!!! Sakit betol hati kaknon bila baca berita, setiap hari ada saja bayi yang baru dilahirkan dibuang. Apa dia ingat budak tu macam taik ke?? Dah makan sedap-sedap lepas tu pergi jamban buang!! Apa punya bahalol tu?!!!

Melampau betol la diorang ni sekarang. Bagi kaknon la kan, patutnya kerajaan buat undang-undang dan hukuman yang berat pada mereka ni. Sula jela diorang ni!! Melampau!! Anjing pun sayang anak dia. Yang diorang ni pulak pergi buang.

Naik benci kalau baca paper setiap hari. Mana perginya sifat kemanusiaan mereka ni? Selalunya yang perempuan yang akan terseksa, dapat malu. Tapi yang jantan tak guna tu terlepas begitu saja. Yang perempuan ni pun kadang-kadang tak sedar diri, bagi semua kat lelaki. Lepas tu awak yang terkangkang2 bawak perut, awak yang sakit beranak, awak yang malu. Yang lelaki lepas tangan!!

Kaknon cadangkan kerajaan buat la sesuatu untuk mengurangkan kes-kes buang bayi. Buat la undang-undang atau peraturan yang ketat sedikit. Hukuman yang dijatuhkan pun biar la setimpal dengan nyawa bayi yang tak berdosa tu. Sula jela diorang ni.

Dah jadi macam perkara biasa dah pulak kes buang bayi ni. Hari-hari keluar paper. Macam dah takde nilai jer. Macam tak kisah pun. Nak buang, buang la. Takde apa tindakan pun. Kalau ada pun bayar denda jer. Padahal bayi tu dah meninggal, dibunuh dengan kejam!! Tu kalau yang dapat tangkap macam hari tu patut bagi hukuman seberat2nya. Diorang tu yang patut dicampak dalam sungai! Diorang tu yang patut di tanam hidup! Diorang tu yang patut dibalut dengan kain batik lepas tu amek semut, serangga2 semua, letak kat badan diorang tu. Baru diorang rasa macam mana sakitnya baby tu menahan apabila ditinggalkan dan dikerumuni oleh semut dan pelbagai jenis serangga. Menggigit kulit2 halus mereka, menggigit tubuh kecil mereka.

Jangan la buat bayi-bayi ni macam TAIK!!! Patutnya aktiviti social harus dikurangkan. Anak-anak ni jangan bagi keluar rumah langsung. Ni sebab diorang dah bebas. Diorang nak pergi mana, dengan siapa, pukol berapa balik pun mak bapak dah tak kisah. Konon biar anak tu celik dan pandai berdikari. Celik la sangat!! Bila dapat keluar buat perkara tak senonoh!! Tapi sekarang ni jangan kata kat luar, kat dalam rumah pun same. Masuk ikut tingkap nak buat projek. Sampai mengandung! Lepas tu bila di tanya dia boleh pulak cakap, buat suka-suka jer takde perasaan cinta pun!! Woittt!! Bangang sungguh kamoooo!!


Nota kakiku : Kaknon tak sanggup nak letak gambar2 bayi dibuang tu.. Tak sanggup nak tengok. Remaja semakin bodoh. (Gambar adalah atas permintaan ayah kaknon. Huhuhu)
**Gambar ihsan Google

PING SITE TUMBUH SEPERTI CENDAWAN SELEPAS HUJAN


Blog tutorial dah berlambak. Pilih saja mana yang deknon nak. Macam-macam yang di ajar di dalam sesebuah blog tutorial. Dari pada cara nak setup blog, cara penulisan, macam mana untuk mendapat trafik yang banyak dan mantap. Semua ada. Memang dahsyat la kan.

Tapi bila kita dah tulis sesuatu entry, kita perlukan medium untuk memberitahu orang bahawa kita ada blog dan info yang mereka cari. Yela, mula-mula kena la promote blog kitakan. Kalau nak harap orang tetibe masuk jer blog kita payah la, kalau blog tutorial mudah la dapat trafik. Kalau blog personal, tak blogwalking dan ping entry, sesetengah blog susah juga nak naik.

Maka wujud la PING SITE. Ping site yang paling popular terutama di kalangan blogger-blogger Melayu adalah Gengblogger la. Selain Gengblogger, banyak lagi tempat yang memberikan kemudahan ping entry. Terlampau banyak sehinggakan kaknon pun lupa. Hahaha.. Selalu guna Gengblogger saja atau innit la. Walaupun innit kebanyakkannya blog berbahasa Inggeris tapi kaknon tetap masukkan jugak. Heee…

Semenjak dua menjak ni, banyak ping site baru yang muncul. Macam cendawan yang tumbuh selepas hujan!! Kaknon ada la register. Tapi itu la, bila dah terlampau banyak, kaknon pun lupa. Hahahaha. Lepas tu, bila dah banyak, kaknon tengok semua entry yang diping tu same je samada di setiap ping site. Hehehehe.. Kadang-kadang dah baca dekat ping site yang ni, lepas tu bila buka ping site satu lagi, tengok tajuk yang same kaknon takkan nak baca dua kali kan. Hahahaha.

Tapi tapi tapi.. Ada pula kelebihannya ping site yang banyak ni. Bila ping site yang satu ni buat hal, kita ping kat tempat lain pulak. Hahahahaha.. Yela, kadang-kadang site tu ada problem ke ape ke kan. So ada la pilihan lain untuk blogger-blogger ni memasarkan blog mereka. Ini pun salah satu cabang marketing jugakkan. Macam mana nak marketkan blog kita. Hahahaha.. Blog kaknon takyah cite ler. Blog picisan yang hanya dipinggiran. Cecececee~

Tapi seronok jugak ping sane, ping sini. Hahahaha.. Yela, kadang-kadang setiap ping site tu ada visitor yang berlainan walaupun kebanyakkannya same jer tapi ada la jugak visitor baru setiap hari.

Jadi, jangan lupa ping entry deknon semua dekat ping site tu yer. Boleh la dapat trafik sikit walaupun ciput. Hahahaha.

