13 May 2010

MALAYSIA VS CHINA | Dari Mata Kaknon

Ok deknon.. Salam.. Dah bace entry kaknon tadi?? Haa, sila bace kepada sesiapa yang belum bace. Hahahaha.. Kaknon ni.. Macam paksaan pulak yer. Hihikk. Klik sini SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2010.

Ok deknon, pada sesiapa yang tak tahu lagi. Pada hari jumaat ni, Malaysia akan berdepan dengan China selaku juara bertahan Piala Thomas. 3 kali berturut-turut yer deknon. Pada edisi lepas yang berlangsung di Jakarta, Malaysia tewas pada China dekat separuh akhir.

Kali ni jugak kita akan berdepan dengan China sekali lagi. Deknon kenal Li Yong Bo? Mangkuk ni, ketua jurulatih China. Die cakap, Lee Chong Wei menghadapi cabaran Piala Thomas kali ni bersendirian. Die cakap hanya Lee Chong Wei yang ade harapan menang. Tapi yang lain takkan mampu melawan China!! Bongkak sungguh. Tapi bila difikirkan memang ade benarnye.

Ini antara barisan pemain China yang mungkin diturunkan pada perlawanan tu.

1st Single - Lin Dan

1st Double - Cai Yun/ Fu Hai Feng

2nd Single - Chen Jin

2nd Double - Kaknon tak ingat. Tapi aritu diorang kalah sekali mase peringkat kumpulan. (harap kalah lagi yerrrr.. Hahahaha)

3rd Single - Bao Chun Lai.

Ape yang kaknon dapat simpulkan, Chong Wei vs Lin Dan keputusannya 50/50. Beregu utama kite, Koo/Tan vs Cai Yun/Fu Hai Feng pun 50/50. Memang mereka ni bersaing sesama sendiri dan berada pada level yang same. Sukar nak dijangka keputusannya. Malangnya, Choon Hann vs Chen Jin. 30/70. Huhuhuhu.. Beregu kedua kita, masih tak tahu siapa yang akan diturunkan. Tapi kalau Zakry/Fairuzizuan, hurmmmm 30/70 laaa... Last single, Hafiz vs Bao Chun Lai, tersangattttt la tipis peluangnya.

Kaknon sangat berharap, Dato' Lee Chong Wei dan beregu utama kita akan menang. Biar terbuka cket mate China tu. Kemudian, kaknon sangat2222 berharap Choon Hann dapat bertahan untuk lawan Chen Jin. Walaupun peluangnya sangat2222 tipis. Chen Jin pemain yang sangat bagus. Pantas. Mase tulis entry ni pun dah saket jantung kaknon. Belom tengok die main lagi. Huwaaaaaaa.....

Kaknon pun harap, Fairuzizuan dah pulih dari tekanan emosi yang dialami. Harap sangat die bermain bersungguh-sungguh dan tidak melakukan kesilapan yang sama. Zakry pun same. Jangan banyak melakukan kesilapan dan menderma mate mudah pada lawan. Korang kene buktikan yang korang boleh bersaing dengan China. Jangan sampai orang boo lagi.

Hafizzzzzz. Aduyaiii.. Ini yang kaknon paling2 takuttt.. Kalau mata kemenangan sekali lagi terpaksa dipikul oleh Hafiz. Boleh ke die nak lawan Bao Chun Lai??? Hafiz kene lebih agresif. Smash banyak2 tapi smash kat dalam gelanggang la dekkkkkk.. Bukan kat luar gelangganggggg.. ADoiiiiiii.. Saket jiwa kaknon tengok kalau die smash kat luar gelanggang pada hal gelanggang tu punye luas. Sabarrrrr jer la. Choon Hann pun same. Jangan la smash kt luar gelangganggggg.. Adoiiiiii.. Satu lagi, korang dua orang ni jangan la main kat net. Memanjang sangkut. Boleh nak main kat net tapi jangan lame2, sekali 2 kali jer, pastu angkat ke belakang jauh cket. Tapi jangan sampai terkeluar pulakkkk.. Choon Hann semalam bagus, die macam tau2 jer ape kaknon cakap. Hahahahaha..

Jadi kepada semua pemain Malaysia, Selamat Berjaya!! Main dengan bersungguh-sungguh!! Main hingga titisan darah terakhir!! Jangan lembikkkkk!!! Go Malaysia Go!!! Buktikan yang korang mampu!!


Nota kakiku : Semangat kaknon begitu membara sekarang ni. Dah la frust tiket habis!! Mangkok!!..

7 comments:

  1. semoga malaysia berjaya nak ketemu indonesia di perlawanan akhir semoga, betul , betul

    ReplyDelete
  2. I prays to the God too that Malaysia will defeat China Amin

    ReplyDelete
  3. tak menang tak pe..at least kalah dah bermaruah.

    ReplyDelete
  4. Muantapp deh buat Malay... semangat!!

    ReplyDelete
  5. haha.. iA malaysia boleh.. midori kenapa tuka nama kaknon plak? pelik. haha

    ReplyDelete
  6. betullah kak non,,,.nih malam nih rasa macam nak tgk sambil pegang raket jek.ahahaha

    ReplyDelete
  7. hrp msia dpt msuk final...
    kak non tgk TV je la ye... hihi

    ReplyDelete

Followers

free counters