Salam deknonnn... HOyee hoyeee.. Hek4. Dah bace entry pasal Perompak Kurus & Gemok tu?? Kalau tak bace lagi klik sini. Haaa.. Kaknon kadang-kadang rasa dunia ni dah tak selamat!! Semua tempat tak selamat!! Hatta rumah sendiri pun tak selamat!!! Kaknon tak tau tempat mane yang selamat. Masjid rumah Allah pun di bom!! Orang tengah solat ditembak!! HUhhh.. Takde dah tempat selamat.
Entry kali ni kaknon nak share dengan deknon Tip2 Keselamatan yang kaknon sendiri selalu amalkan. Terutama pada wanita2 di luar sana. Dunia sekarang adalah tempat yang tak selamat untuk wanita. Ingat tu deknon..
Ok, teruskan dengan tips yer..
1. Bila deknon kat umah, pastikan semua pintu pagar, grill, pintu depan, pintu belakang semuanya berkunci.
2. Bila nak keluar umah, perhati dulu keadaan diluar. Perhatikan motor dan kereta yang pelik2 yang tak pernah kita tengok kat kawasan umah. Bila dah clear baru bukak pintu.
3. Bila dah keluar tu, cepat2 kunci pintu, baru bukak pintu kereta. Jangan bukak kereta dulu. Bahaya. Dah tu, cepat masuk kereta dan terus lock. Tak payah tunggu autolock. Lambat!!!. Sempat perompak tu masuk dulu. Huhuhuhu..
4. Dalam kereta pastikan kita simpan sesuatu yang boleh dijadikan senjata berhampiran kita. Contohnya stering lock. Kaknon bukan suh korang bawak pistol ke pisau ke. Ini untuk keselamatan. Terutama wanita.
5. Kalau ade orang naik moto atau kereta tunjuk2 sesuatu kat kereta kite, JANGAN BERHENTI!! Tunggu sampai kat kawasan orang ramai baru berhenti atau terus je ke balai polis berhampiran.
6. Bila menunggang moto, terutama wanita, sila perhatikan cermin sisi tu selalu2. Perhatikan jika ada motor atau kereta yang terlalu hampir dengan anda. Jangan jadi macam hari, budak perempuan tu kene sembur dengan sesuatu lepas tu kene rogol. Jadi berhati-hati yer deknon..
7. Bila dah sampai umah, JANGAN terus keluar dari kereta. Perhatikan dulu kawasan sekitar. Sediakan kunci umah. Kaknon selalunya, dari dalam kereta dah cari kunci untuk buka pagar. kaknon akan asing2kan dia supaya kaknon boleh buka dengan pantas.
8. Bila dah buka pagar tu, kaknon pergi kat kereta, usha dulu kat dalam, takot kite tak pasan orang dah masuk dulu. Pastu bila clear, kaknon terus masuk kereta dan park dalam garaj la. Then, kaknon terus pergi pagar untuk kunci semula pagar tu. Kemudian baru la kaknon bukak pintu grill dan keluarkan barang2.
9. Dah setel semua, kunci semula pintu cepat2. Takde nak tunggu2.
Haaa.. Tu la serba sedikit yang kaknon boleh kongsi kan dengan deknon. Memang deknon nampak macam complicated. Tapi untuk keselamatan kita, jangan anggap itu semua sesuatu yang menyusahkan. Sebab ape deknon? Sebab, kalau kita dah kene lagi susah!! Silap2 melayang nyawa. Ingat yer deknon2 semua. Sentiasa pentingkan keselamatan yer.
Nota kakiku: Berhati-hati la yer deknon walau dimana deknon berada. Terutama WANITA!! Sebab ape deknon? Sebab wanita la sasaran paling mudah bagi makhluk2 setan bertopengkan manusia!! Mengambil kesempatan pada insan yang lemah!!
dunia dah tak selamat caman nak idop cenggini
ReplyDeletethank 4 the tips..amat berguna ni
ReplyDeletegood tips~
ReplyDeletebaguihhh tips nehhh :)
ReplyDeletetips yang rancak jiran i read dulu lalu baik-baik
ReplyDeleteHohoho..copy pastu print banyak2.tampal kat masjid.lalalaa~
ReplyDeletewild world kaknon....
ReplyDeleteduduk kat bulan la.. xde org kacau..hehe
ReplyDeleteHahaha.. macam2 la deknon ni..
ReplyDelete@Kachang_dewa : sila la copy. kaknon tak kisah asalkan boleh bawa manfaat pada semua orang. penting tu!!
@captain88 : kat bulan kompem ke takde orng kacau? tapi takot la kaknon. Orang kacau takde tapi orang skodeng ade. Hahaha.. DIorg dok skodeng kaknon dari bumi pakai teleskop.. Kikiki.. Siap buat kajian lagi nanti.. Hek4