Nota kakiku : Dah join banyak2 ping site lepas tu lupa. Hahahaha. Sah dah hampir jadi nenek kaknon ni.. Hahahaha.. Pelupa sungguh!!
**Gambar ihsan Pakcik Google

KEYWORD ATAU KATA KUNCI

Keyword!! Keyword yang tepat sangat penting untuk sebuah blog. Aritu kaknon dah share pasal keyword yang sampai ke blog kaknon. Hari ni, kaknon nak tunjuk lagi keyword yang sesat ke blog kaknon. Hahahaha.

Sebenarnya, takde tujuan pun nak buat entry ni. Sekadar suka-suka. Hahaha.. Kalau deknon tengok kat situ, Tok Ti memang tak menghampakan kaknon. Setiap kali kaknon check keyword kaknon, mesti ade Tok Ti.

Tapi yang kelakarnya, ramai jugak orang cari pasal kentot yer. Hahahaha.. Tak sangka kaknon cerita kentot kaknon tu dapat membantu traffic ke blog kaknon. Walaupun tak xdela ramai sangat tapi traffic yang datang dari google ni memang susah la nak dapat. Yela, sekadar blog biasa macam kaknon ni. Kalau tak blogwalking agak susah jugak kan nak dapat visitor yang ramai. Tengok saja la ramai yang komen mengenai tips traffic kaknon tu. Haa, yang tu nanti kaknon cerita yer.

Jadi, mari la ramai2 tengok keyword kaknon yang kelakar tu. Hahahaha.. Klik gambar tuk tumbesaran yang sihat yer deknon.. Hahaha



Nota kakiku : Kentot kentot kentot. prut pruttt. Hahahaha.. Adehh.. Takde motif sungguh! Hahahaha


28 May 2010

BLOGGER DENGAN TIPS TRAFFIC YANG TAK SERUPA TIPS!!

Salam sekali lagi deknon. Blogger dengan tips traffic yang tak serupa tips!! Paham tak ayat tu? Kalau tak paham deknon gali lagi yer. Hahaha.. Sejak akhir-akhir ini, kaknon sedar sedang berlaku sesuatu yang pelik dikalangan blogger. Ape yang pelik tu kaknon? Heee..

Ada sesetengah blogger yang cuba memberi tips untuk meningkatkan traffic ke blog tapi bila kaknon tengok dan baca, tips nye kemana trafficnya pun kemana. Adess.. Almaklum la, kaknon ni suka baca bab-bab cari traffic ni. Yela, blog kaknon traffic nya tak mantap. Jadi kaknon memang rajin la cari tips naik traffic ni.

Kadang-kadang rasa tertipu jugak. Kaknon taknak menuding jari pada sesiapa. Cuma kalau boleh, pada mereka yang nak bagi tips tu, buat la betol2. Jangan la membebel tak tentu arah, lepas tu tips nya Sebaris dan kadang-kadang, kaknon tak paham mana tips nya. Tercari-cari kaknon. Mana tips? Mana? Mana??? Prepare la betol2 kalau nak bagi tips. Lain la kalau nak mengarut, tak yah la prepare ape-ape. Tulih je sesuka hati.

Kaknon tau, mungkin salah kaknon juga main terjah je kalau nampak tajuk entry mengenai cara-cara menaikkan traffic ke blog. Tapi kalau kita tak buka kita tak tahu kan apa isinya. Memang banyak top-top blogger yang bagi tips, tapi kadang-kadang kaknon suka yang fresh. Blogger baru pun ramai yang bagus. Tapi itu la, sekali "tipah tertipu bangggg~".. Hahahaha..

Jangan la permainankan hati dan perasaan kaknon deknon oiii.. Hahahaha..


Nota kakiku : Bagi la tips dengan ikhlas. Dapat pahala kalau bantu orang dekkkk..

PERLUKAH PERGI KONSERT?

Salam deknon. Selamat bercuti kepada yang bercuti pada hari ini sempena Wesak Day. Kaknon keje ok. Hahaha..



Konsert. Deknon semua tahu apa itu konsert? Siapa yang rajin pergi konsert? Siapa yang tak pernah pergi konsert? Kaknon tak kuasa nak pergi konsert. Sebenarnya, kaknon tak paham satu perkara, dan perkara ini kadang-kadang membuat kaknon tertanya-tanya. Apa yang bestnya pergi konsert? Dengan ramai orang. Macam-macam jenis, macam-macam ragam.

Kaknon memang tak suka keadaan macam tu. Semalam kaknon ada la tengok kat TV ulangan sebuah konsert. Kaknon cuba selami apa yang best nya pergi tengok konsert tu. Adoiii.. Tak paham kaknon. Perlu ke kita membazir masa tengok konsert? Jerit-jerit, terpekik terlolong.

Tengok la berapa ramai manusia kat situ. Perhhh.. Yang dok jauh-jauh tu nampak ke penyanyi nya? Kalau setakat tengok screen baik dok umah jer. Tengok depan TV. Takyah nak berhimpit-himpit, nak berpanas-panas.. Adehhh...

Baru-baru ni ada iklan mengenai konsert artis seberang. Tiketnya punya laaaaa mahal!! Bukan artis antarabangsa pun. Bukan terkenal serata dunia pun. Setakat terkenal di Malaysia dan negara asal dia la. Tapi tiket nya punya la mahal. Itu pun ada orang pergi tengok. Lebih baik duit tu simpan kat dalam ASB ke, buat pergi makan ke lagi bagus. Dari pergi dudok tercongok jer tengok konsert.

Lepas tu, yang ramai pergi sape? Budak-budak sekolah la, bawah umur. Dah la konsert selalunya diadakan waktu malam. Lepas habis konsert mana budak-budak ni pergi?? Sosial!

Entah la apa nak jadi. Konsert laju jer diorang ni pergi, suh pergi sekolah suh pergi masjid malas! Konsert takyah disuruh pun tergedik-gedik nak pergi. Pergi la join majlis-majlis ilmu ke, lagi bagus.

Perlu ke pergi konsert? Kalau siapa-siapa ada pengalaman boleh la share dengan kaknon. Kaknon nak tau jugak apa yang bestnya, apa yang syokkk nya, apa yang hebatnya, apa yang bagus nya, apa yang deknon semua dapat bila pergi tengok konsert?


Nota kakiku : Banyak konsert dari majlis-majlis ilmu sekarang ni.

