27 May 2010

REMAJA SEMAKIN MELAMPAU

Salam deknon. Hari ni kaknon nak bincangkan mengenai REMAJA. Terutamanya yang berumur 13-21 tahun. Kenapa? Sebab sekarang kalau kita baca surat khabar remaja lingkungan 13 hingga 21 tahun adalah antara yang paling bermasalah.

Kaknon sebenarnya tak paham bagaimana semakin hari mereka menjadi semakin teruk, semakin ganas, semakin biadap dan melakukan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya. Mereka seperti tiada pegangan agama, tiada pelajaran dan tiada otak.

Mereka juga melakukan pelbagai perkara yang pada kaknon telah melampaui batas. Cuba deknon semua lihat yer, lari dari rumah, merogol, melakukan hubungan s***, mengandung anak luar nikah, merompak, meragut. Semua mereka lakukan. Padahal, pada umur yang sedemikian, mereka sepatutnya lebih mementingkan pelajaran dan berfikir mengenai masa depan mereka. Ini tidak!! Mereka buat pula perkara yang memalukan keluarga.

Tadi, baru jer kaknon baca di akhbar mengenai seorang pelajar berumur 17 tahun merogol rakannya yang berumur 14 tahun. KLIK SINI. Aduhhhhh.. Ini ke generasi yang bakal memimpin negara? Hari tu, yang tanam bayi tu, pasangan berumur 19 tahun dan 15 tahun!! Aduhhhh.. Sedih betul kaknon tengok remaja kita sekarang. Sebelum ini pula, kes yang merogol kawan dekat kelas. Sampai tertinggal pensel dalam kemaluan pelajar perempuan tu. Apa yang diorang belajar sebenarnya kat sekolah? Mak ayah susah payah berhabis duit anta pergi sekolah suruh anak belajar jadi pandai. Tapi anak-anak pergi sekolah buat perkara yang tak senonoh. Bukan ke disekolah ada subjek Pendidikan Islam? Ini la dia kalau belajar hanya untuk lulus peperiksaan tetapi tidak mengamalkan dan mengambil iktibar dari pada ilmu yang diajar.

Itu baru satu isu deknon. Kemudiannya, isu lari dari rumah. Kenapa la mudah sangat melakukan perkara macam tu? Umur macam tu sepatutnya berada dirumah mengulangkaji pelajaran. Bukannya lari ikut boyfriend lari ikut entah siapa-siapa lagi. Kaknon kalau ade masuk jer berita cerita macam ni memang rasa nak bagi tangan jer kat budak tu kalau jumpe. Fikir la sikit perasaan ibu bapa kita. Mereka dah bersusah payah besarkan kita, bagi pelajaran. Tapi hanya sebab kita kenal seorang lelaki baru beberapa bulan, beberapa hari, kita dah sanggup tinggalkan mak yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari, menjaga kita siang malam sewaktu kita kecil, yang bersusah payah membesarkan kita. Lepas tu, tak rasa ke sedih bila muka mak ayah kita masuk TV sebab kita lari dari rumah? Tau tak itu dah memalukan mak ayah kita? Mereka malu tau! Tapi di sebabkan kasih sayang pada anak-anak, mereka tebalkan juga muka mengadap orang ramai. Meminta anak-anak yang lari tu pulang ke rumah.

Anak-anak pulak? Berseronok dapat lari dengan teman lelaki. Tapi bila dah kene rogol, dah kene tinggal, hidup susah, baruuuu nak cari mak ayah semula. Baru ingat dekat rumah. Apa la punya pemikiran macam ni. Kaknon memang pantang kalau budak-budak sekolah bercinta. Bukan apa deknon, belom masanya lagi untuk semua tu. Tapi malangnya, budak sekolah sekarang ni jenis tak makan saman. Bukan macam zaman kaknon sekolah dulu. Masa tu semua pelajar berlumba-lumba nak dapat keputusan yang bagus. Berlumba-lumba nak jadi atlit sekolah yang terbaik. Berlumba-lumba nak dapatkan title "STAR SEKOLAH". Dulu memang susah la nak dapat berita pelajar bergaduh, pelajar mengandung, pelajar merogol atau dirogol. Ada tu ada, tapi tidak seteruk sekarang. Sekarang ni pantang bukak akhbar, boleh dikatakan tiap-tiap hari ada berita pasal ni.

Lepas tu, kalau kaknon tengok pelajar perempuan sekarang pun.. Aduhhhh.. Kalau dia ramai-ramai tu, kita ni nak dibelasahnya. Diorang ni suka melepak kat kedai-kedai makan yang berhampiran sekolah. Jangan la deknon semua nak pandang-pandang diorang, mau di belasahnya deknon kat situ.. Mereka ni dah takde perasaan hormat dekat orang tua lagi. Pelik kaknon. Kadang-kadang bukannya kita nak pandang die pun, biasa la dok usha sane usha sini, terusha pulak kat diorang. Bagi kaknon tu perkara biasa la kalau kita pandang orang. Hurmm..

Bukan setakat pelajar sekolah jer yang semakin teruk tapi pelajar universiti pun tak kurang hebatnya. Bersalin dalam hostel la ape la.. Hurmm..

