31 May 2010

PING SITE TUMBUH SEPERTI CENDAWAN SELEPAS HUJAN


Blog tutorial dah berlambak. Pilih saja mana yang deknon nak. Macam-macam yang di ajar di dalam sesebuah blog tutorial. Dari pada cara nak setup blog, cara penulisan, macam mana untuk mendapat trafik yang banyak dan mantap. Semua ada. Memang dahsyat la kan.

Tapi bila kita dah tulis sesuatu entry, kita perlukan medium untuk memberitahu orang bahawa kita ada blog dan info yang mereka cari. Yela, mula-mula kena la promote blog kitakan. Kalau nak harap orang tetibe masuk jer blog kita payah la, kalau blog tutorial mudah la dapat trafik. Kalau blog personal, tak blogwalking dan ping entry, sesetengah blog susah juga nak naik.

Maka wujud la PING SITE. Ping site yang paling popular terutama di kalangan blogger-blogger Melayu adalah Gengblogger la. Selain Gengblogger, banyak lagi tempat yang memberikan kemudahan ping entry. Terlampau banyak sehinggakan kaknon pun lupa. Hahaha.. Selalu guna Gengblogger saja atau innit la. Walaupun innit kebanyakkannya blog berbahasa Inggeris tapi kaknon tetap masukkan jugak. Heee…

Semenjak dua menjak ni, banyak ping site baru yang muncul. Macam cendawan yang tumbuh selepas hujan!! Kaknon ada la register. Tapi itu la, bila dah terlampau banyak, kaknon pun lupa. Hahahaha. Lepas tu, bila dah banyak, kaknon tengok semua entry yang diping tu same je samada di setiap ping site. Hehehehe.. Kadang-kadang dah baca dekat ping site yang ni, lepas tu bila buka ping site satu lagi, tengok tajuk yang same kaknon takkan nak baca dua kali kan. Hahahaha.

Tapi tapi tapi.. Ada pula kelebihannya ping site yang banyak ni. Bila ping site yang satu ni buat hal, kita ping kat tempat lain pulak. Hahahahaha.. Yela, kadang-kadang site tu ada problem ke ape ke kan. So ada la pilihan lain untuk blogger-blogger ni memasarkan blog mereka. Ini pun salah satu cabang marketing jugakkan. Macam mana nak marketkan blog kita. Hahahaha.. Blog kaknon takyah cite ler. Blog picisan yang hanya dipinggiran. Cecececee~

Tapi seronok jugak ping sane, ping sini. Hahahaha.. Yela, kadang-kadang setiap ping site tu ada visitor yang berlainan walaupun kebanyakkannya same jer tapi ada la jugak visitor baru setiap hari.

Jadi, jangan lupa ping entry deknon semua dekat ping site tu yer. Boleh la dapat trafik sikit walaupun ciput. Hahahaha.

Nota kakiku : Dah join banyak2 ping site lepas tu lupa. Hahahaha. Sah dah hampir jadi nenek kaknon ni.. Hahahaha.. Pelupa sungguh!!
**Gambar ihsan Pakcik Google

5 comments:

  1. Sekarang ni banyak script untuk buat ping site, ada yang kena bayar. ada juga script yang dicetak rompak.
    script twitter, facebook pun ada. cuma kita tak seronok kalau tiru web dioarang..

    ReplyDelete
  2. saya exposed blog dekat facebook jee. Gengblogger selalu jugak :P

    ReplyDelete
  3. @Mus Dk : betol2.. tiru2 tak gempak la kan.. heee

    @Encik Tikus : Kaknon facebook kureng cket.. hahahaha..

    ReplyDelete
  4. ingatkan nak share link..

    meh gua share 2 bijik..ozbloggers n selangorblogger..cuba jgn tak cuba..hehe

    ReplyDelete

Followers