27 May 2010

REMAJA SEMAKIN MELAMPAU

Salam deknon. Hari ni kaknon nak bincangkan mengenai REMAJA. Terutamanya yang berumur 13-21 tahun. Kenapa? Sebab sekarang kalau kita baca surat khabar remaja lingkungan 13 hingga 21 tahun adalah antara yang paling bermasalah.

Kaknon sebenarnya tak paham bagaimana semakin hari mereka menjadi semakin teruk, semakin ganas, semakin biadap dan melakukan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya. Mereka seperti tiada pegangan agama, tiada pelajaran dan tiada otak.

Mereka juga melakukan pelbagai perkara yang pada kaknon telah melampaui batas. Cuba deknon semua lihat yer, lari dari rumah, merogol, melakukan hubungan s***, mengandung anak luar nikah, merompak, meragut. Semua mereka lakukan. Padahal, pada umur yang sedemikian, mereka sepatutnya lebih mementingkan pelajaran dan berfikir mengenai masa depan mereka. Ini tidak!! Mereka buat pula perkara yang memalukan keluarga.

Tadi, baru jer kaknon baca di akhbar mengenai seorang pelajar berumur 17 tahun merogol rakannya yang berumur 14 tahun. KLIK SINI. Aduhhhhh.. Ini ke generasi yang bakal memimpin negara? Hari tu, yang tanam bayi tu, pasangan berumur 19 tahun dan 15 tahun!! Aduhhhh.. Sedih betul kaknon tengok remaja kita sekarang. Sebelum ini pula, kes yang merogol kawan dekat kelas. Sampai tertinggal pensel dalam kemaluan pelajar perempuan tu. Apa yang diorang belajar sebenarnya kat sekolah? Mak ayah susah payah berhabis duit anta pergi sekolah suruh anak belajar jadi pandai. Tapi anak-anak pergi sekolah buat perkara yang tak senonoh. Bukan ke disekolah ada subjek Pendidikan Islam? Ini la dia kalau belajar hanya untuk lulus peperiksaan tetapi tidak mengamalkan dan mengambil iktibar dari pada ilmu yang diajar.

Itu baru satu isu deknon. Kemudiannya, isu lari dari rumah. Kenapa la mudah sangat melakukan perkara macam tu? Umur macam tu sepatutnya berada dirumah mengulangkaji pelajaran. Bukannya lari ikut boyfriend lari ikut entah siapa-siapa lagi. Kaknon kalau ade masuk jer berita cerita macam ni memang rasa nak bagi tangan jer kat budak tu kalau jumpe. Fikir la sikit perasaan ibu bapa kita. Mereka dah bersusah payah besarkan kita, bagi pelajaran. Tapi hanya sebab kita kenal seorang lelaki baru beberapa bulan, beberapa hari, kita dah sanggup tinggalkan mak yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari, menjaga kita siang malam sewaktu kita kecil, yang bersusah payah membesarkan kita. Lepas tu, tak rasa ke sedih bila muka mak ayah kita masuk TV sebab kita lari dari rumah? Tau tak itu dah memalukan mak ayah kita? Mereka malu tau! Tapi di sebabkan kasih sayang pada anak-anak, mereka tebalkan juga muka mengadap orang ramai. Meminta anak-anak yang lari tu pulang ke rumah.

Anak-anak pulak? Berseronok dapat lari dengan teman lelaki. Tapi bila dah kene rogol, dah kene tinggal, hidup susah, baruuuu nak cari mak ayah semula. Baru ingat dekat rumah. Apa la punya pemikiran macam ni. Kaknon memang pantang kalau budak-budak sekolah bercinta. Bukan apa deknon, belom masanya lagi untuk semua tu. Tapi malangnya, budak sekolah sekarang ni jenis tak makan saman. Bukan macam zaman kaknon sekolah dulu. Masa tu semua pelajar berlumba-lumba nak dapat keputusan yang bagus. Berlumba-lumba nak jadi atlit sekolah yang terbaik. Berlumba-lumba nak dapatkan title "STAR SEKOLAH". Dulu memang susah la nak dapat berita pelajar bergaduh, pelajar mengandung, pelajar merogol atau dirogol. Ada tu ada, tapi tidak seteruk sekarang. Sekarang ni pantang bukak akhbar, boleh dikatakan tiap-tiap hari ada berita pasal ni.

Lepas tu, kalau kaknon tengok pelajar perempuan sekarang pun.. Aduhhhh.. Kalau dia ramai-ramai tu, kita ni nak dibelasahnya. Diorang ni suka melepak kat kedai-kedai makan yang berhampiran sekolah. Jangan la deknon semua nak pandang-pandang diorang, mau di belasahnya deknon kat situ.. Mereka ni dah takde perasaan hormat dekat orang tua lagi. Pelik kaknon. Kadang-kadang bukannya kita nak pandang die pun, biasa la dok usha sane usha sini, terusha pulak kat diorang. Bagi kaknon tu perkara biasa la kalau kita pandang orang. Hurmm..

Bukan setakat pelajar sekolah jer yang semakin teruk tapi pelajar universiti pun tak kurang hebatnya. Bersalin dalam hostel la ape la.. Hurmm..

Deknon semua, tak kira la yang masih bersekolah, pelajar universiti ke, ingat la. Ingat mak ayah kita kat kampung. Jangan la buat perkara-perkara yang memalukan mereka. Jangan la hancurkan masa depan sendiri. Mak ayah kita susah payah hantar kita pergi sekolah supaya kita jadi pandai, berilmu, dan berharap anak-anak mereka akan menjadi insan yang baik. Bukan senang mereka nak cari duit nak menyekolahkan kita. Kena pula kalau adik beradik kita ramai, siang malam la mak ayah kita bekerja. Hargai la pengorbanan mereka.

Kaknon rasa susah hati tengok keadaan pelajar-pelajar kita sekarang. Mereka ni pelapis pemimpin negara, tapi lihat la. Ramai yang rosak.

Memang masih ada pelajar yang bagus, yang tidak terjebak dengan perkara-perkara macam ni. Mereka ini la yang perlu diselamatkan. Kaknon kadang-kadang bila baca perkara-perkara buruk yang mereka lakukan ni, kaknon cuba berfikir. Kenapa yer mereka lakukan perkara macam ni? Kenapa yer mereka lari? kenapa? kenapa? dan kenapa? Sampai buntu kaknon.