Deknon semua, tak kira la yang masih bersekolah, pelajar universiti ke, ingat la. Ingat mak ayah kita kat kampung. Jangan la buat perkara-perkara yang memalukan mereka. Jangan la hancurkan masa depan sendiri. Mak ayah kita susah payah hantar kita pergi sekolah supaya kita jadi pandai, berilmu, dan berharap anak-anak mereka akan menjadi insan yang baik. Bukan senang mereka nak cari duit nak menyekolahkan kita. Kena pula kalau adik beradik kita ramai, siang malam la mak ayah kita bekerja. Hargai la pengorbanan mereka.

Kaknon rasa susah hati tengok keadaan pelajar-pelajar kita sekarang. Mereka ni pelapis pemimpin negara, tapi lihat la. Ramai yang rosak.

Memang masih ada pelajar yang bagus, yang tidak terjebak dengan perkara-perkara macam ni. Mereka ini la yang perlu diselamatkan. Kaknon kadang-kadang bila baca perkara-perkara buruk yang mereka lakukan ni, kaknon cuba berfikir. Kenapa yer mereka lakukan perkara macam ni? Kenapa yer mereka lari? kenapa? kenapa? dan kenapa? Sampai buntu kaknon.

Nasihat kaknon, perhati-perhatikan la anak kita. Jika ada perubahan yang pelik tu, cepat-cepat la siasat. Kadang-kadang kalau kita bagi terlalu banyak kebebasan pun dia akan rosak, dan kalau terlalu mengongkong pun mereka boleh rosak. Pepatah orang dulu-dulu ada mengatakan "Sayang anak ditangan-tangankan". Sebab tu dulu-dulu, anak-anak tak berani melawan mak ayah. Tapi sekarang, anak pula yang lebih-lebih marahkan mak ayah. Dulu, nak angkat muka pun takut kalau ayah tengah marah. Sekarang? Hurmmm.. Sayang anak biar la berpada-pada.



Nota kakiku : Dimanakah anak-anak anda berada sekarang???

15 comments:

  1. salam..

    hi kaknon..

    setuju ngan n3 kaknon arini.. kelakuan remaja hari ni sangat membimbangkan.. makin takut bila anak2 semakin membesar.. 3,4 tahun lagi dah meningkat remaja.. risau setiap kali anak2 ada kat luar rumah.. harap dgn didikan dan perhatian mampu menghalang anak2 dari terjebak dan berkelakuan kurang ajar.. insyallah.

    ReplyDelete
  2. remaja sekarang semakin bebas buat pilihan..ikut sedap rasa.. ikut hati.. 10 tahu lagi macam mana pulak remaja time tu..tuhan saja yang tahu..

    ReplyDelete
  3. media massa la yang banyak mempengaruhi mereka2 ini..sedih tengok,marah pun ada..

    ReplyDelete
  4. salah mak bapak,manje sgt,,bagi penampau jepun jer

    ReplyDelete
  5. nak bagi kebebasan pun agak agak la,,sok dia anta

    kt umah org tua baru tau

    ReplyDelete
  6. berat sungguh tggjwb cikgu2 skrg nie, mak bapak pon sama, jgn pandai buat anak sj, mesti ada ilmu nak mendidik

    ReplyDelete
  7. betul..dah makin teruk skarang.

    ReplyDelete
  8. yang peliknya budak melayu je yang suka bua keja huduh tu.. rosak betui bangsa ita nih baru je lima nam ploh tahun merdeka dah nak hancus

    ReplyDelete
  9. tao xpe kak, maken teruk! sgt sgt! rase nak pelempang jek muke bdk mcm tuh. haishhh. nauzubillah. mintak dijaokan laaa. ;(

    ReplyDelete
  10. dieorang ta dapat hidayah lagi.
    dieorang tak yakin yang diorang akan mati.
    diorang tak yakin akan berjumpa dengan ALLAH S.W.T kelak

    ReplyDelete
  11. hmmm..tu la pasal kn deknon...ibubapa patut ajar dari kecik lg..

    ReplyDelete
  12. begitulah anak jaman sekarang ... heheheh

    ReplyDelete
  13. owh
    mak ayah harus ambil berat pasal anak mereka sebenarnya

    ReplyDelete
  14. ermm.. memang pun ini tanggungjawab ibu bapa. ibu bapa zaman sekarang mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Bukan hanya untuk mendidik anak-anak, tetapi nak memastikan anak-anak kita berada dilandasan yang betul dan tidak terjebak dengan pelbagai perkara negatif yang boleh menghancurkan masa depan mereka.

    dah la kene membahagikan masa untuk kerja dan membesarkan anak-anak. kalau tak kerja takde income. kalau takde income, kebulur pula anak-anak. tapi anak-anak bila mak ayah bagi duit, dia dok pergi perabes dekat shopping komplek, melepak sane sini. eeeee tak paham kaknon.

    ReplyDelete
  15. Pegangan agama pun penting, senang cerita ajar je anak2 tu terjemahan al quran. Bukan sekadar baca2 je.

    Dan diriwayatkan dari Aisyah (r.a), sewaktu beliau menerangkan akhlak Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata:
    خلقه القران
    ‘Akhlak Rasulullah ialah Al-Quran’.

    So faham al quran, membina akhlak yang baik. betul x?

    ReplyDelete

Followers

free counters