31 March 2010

CINTA | Sampai manakah?

Salam semua kawan2 & pembaca setia blog Midori Day's. Dari hari ke hari Midori cuba improvekan penulisan Midori dalam blog ini. Harap anda semua terhibur dan dapat menerima dengan hati terbuka yer. Penulisan yang biasa pun kadang-kadang boleh menyakitkan orang lain. Huhuhu..

Entry Midori kali ni adalah berkaitan cinta. Kenapa? Kenapa Midori tetibe nak tulis pasal cinta? Tajuknya pula Cinta, sampai manakah? Midori sebenarnya tak pandai untuk berkata-kata mengenai cinta ni. Kelu lidah ni, mungkin akibat kekurangan sifat romantik. Hahahaha. Yeke Mr. Starlight? Heee..

Tapi hari ni seorang rakan Midori telah membuat satu kejutan. Midori buka facebook dia dan.... Terlihat gambar profile nya telah bertukar. Gambar dia dan seorang lelaki yang Midori langsung tidak kenali. Midori mula tertanya-tanya, siapakah gerangan lelaki itu. Dan dari pembacaan Midori di komen2 yang terdapat difoto tersebut, tau la Midori bahawa itu kekasih hati baru rakan Midori tu.

Akhirnya, yang empunya hati sendiri telah mengakuinya. Bukan apa, kami sangat rapat dan Midori mengenali x-bf die sebelum ini. Dan sepatutnya mereka telah mengikat tali pertunangan pada tahun lepas. Tapi Midori tertunggu-tunggu jemputan dari mereka tapi tak ada pun. Tup-tup dah putus rupanya. Setelah sekian lama Midori tak dapat berjumpa dengan dia, rasa terkilan pun ada sebab tak dapat bersama dia pada saat dia perlukan seseorang. Hurm.. Midori berharap hubungan dia kali ni akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin~

Apa yang Midori nak nyatakan disini, setelah bertahun-tahun menyulam kasih tapi sampai mana cinta kita tu? Tiba-tiba putus ditengah jalan. Aduh.. tak nak la Midori melaluinya. Biar la cinta ini kekal sampai bila-bila.


Nota Kaki : Tak dapat nak teruskan entry ni sebab tibe2 rasa sebak. Huhuhuhu..

30 March 2010

DIN BERAMBOI KOMA

Salam pembaca setia Midori Day's. Tadi midori blogwalking. Sampai ke blog azwan ali.

Midori terbaca entry dia mengenai Din Beramboi yang sedang koma. Mengikut azwan, pak nil dah kompem kan perkara ni.

Katanya, din dijangkitan kuman kencing tikus semasa pengambaran di zoo tak silap midori. Huhuhu.. Mari la kita doakan untuk din beramboi.

Kalau ada berita terbaru share2 la yer..

p/s: Din memerlukan darah jenis O segera. Sesiapa yang ingin menderma boleh ke Hospital Selayang.

HAPPY BIRTHDAY!!

Salam semua.. Heee.. Entry kali ni Midori tujukan untuk Mr. Starlight.

Hari ni 30 March 2010 adalah hari lahir beliau. Heee.. Hepi besday, hepi besday to youuuuu...Dan ini adalah ucapan khas untuk Mr. Starlight ku cayang. heee..


1. Selamat hari lahir yang ke 2_. (Hee.. sila isi sendiri gune pen merah yer.. heee). Tua dah.. hakhakhak..

2. Semoga panjang umor & dimurahkan rezeki.

3. Semoga segala impian & cita-cita akan tercapai.

4. Jangan gatai-gatai.

5. Yang paling penting sabar dengan kerenah Midori yer. heeee..


Glitter Words



Nota kaki: Sungguh gengster ucapan ini. Hahaha... Ala takkan nak over2 plak kat blog kan.. Hahahaha.... Happy Birthday to You Again!! Mmmuah.. haaaa.. kikiki

AWARD LAGI!!

Salam pembaca setia blog Midori Day's. Heee... Again!! Dapat award. Kali ni daripada pereka cerita.

Award ni adalah khas untuk blog yang telah difollow oleh pereka cerita. Jadi, terima kasih kepada pereka cerita kerana follow blog Midori. Hee..

29 March 2010

MIDORI GILER NAGA

Haaa... Entry merapu yang ketiga untuk hari ini. Hak hak hak... Salam semua pembaca blog Midori Day's..

Ok. Midori Giler Naga?? Ape punya giler budak Midori ni?? Hahaha.. Kalau u ols nak tau, Midori memang suka cerita yang berkaitan dengan naga @ dragon ni. Tak tau la kenapa tapi Midori sangat teringin nak naik dragon tu pastu terbang tinggi2 pastu buat formasi menyerang. Heeee..