Nasihat kaknon, perhati-perhatikan la anak kita. Jika ada perubahan yang pelik tu, cepat-cepat la siasat. Kadang-kadang kalau kita bagi terlalu banyak kebebasan pun dia akan rosak, dan kalau terlalu mengongkong pun mereka boleh rosak. Pepatah orang dulu-dulu ada mengatakan "Sayang anak ditangan-tangankan". Sebab tu dulu-dulu, anak-anak tak berani melawan mak ayah. Tapi sekarang, anak pula yang lebih-lebih marahkan mak ayah. Dulu, nak angkat muka pun takut kalau ayah tengah marah. Sekarang? Hurmmm.. Sayang anak biar la berpada-pada.



Nota kakiku : Dimanakah anak-anak anda berada sekarang???

26 May 2010

GOLONGAN BERISIKO TINGGI DIJANGKITI H1N1

Baiklah.. Sekarang kaknon nak kongsikan mengenai Golongan Yang Berisiko Dijangkiti H1N1. Entry sebelom ni hanya memaparkan sedikit info dari mana datangnya H1N1 ni. Jadi, untuk mengelakkan dijangkiti, kita perlu tahu siapa yang berisiko dijangkiti penyakit ini.

Mereka-mereka yang berada dibawah ini adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti H1N1.

1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang

4. Wanita mengandung

5. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes

6. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)

7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain


Sekali diingatkan, supaya deknon semua sentiasa berhati-hati sewaktu membawa anak-anak kecil bersiar-siar.

Sumber : Web Kementerian Kesihatan Malaysia.

APA ITU H1N1 | Masih Berleluasa


Salam deknon.. Sihat? Demam tak? Selsema? Batuk? Jika ada masalah-masalah tu, kaknon ingatkan pada deknon supaya pergi berjumpa doktor dengan segera. Sekarang ni pelbagai jenis penyakit sedang berleluasa. H1N1, Denggi dan sebagainya. Setiap hari kita boleh lihat jumlah kematian pesakit H1N1 semakin meningkat. Hari ini, kaknon nak kongsikan dengan deknon semua mengenai "APA ITU H1N1".


H1N1 ialah virus Influenza type A yang berasal daripada Avian Flu (Selsema Burung) yang melanda dunia satu ketika dulu. Strain virus ini telah bergabung dengan strain Swine Flu. Swine flu adalah penyakit selsema yang hanya menjangkiti babi sahaja. Tetapi virus-virus ini telah bergabung dan bermutasi, dan akhirnya telah berjaya menyesuaikan diri dengan 'host' baru iaitu manusia.


Apabila virus ini berada didalam badan manusia, ia sekali lagi berevolusi menjadi 'air born-disease'. Bermakna mereka boleh disebarkan melalui udara. Dan untuk pengetahuan deknon sekalian, apabila virus 'air born-disease' ini tersebar ke udara, mereka akan hidup selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika mereka tidak dapat 'host' atau perumah (manusia), virus ini akan mati.


Incubation period atau waktu pengeraman, adalah 2 hari. Dan ini bermakna, apabila seseorang itu dijangkiti, pesakit itu akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti atau selewat-lewatnya 4 hari selepas dijangkiti.


Simptom H1N1 :


Hari Pertama - Rasa tidak bermaya (kurang sihat)

Hari Kedua - Selsema, batuk, dan demam yang kekal (Maksudnya, demam tidak reda walaupun telah mengambil ubat)

Hari Ketiga - Rasa tidak selesa di dada dan sukar untuk bernafas

Hari Keempat - Sakit dada yang semakin teruk. (Segera ke hospital jika mengalami simptom ini)

Hari Kelima - Kerosakan paru-paru atau koma


Oleh itu, kepada deknon semua, jika ada salah satu simptom di atas, cepat-cepat la ke hospital. Kerana penyakit ini bermula hanya sebagai selsema biasa, yang kemudiannya apabil tidak dirawat ia akan merosakkan paru-paru dan akhirnya menyebabkan kematian.


Ingat yer deknon. Awasi anak-anak kita. Jika tidak sihat, cepat-cepat bawa ke hospital. Kerana kanak-kanak adalah antara golongan orang yang mudah di jangkiti.



Nota kakiku : Ingat!! H1N1 masih ada disekeliling kita.



p/s: Sumber adalah dari Web Kementerian Kesihatan Malaysia & islah.edu.my.


TAG TIKAM BELAKANG | Hek4

Holaaaaa.. Hehehe.. Salam deknon semua.. Sihat tak hari ni? Arghhh.. Hari ni hari yang sangat mengantuk. Kaknon rasa macam nak bentang comforter pastu, BOOMMMMM.. Bukan kentot ekk.. Hahaha.. Nak bobomm, nak tidoooo.. Hahahaha.. Tapi nanti bos balik, naya pulakkan.. Jadi lebih baik hasrat itu dibatalkan. Ngeh ngeh ngeh..

Untuk menghilangkan kemengantukkan kaknon ni, kaknon pun usha-usha blog orang sane sini. Pastu kaknon kene tag. Heeee... Kali ni dengan deknon Norfa. Jadi, sekarang kaknon akan jawab la tag dari deknon Norfa. Heeee... Jom!! Saksikan jawapan dari kaknon..

1) Apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?

Tikam dia balikkkkk.. Hahahaha.. Tak la.. Ntah la tak tau nak buat per.. Termenung kot. Hahahaha..

2) 6 orang di hati anda

*Ayah
*Mak
*Abg Non
*Cristiano Ronaldo
*Kakak
*Fernando Torres

3) Anda rasa anda comel?

Saya rasa saya bukan comel tapi TERSANGATTTTT LAAAA COMEL NYEEEEE.. kekekekeke~

4) Single or taken?

Taken 4 ade tak? Alaa yang game PSP tu... Nak Jin. Die terer woooo.. kekekeke~

5) Blog yang saya suka?

Midori Day's.. sila klik.. ngeh ngeh ngeh

6) Adakah bilik anda kemas setiap hari?

Bagi kaknon kemas la.. Bagi orang lain kaknon tak tau laaaa. Wakakakakaka~~

7) Lagu terakhir yang anda dengar?

