10 May 2010

PETUA KAKNON | Hilangkan Panas Terkena Cili

Salam deknon. Entry kali ni tak panjang tak pendek tapi sedang2 saja. Hek4. Ok, entry ni bawak label PETUA KAKNON.

Pernah tak deknon tumbuk cili padi, lepas tu tangan rasa panas? Atau erti kata lain, pijar atau memijar. Rasa pedih2 kat tangan. Perhhh.. Memang haru la kalau macam tu. Kaknon paling tak tahan kalau kena macam tu. Hilang selera nak makan tau. Kejap2 nak basuh tangan dengan air. Itu pun tak hilang2. Lepas tu kalau kena mata, perhhh.. Pedih deknon.

Jadi hari ni, kaknon nak kongsi satu petua untuk mengatasi masalah ni. Orang lelaki memang la tak perlu nak amek tau. Diorang bukan masak pun. Tau makan jer. Hahahaha.. Kita orang perempuan yang kat dapur ni yang merana.

Ok deknon, apa yang perlu deknon buat bila tangan rasa pijar? Ambil setengah gelas air. Kemudian campurkan dengan sedikit garam. Kemudian deknon, kacau hingga hancur. Setelah itu, gosokkan air garam dari ke tangan dan jari-jari yang terasa panas tadi. Gosok sehingga rata yer deknon.

Kemudian, hangatkan tangan di depan api. Jangan bakar pulak tangan tu yer deknon. Hahaha.. Mane la tau dah tak tahan sangatkan. Cume hangatkan saja. Kemudian deknon basuh dengan air sejuk menggunakan sabun. Insyaallah rasa panas dan pijar tu akan hilang.

Masak kalau takde cili tak sedap deknon. Tapi itu la risiko nye. Tangan dan jari-jari ni semua rasa panas. Jadi, kaknon harap, dengan petua ni, deknon dapat memasak dengan gembira tanpa memikirkan panas akibat cili tu. Hik4..

Selamat mencuba!!



Nota kakiku : Sedapnya sambal cili. Ermmm.. nyam nyam nyamm...


15 comments:

  1. Saye xpernah tumbuk cili lah kak :)

    ReplyDelete
  2. fuh, memang best kalau tgn pns2 terkena cili... hgt rasa nak menangis

    ReplyDelete
  3. amboi
    sedapnya mengata kita
    orang jantan ni..
    makan luar kang??
    he he he...

    ReplyDelete
  4. hahaha.. thnx for the tips kaknon ;D

    ReplyDelete
  5. ompnpuan kne msk.. laki mkn jek.. kehkeh
    kang laki msk SEDAP sgt pulak kn... hihihi

    ReplyDelete
  6. waLaupun untuk kaum Laki-Laki, tetapi ini adaLah informasi yang bagus untuk diketahui. terima kasih sudah berbagi tips.

    ReplyDelete
  7. ada tengok orang kena cili mulut... boleh ke letak mulut kat api takut tebako misai gedik tu pulok

    ReplyDelete
  8. Tips yang bermamfaat sekali.
    Terima kasih atas kunjungannya ya.

    ReplyDelete
  9. hehe..memang ebrguna teknik nie..kena take note nie

    ReplyDelete
  10. pedes tapi berguna... lieur euy..

    ReplyDelete
  11. wah kaknon baguih2..saya klu tgn pijar mmg terseksa btol...asek2 rendam dlm ais je

    ReplyDelete
  12. Hahaha.. kaknon tau memang ramai yang mengalami masalah ni. Semoga tips2 ni berguna untuk deknon semua yer. Hihik :)

    ReplyDelete
  13. da try nie kaknon..tp x hilang jugak...degil bebenau panasnye nie

    ReplyDelete

Followers