31 May 2010

JANGAN BUAT BAYI SEPERTI TAIK KORANG YANG BUSUK!!


Kaknon kecewa betol la dengan anak-anak muda kita sekarang ni. Semua takde otak ke?!!! Sakit betol hati kaknon bila baca berita, setiap hari ada saja bayi yang baru dilahirkan dibuang. Apa dia ingat budak tu macam taik ke?? Dah makan sedap-sedap lepas tu pergi jamban buang!! Apa punya bahalol tu?!!!

Melampau betol la diorang ni sekarang. Bagi kaknon la kan, patutnya kerajaan buat undang-undang dan hukuman yang berat pada mereka ni. Sula jela diorang ni!! Melampau!! Anjing pun sayang anak dia. Yang diorang ni pulak pergi buang.

Naik benci kalau baca paper setiap hari. Mana perginya sifat kemanusiaan mereka ni? Selalunya yang perempuan yang akan terseksa, dapat malu. Tapi yang jantan tak guna tu terlepas begitu saja. Yang perempuan ni pun kadang-kadang tak sedar diri, bagi semua kat lelaki. Lepas tu awak yang terkangkang2 bawak perut, awak yang sakit beranak, awak yang malu. Yang lelaki lepas tangan!!

Kaknon cadangkan kerajaan buat la sesuatu untuk mengurangkan kes-kes buang bayi. Buat la undang-undang atau peraturan yang ketat sedikit. Hukuman yang dijatuhkan pun biar la setimpal dengan nyawa bayi yang tak berdosa tu. Sula jela diorang ni.

Dah jadi macam perkara biasa dah pulak kes buang bayi ni. Hari-hari keluar paper. Macam dah takde nilai jer. Macam tak kisah pun. Nak buang, buang la. Takde apa tindakan pun. Kalau ada pun bayar denda jer. Padahal bayi tu dah meninggal, dibunuh dengan kejam!! Tu kalau yang dapat tangkap macam hari tu patut bagi hukuman seberat2nya. Diorang tu yang patut dicampak dalam sungai! Diorang tu yang patut di tanam hidup! Diorang tu yang patut dibalut dengan kain batik lepas tu amek semut, serangga2 semua, letak kat badan diorang tu. Baru diorang rasa macam mana sakitnya baby tu menahan apabila ditinggalkan dan dikerumuni oleh semut dan pelbagai jenis serangga. Menggigit kulit2 halus mereka, menggigit tubuh kecil mereka.

Jangan la buat bayi-bayi ni macam TAIK!!! Patutnya aktiviti social harus dikurangkan. Anak-anak ni jangan bagi keluar rumah langsung. Ni sebab diorang dah bebas. Diorang nak pergi mana, dengan siapa, pukol berapa balik pun mak bapak dah tak kisah. Konon biar anak tu celik dan pandai berdikari. Celik la sangat!! Bila dapat keluar buat perkara tak senonoh!! Tapi sekarang ni jangan kata kat luar, kat dalam rumah pun same. Masuk ikut tingkap nak buat projek. Sampai mengandung! Lepas tu bila di tanya dia boleh pulak cakap, buat suka-suka jer takde perasaan cinta pun!! Woittt!! Bangang sungguh kamoooo!!


Nota kakiku : Kaknon tak sanggup nak letak gambar2 bayi dibuang tu.. Tak sanggup nak tengok. Remaja semakin bodoh. (Gambar adalah atas permintaan ayah kaknon. Huhuhu)
**Gambar ihsan Google

6 comments:

  1. kaknon. sebab tulah zaman sekarang, lebih ramai perempuan dari lelaki. kebanyakan anak luar nikah, 98% ialah anak lelaki. dan hampir semua dibuang. hmmm lelaki-lelaki itu berkumpul di syurga jela.

    yang perempuan masih hidup..

    ReplyDelete
  2. betul, sedih jugak dengar berita pasal bayi nih Y_Y

    ReplyDelete
  3. btul tu kaknon..sgt byk kes mcm ni skrg..ape2 je...pandai buat tp xpndi jaga..

    ReplyDelete
  4. Keji le org2 yg berperangai gini kak non.

    keji sesangat..

    binatang pun tau sayang anak

    ReplyDelete
  5. arghh..bodoh tol la..diknon nak baby lagi tapi tak dapat tapi diorang ni buang sesuka hati je..T_T

    ReplyDelete
  6. kiamat sudah dekat kak non,,,,manusia makin gila

    ReplyDelete

Followers

free counters