Kau Tetap Dalam Anganku by Azie. Lagu lame ni tapi sangat best.. Takde lagu baru yang boleh lawan lagu lame yang evergreen.. Sampai bila2 pun orang dengar lagu ni tetap akan cakap bestttt..

8)Last text message

k.

(dari kakak kaknon. sekarang dia di hospital kerana husband dia masuk wad suspek denggi.. huhuhuhu..)

9)Last phone call

Ayah.


10) Hari terakhir anda menangis?

Tak ingat. Serius tak ingat.. Adeke kaknon nangis yer? Rasa nak nangis tu ada tapi tak nangis lagi kot.. Hahahaha..

11) List 5 kaler feveret anda

>Pink
>Pink
>Pink

>Putih - kaler putih takleh buat pulak.. kekekeke~
>Biru

12) Orang terakhir yang anda berYM?

Abgnon..

13) Game yang anda paling suka?

Takde la paling suka, jarang main game2 ni.. Taken jela yang kaknon tau. Tu pun rembat anak kakak kaknon punye PSP.. Hahahaha...

14) Adakah anda peminat MCR?

Bukan peminat. Tapi boleh la kalau dengar lagu dia..

15) Apa perasaan anda jawab tag ni?

Ngantuk.. Kekekeke~

16) Anda rasa tag ni best?

Best.. tapi byk sangat. hehehehe..

17)Tagged lagi 10 orang

Adehh..ni yang lemah ni.. Hahahaha..

1. encik tikus
2. Yatre Hayati
3. KiNSyAkRn
4. kniedaz
5. rossenari
6. days
7. zulkbo

Orait.. 7 orang tu wajib jawab tag ni!! Hahahaha.. Actually ramai kaknon nak tag, tapi mate pun dah kuyu jer.. Kepada deknon2 lain yang nak jawab silakan.. Kaknon buka pada semua.. Thank deknon Norfa..


Nota kakiku : Tag sini tag sane.. kekekeke~

25 May 2010

SELULIT KULIT OREN

Selulit!! Apa itu selulit? Hehehe.. Takut tak? Takut tak? Adess.. Ni masalah yang paling2 ditakuti oleh golongan wanita. Kaknon percaya deknon semua tahu apa itu selulit dan macammane bentuk dia kan.

Selulit ni deknon, merupakan lapisan lemak yang terletak di atas otot. Tempat yang selalu ada masalah adalah,

1. Pinggang
2. Peha
3. Punggung
4. Lengan

Dan ada beberapa tempat lagi mengikut pada pengumpulan lemak la. Ngeri tak? Ngeri tak? Heeee.. Dari pembacaan kaknon dekat majalah-majalah wanita la kan deknon, selulit ni berpunca dari beberapa faktor. Antaranya,

1. Pemakanan
Contoh : makan secara berlebihan dan menyebabkan lemak berkumpul, makanan yang pedas.

2. Obesiti

3. Stress

4. Kurang bersenam


Untuk menghilang dan mengelakkan selulit, deknon semua kena la jaga pemakanan, bersenam setiap hari, minum air dengan banyak, kurangkan pengambilan gula, mentega, lemak, garam, kafein.

Makanan yang patut kita ambil untuk mengelakkan selulit pulak deknon, adalah,

1. Makanan Yang Mengandungi Protein
2. Buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selulit bukan sahaja menyebabkan kulit jadi tak cantik yer deknon, tapi boleh melihatkan tubuh seseorang menjadi lebi gemuk. Selulit ni kira macam kombinasi lemak+air+toksin. Jadi deknon semua jaga la kesihatan. Heee.. Kaknon nak letak gambar selulit pun tak sanggup.. Huhuhuhu...


Nota kakiku : Heee.. nak petua hilangkan selulit? Beli la krim mustajab!! hahahaha

KAKNON DAPAT LENCANA


Entry ini khas untuk cemomoi. Cemomoi telah memberi kaknon lencana. Hehehehe.. Terima kasih deknon sebab ingat nak bagi kat kaknon.. Kaknon dah letak dah kat situ.. kat tepi tuuu. Hek4.. Thanks deknon..


Pada deknon yang lain, jangan jelesss., Hahaha... Takdela, saje je.. kikikiki...


Nota kakiku : Teringat zaman sekolah dulu. Kaknon selalu lupe pakai lencana. Setiap hari isnin asyik muke kaknon jer yang kene denda. Hahaha.. Takpun, penuh nama kaknon kat buku laporan pengawas2 @ mawas kat sekolah tu.. Hahaha.. Gile kuase la korang.. Hahaha.. :P


KEYWORD | Kelakar betol

Salam deknon.. Kaknon tadi dok layan forum kat GB.. Hahahaha.. Saje je gatal tangan ni nak menjawab.. Hahaha.. Lepas tu kaknon tengok nuff kaknon.. Perhh... Dah boleh cash out.. Tapi ciput jer.. Hahaha.. Takpe la..





Sempat jugak la kaknon buat rombongan cik kiah kat nuff tu.. Usha sini usha sana.. Yang paling kaknon suke tengok ialah KEYWORD!! Hahahaha.. Macam-macam adaaa.. Ade satu keyword tu buat kaknon termenung seketika.. Kaknon tak pernah nak cerita pasal keyword2 ke, 1 je entry kaknon pasal nuffnang kan? Hahahaha.. Almaklum la, blogger tak berapa nak femes, wat malu jer nak bagitau kat orang.. Hahaha.. Sebelom ni memang macam-macam keyword yang ada. Tapi hari ni agak lawak cket.. Hahaha...






KLIK UNTUK TUMBESARAN YANG PADU :p

Nampak tak yang kaknon bulat kan tu? hahahaha.. Adoiii.. Camne la keyword tu boleh sampai ke blog kaknon. Suddenly baru kaknon teringat, kaknon ade post entry pasal yang bangla nak beli rokok tu, pastu nak ugut orang yang jual rokok tu. Dah lame dah entry tu.. Kaknon pun malas nak cari.. Hahahaha.. Lantak la..

Tapi serius la kan, dalam banyak2 entry kaknon, entry pasal Simply Siti tu la yang banyak naik keyword die.. Kekekekeke.. Maceh tokti.. Tokti dah bace surat kaknon ke belom? Hahahaha.. Nak bace? KLIK SINI TOK TI


Macam rupanya orang cari yer kat dunia internet ni.. Kadang-kadang ketawa sendiri kaknon tengok keyword2 yang naik ni.. Tapi itu, keyword ni boleh membantu meningkatkan traffic blog kita. Dengan menggunakan keyword yang tepat dan mantap, membantu menarik orang ke blog kita.

Nota kakiku : Tak sangka ramai jugak orang cari pasal Simply Siti.. Hehehe.. Ingat adam maya jer yang top.. Ermm kaknon takde entry pasal adam maya. Sebab tak tengok pun. Tak minat hero die. Hehehehe

LION KING :P

Hai deknon yang dikasihi sekalian. Kaknon nak share satu gambar yang kaknon suka sangat tengok. Sangat comel. Hehehe.. Comel comel comel.. Rasa nak gigit2.. Hahahaha..

KLIK UNTUK TUMBESARAN :P



Comel kan? Hahahaha.. Kaknon ingat die nak buat ape la.. Rupa-rupanya teringin jadi Lion. Hahahaha.. Sekali dia ngap!! Abeh riwayat.. Hahahaha.. Kaknon suke bende-bende yang kelakar dan comel2 macam ni.. Bila tengok rasa senang jer hati.

Nota kakiku : Kaknon pun comel jugekk.. Tu yang abang non tengok je kaknon, rasa senang hati dia. Hahahahahaha :P

KEDAI NAJI$

Salam semua.. Dah makan ke blom? Kaknon baru je makan tengah hari + breakfast sekali. Hahahaha.. Hari sangat2 la busy. Takdan nak makan, ade je yang mengganggu konsentrasi kaknon. Heee.


Kaknon nak share dengan deknon 1 gambar yang buat kaknon rasa pening2 lalat, rasa nak muntah pun ada. Hahaha...


KLIK UNTUK TUMBESARA YANG SIHAT!!

Hehehehe.. apa yang deknon semua nampak? Hahahahahaha.. Tak sangka kaknon. Ramai sungguh manusia yang kreatif macam ni. Adehhh.. Ade pulak name kedainya N.A.J.I*.. Hahahahaha.. Adoiii..

Nota kakiku : Bagi la name leklok cket.. Hehehehe.. Siapa la yang buat kerja ni.. :P

24 May 2010

EKOSISTEM DUNIA | Semakin Dahsyat..

Holaa deknon.. Hari ni kaknon nak kongsi dengan deknon sebuah gambar ekosistem yang penuh dengan tanda tanya, pengertian, kisah tersurat dan tersirat, dan mempunyai maksud yang mendalam. Sebenarnya, sebelum kaknon melihat gambar ini, kaknon memang tak pernah terfikir bahawa perkara ini boleh terjadi. Heee..









KLIK UNTUK TUMBESARAN (KALAU TAK CUKUP BESAR LAAA.. NGEH NGEH NGEH)

Orait, dah tengok gambar tu? Hahahaha.. Adoiii.. Terkejut kaknon bila tengok pic ni. Hahaha.. Mane taknye, tak pernah pulak kaknon terfikir perkara ni. Adehh.. Pandai jer diorang ni buat gambar macam ni.

Nota kakiku : Amacam deknon? Ade berani mau main salji?? Hahahahaha..



23 May 2010

PESAKIT HIV POSITIF LANCARKAN PERANG??

Assalamualaikum dan slmt sejahtera...msg ini telah dikirimkan kpd sy oleh seseorang....walaupun xde kena mengenany ngn grup nih,,tp u olz bc je la k...utk keselamatan masing2..so,beware,my frenz!!

................Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. .. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV.. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati ….

Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih


1. Dikawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi “Welcome to the real world, you are now HIV positive’ . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati … .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman…jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling….. ……… ……… …….. …..mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos. Order di tempat lain.

Ini adalah nyawa anda. Sila ‘foward’ maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja…


DrMuhd Hishamuddin b Abdul Halim
Professor & Head Dept. of
Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan ,
MALAYSIA .



**************************************

Haa di atas adalah satu artikel yang telah di forwardkan kepada kaknon melalui Facebook kaknon. Persoalannya sekarang, BENARKAH PERKARA INI BERLAKU??

Sebenarnya, hari tu kaknon dah terbaca mengenai artikel ni. Tapi kaknon tak ingat dimana. Hari ni, sekali lagi kaknon dapat baca artikel ni. Dan ia telah di hantar ke inbox Facebook kaknon.

Ada siapa2 yang boleh mengesahkan hal ini? Kalau ikut kan dari mesej tu, ade tulih Dr Hishamudin. Betul ke? Kalau benar la artikel ni, maknanya keadaan sekarang amat berbahaya untuk kita keluar kemana-mana. Even, ke taman permainan kanak-kanak sekali pun!!



Mereka ni seperti dah melancarkan perang pulak pada orang awam yang tak berdosa. Kaknon cume berpesan kepada deknon-deknon semua supaya berhati-hati walau dimana pun deknon semua berada.



Jangan biarkan anak-anak kecil menjadi mangsa mereka yang mental ni. Kecut perut bila bace hal ni.


Nota kakiku : Kalau ada sesiapa yang ada maklumat lain, boleh la kongsi dengan kaknon dan kawan2 yang lain. Sama-sama la kite mengingati antara satu sama lain. Terima kasih kepada deknon yang sudi berkongsi maklumat. Semoga dapat membantu orang yang tidak berdosa..
P/S : Gambar ehsan Uncle Google

MENTOR 8 | THALIA VS MOHD

Salam deknon. Wahh pagi tadi Radio Era dok putaq semua lagu pelajar AF8. Bukan main lagi haaaa.. Ini kaknon nak cerita pasal Mentor pulak. Alaaa kisah si Thalia tu..

Tadi deknon tengok tak Melodi? Wahhhh deknonnn.. Marah sungguh ahli keluarga Thalia dekat Ziana Zain. Macam-macam depa cakap. Kesian jugak kaknon kat Thalia tapi kesian jugak kat Ziana Zain. Yela, dia kan profesional. Mesti dia tau ape yang baik dan tak baik kan. Tapi mungkin perkara ni menyebabkan Thalia dan family dia dapat malu. Huhuhuhu..


Ziana Zain cakap tadi, Thalia belom bersedia dari segi mental dan komitmen. Tapi Thalia mempunyai masa depan yang cerah. Dan yang paling best nya, orang pertikaikan kenapa Ziana Zain amek Mohd? Sebab Mohd ni rupa-rupanya, short listed Mas Idayu.

Tapi Ziana Zain dengan profesionalnya jawab,

"Mula-mula saya TENGOKK SHORT LISTED saya dulu. Kemudian saya ingin cari lagi mungkin ada yang lebih baik lagi. Mungkin dah rezeki Mohd"

Lebih kurang macam tu la. Ziana cakap lagi

"Why not bagi peluang dekat orang yang betol2 boleh nyanyi dan nak nyanyi".

Itu la yang kaknon dok dengar tadi. Tapi kalau deknon2 yang tengok jugak Melodi tadi, nak tambah2 ape yang kaknon tertinggal ke tersilap ke, di alu-alukan.

Cume takut gak la tengok seorang dari family Thalia tadi. Marah betol die. Die cakap

"Aku rasa Mentor ni tak betol la"

Huhuhuhu.,. Sabar deknon.. Dah takde rezeki Thalia kan. Lagipun aritu Elly dah bagitau, memang ada dalam peraturan Rancangan Mentor yang Mentor2 ni boleh tukar Protege sebelum konsert pertama. Huhuhuhu..


Nota kakiku : Harap Thalia tabah menghadapi dugaan. Mungkin rezeki deknon dekat tempat lain. Semoga berjaya yer deknon.. Kepada Mohd, gunakan la peluang yang ada ni sebaik-baiknya. Kepada Ziana Zain, kaknon tetap sokong kak Ziana!! Mantop!!

P/S: Sori gambor takdo. Mentor ni tak sefofuler AF.. Susah nak cari pic nye.. kekekekeke.

22 May 2010

SHAHIR JUARA AKADEMI FANTASIA 8!!!

GAMBAR DARI MURAI.COM.MY

SHAHIR!!! Shahir Juara Akademi Fantasia! Hahahahaha.. Aritu kaknon sedih sebab die terkeluar. Tapi hari ni, die jadi JUARA AKADEMI FANTASIA!!! TAHNIAH SHAHIR!! Lagu Shahir sangat sedap!!



Kaknon jangkakan lagu Shahir dan Adira bakal meletop!! Ok la.. Tu je la bagitau.. Happy sangat2. Tadi masa baru start, ayah kaknon tanye, siapa akan jadi juara. Kaknon dengan konpiden nye cakap SHAHIR!!! Hahahahaha.. Tak sangka betol2 die juara..



Tahniah Shahir. Tapi jangan lupe diri yer deknon.. Kekalkan sikap yang suci tu... All The Best Deknonnnn!!




PIALA DUNIA | Kaknon Pilih Ronaldo Jerr..


Carkkk... Hahahaha... Nampak tak? Nampak tak?? Hahaha.. Ronaldo!! Perhhh.. Kekekekeke.... Ensem kan?? Kekekeke.. Yela sempana nak Piala Dunia ni kan. 11 Jun sampai 11 Julai 2010 yer deknon.. Semua orang dah pilih pasukan mane yang akan menang kan. Kaknon pilih Ronaldo! Hahahahaha...


Cume kaknon tak puas hati, kenapa ramai cakap Argentina yang akan menang? Hanya sebab Lionel Messi tu jer? Ni main bola dekkk, bukan main tenis. Hahaha.. Kalau nak harap die sorang jer, maka nya jadi la macam Lee Chong Wei. Terkontang kanting sorang2. Hahaha.. Tapi kalau menang la Argentina, memang betol2 terer la kot Messi tu...


Kaknon tak tau nak pilih negara mane, Malaysia pun takde kan. Hahahaha.. Miracle la kalau Malaysia masuk Piala Dunia. Ngeh ngeh ngeh.. Jadi, kaknon pilih Cristiano Ronaldo. Hahahahaha..


Ape pilihan deknon semua??? Bagi tau kaknon pat. Tapi pesanan kaknon, JANGAN JOIN JUDI HALAL TU YERRRRR.. Yang Haram Tetap Haram Deknon!!!


Nota kakiku : Perhhh.. Deknon, korang kalau pasal makan laju jer ek.. Hahaha.. Jemput la makan sate, jemput jemputt.. Hahahahaha...

21 May 2010

SATE KAJANG KERTAS KAJANG | Feveret kaknon.. Slurpp slurppp.

Setelah semalam kaknon teringatkan nasi lemak. Hari kaknon teringin bende lain pulak.. Hahahaha.. Suke deknon yer cerita pasal makan. Tapi memang terliur pun tengok gambar nasi lemak tu. Itu baru gambar, belom betol2 ade depan mate. Hahahahaha..

Hari ni, kaknon teringin nak makan satu makanan ni. Sangat2 popular di seluruh Malaysia. Nak masak die kene pakai bara api, siap dengan kipas sekali. Macam raja sehari gitu nak suh orang kipas-kipas kan die. Hek4.

Makanan itu adalah SATE!! Hahahaha.. Ermmmm.. Sedapnya makan sate. Kene pulak kuah nye mantap.. Campur dengan sambal tumis. Perhhhhhhhhh wa cakap luuu.. Hahahahaha..



Perhhhh.. Baru tengok kuah dia deknon.. Meleleh air liur di buatnyaaaaaa...



Perhhhhhh.... Gabungan sate-sate terhebat! Hahahaha...



Perhhhhh.. Di tambah pulak dengan timun dan bawang. SLurppp slurpppp... Hahahahaha..


Dari umah kaknon kalau nak p kat Sate Kajang Haji Samuri tu 10 minit jer deknon. Bila time dapat gaji, sesak kedai tu deknon! Kalau deknon2 yang biase pergi tu tau la camne keadaannya. Tapi kaknon jarang la masuk kedai dia yang baru tu, sebab terlampau banyak orang dan sate die kureng cket. Die yang bahagian dalam kt dewan tu atau pun ade satu stall makcik kat tepi tu..

Perhhhh.. Memang mantap!! Sate ni yang penting kuah die mantap, daging die pulak lembut, kompem licin. Slurppp slurppp.. Hahahahaha.. Sate ni adalah makanan FEVERET kaknon dan ayah kaknon. Kalau kaknon sebut je,


"Yah, sedapnya kalau dapat makan sate. Ermm sedapnyeee.."
Kompem malam kang die cakap,
"Jom!"

Hahahaha.. Kitorang memang tak leh dengar perkataan sate tu. Kalau tak hari ni, esok kompem menggagau cari sate. Hahahahaha.. Sedap woooooo.. Deknon penah makan sate? Hahahahaha.. Dulu ayah kaknon boleh makan 30 cucuk tau.. Kadang-kadang lebih. Tapi sekarang kene kurangkan cket. Tak leh makan banyak2. Tapi banyak jugak laaaa.. Hahahahaha.. Kaknon biase kalau memang time teringin tu, mau berbelas cucuk jugak la. Ngeh ngeh ngehhh..

Nota kakiku : Sape nak banje kaknon makan sate?? Angkat wallet!!! Hahahahaha..


p/s: Gambar adalah ehsan Uncle Google yang ensem agaknya. Hahahahaha

20 May 2010

NASI LEMAK | Perhhh Lapor-lapor

Nasi lemak. Penah makan nasi lemak? Hahahaha.. Apesal kaknon cerita pasal nasi lemak ni? Bukan apa deknon, kaknon tengah lapar ni haa.. Dok teringat nasi lemak yang makcik kt tepi jalan kt bukit sane tu jual. Tapi kan sekarang tengah hujan, jadi tak dapat la kaknon pergi membelinya. Jadi, terdatang la idea nak menulis entry berkaitan nasi lemak. Hahahaha.. OK! Cukop intro kaknon. Heee

Nasi lemak adalah salah satu makanan popular dekat Malaysia ni. Selalunya orang makan pada waktu pagi. Tapi sekarang ni tak kira pagi ke tengah hari ke petang ke malam ke, banyak dah orang jual nasi lemak. Dan banyak juga la orang yang makan nasi lemak. Hahahaha (Motif ketawa? Hurmm takde motif.. Hahahahaha)..

Nasi lemak ni yer deknon, adalah merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa untuk menambahkan rasa lemaknya. Setiap nasi lemak secara am nya akan dihidangkan bersama-sama ikan bilis, sambal, telur dan timun. Tapi, sekarang ni dah macam-macam jenis nasi lemak yang kita boleh makan. Heee

Nasi Lemak Ayam!! Feveret kaknon!!.. Perhhhhhhh...

Nasi Lemak Rendang Kerang!! Feveret kaknon!! ERrrrmmm.. Nyam nyam nyammm...



Nasi Lemak Sotong!! Tak berapa feveret tapi kalau ada depan mata, bedal jugak! Hahahaha..


Nasi Lemak Rendang Daging!! Perghhhh.... Dapat pulak yang rendangnya sedap. Dagingnya lembut. Fuhhhhhh.. Mantap!!


Kalau deknon nak tau, masa kaknon bermastautin dekat Shah Alam kan. Depan UNISEL ada seorang makcik ni jual nasi lemak. Perhhhhhh.. Wa cakap lu!! Dia punye sambal kerang, rendang kerang, rendang daging semu sedap arhh! Memang hari-hari kaknon kejar makcik tu.


Untuk pengetahuan deknon, memang kene kejar, kalau tak kejar kompem tak dapat! Sekejap je dah abeh. Perhhh.. Tapi memang masakan dia sedap la. Nasi pun terasa lemaknya. Ini, ada sesetengah peniaga tu, kata meniaga nasi lemak tapi tak terasa pun santan nyer. Hampeh. Itu memang alamatnya sekali jela kaknon beli. HUh!! Nak untung jer tau. Apa laa..


Perhhh.. Makcik bukak gerai betul2 berhadapan dengan pintu masuk Unisel. Jadi, kaknon kalau time ade lab tu, dari dalam lab tu dah dok usha2 dah. Dok tengok jam, bila la nak abeh lab. Hahahaha.. Bila lecturer kata dah abeh jer, kaknon terus kuar siap berlari-lari lagi nak beli nasi lemak punya pasal. Hahaha.. Member kat umah siap order lagi.


Ada sekali tu, kaknon ada lab la. Kaknon tak pandang pun lecturer kaknon tu. Kaknon dok usha jer makcik tu. Bila tengok dia ada lagi, lega rasa. Pastu dok sembang2 ngan member. Terpandang la kat luar, sekali tengok makcik tu dah hilang!! Kaknon terus bangun pergi kat pintu, tak puas hati. Caitttt... Makcik tu dah balik dah. Nasi lemak dah abeh.. Huwaaa.. Kaknon pun lepas tu balik dengan umah dengan langkah longlai. Frust giler woooo!!! Bila dah sampai umah, member pun baik punye dah tunggu. Konon2 nak makan nasi lemak laaa.. Sekali makan angin jelaaa. Hahahaa.. Semua bantai frust tertonggeng.. Kahkahkahkahkah..


Nota kakiku : Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sebenarnya tak dapat lupa nasi lemak tuuu.. Hahahahaha

KERAS KEPALA!! | Ini baru betul keras kepala.

Ade berani?? Hahahaha.. Dahsyat2.. Ini baru la keras kepala.. Selalu tengok diorang letak belanga je kat kepala. Paling2 hebat pun letak beg baju yang besar tu. Ini dengan moto sekali di angkatnya. Hahahaha.. Makan apa ini orang? Kekekeke..

Gambar ni dia nak buat ape sebenarnya? Nak angkat moto tu naik atas bas tu ke? Kaknon rasa macam tu la. Deknon pulak macam mane?


Giler ahh.. Angkut bawak naik atas bas. Adehh.. Siap nak kene panjat tangga lagi. Huhuhuhu..
Tak bengkok ke leher die? Hahahaha..
Nota kakiku : Sape lagi nak tunjuk keras kepala? Hahahahaha..

19 May 2010

GAMBAR YANG PENUH MAKNA | How to save your job?

Hehehe.. Cara-cara nak menyelamatkan kerja deknon-deknon semua. Boleh jugak jadikan sebagai cara-cara nak naik pangkat. Biar la gambar itu menceritakan segala-galanya.

Ada tak yang buat macam ni? Atau orang sekeliling die yang buat macam ni? Cube tengok orang yang last sekali. Hahahahaha.. Sampai macam tu sekali. Siapa nak jawab ni? Hahaha



Followers

free counters