Dulu Midori giler tengok Eragon. Kisah penjaga naga atau dragon lord.. Perhh.. Best sangat cerita tu. U ols ingat tak?? Kisah c eragon dengan naga dia nama sephira tu.. Betoi ke eja camtu? Hahaha.. Lantak ko!!..

Haaa ni diaaa....

Sekarang kuar plak cerita How To Train Your Dragon!! Ni tengok ni!!!

Midori memang teringin sangat nak tengok cerita ni kt wayang. Tapi tak berkesempatan lagi. Ada siapa2 dah tengok? Cerita 3D. Eeee teringin nak rasa tengok cerita 3D. Katanya nampak real. Perhhh.. Mesti Midori akan rasa macam naik dragon kan kalau tengok cerita ni. Hahahaha..

Yang bestnya, nuff ada buat iklan untuk movie ni, Midori takkan lepaskan peluang klik iklan tu kalau dia keluar. Tau sebab ape? Sebab Midori dok layan game dia. Wakakakaka..

Main puzzle. Game yang paling best, yang train dragon tu. Tiap kali main, Midori asyik kene makan jer. Hahahaha.. Macam mana nak jadi dragon lord macam eragon ni.. Asyik kene makan jer!! Jom tengok wayang!!



Nota Kaki: Mr. Starlight jom nengok wayang. Heeee.. Cite tu laaa.. Heeee... wink*

NEW TEMPLATE - AGAIN!!!

Hai semua.. Haaa tengok!!!. Kan Midori dah tukar template lagik.. Adess.. Ni la dia bukti manusia yang tak pernah puas.. Hahahaha..

Template ni Midori amek dr btemplate.com.. Main bedal jer ni.. Asal sedap mata ku memandang udah la..

Bosan la asyik template yang sama jer.. Kadang-kadang mata Midori ni perlukan pembaharuan. Walaupun isi blog ku ini tak seberapa tapi biar la pemandangannya indah.. Betol tak?

Walaupun blog ni agak suam-suam kuku tapi tetap blog yang Midori sayangi. Hahahaha.. Mane taknya, siang malam mengadap blog ni. Walaupun jarang nak update entry2 baru tapi tetap juga Midori jaga. Heee...

Kepada pembaca setia blog Midori ni, harap pemandangan blog ni dapat mata anda terima. Hahahaha.. Thanks kawan!!



Nota Kaki: Kepada pembaca setia blog Midori ni <-- ayat perasan.. Lantak ko!! Hahahaha

AWARD LAGI

Salam semua pembaca blog Midori Day's.. Amacam hari ni? Hari isnin selalu orang tak suka kan. Hahaha..

Hari ni Midori dapat award lagi. Ahaks.. Rajin betol kawan2 kita ni buat award. Kali ni Midori dapat award lagi sekali dari aincepet & juga Nina.. Award yg same. Top Blogger gitu. Hahaha..




Adeh.. Terima kasih yer tawan-tawan sbb bagi award ni dekat Midori.. Alahai, Midori rasa tak berapa nak top la blog Midori ni.. Biasa jer.. Orang cakap cukup makan.. hahahaha..

Jadi Midori nak pass award ni pada seorang blogger yg sangat2 top. Bukan apa, beberapa arini blog dia penuh dengan visitor tak berenti2.. Pelik sungguh Midori.. Hahahaha..

This award goes to Mystic. Hahahaha.... Tu jela yg Midori nak bagi.

26 March 2010

JAWAPAN SEIKHLAS HATI

Salam semua pembaca blog Midori Day's. Heee... Entry kali ni Midori tujukan untuk Cikgu Nadzrah yang telah mengeTAG Midori. Hahaha.. Sori cikgu, Midori lambat jawab tag dr cikgu. Heeee... Baca yer jawapan Midori.. Jeng jeng jengggg... Hahaha...


1-siapakah diri anda di rumah?

Ermmm... susahnya soklan.. next pleaseee!! hahahaha.. Midori seorang yang comel, baik, lemah lembut.. Ngeee.. Ntah la, tak tahu nak describekan diri sendiri.. Nanti orang cakap poyo plak puji diri sendiri.. Hahaha..


2- siapakah diri anda di samping rakan?

Ermm.. Banyak yang cakap Midori ni sombong, garang & berlagak. Hahaha.. Tu sebelom diorg kenal. Tapi bila dah kenal baru tau, Midori ni kalau jumpe orang yang ngam memang jawabnya tak benti bercakap. Hahaha..

Hehehehe.... Midori bukan sombong ok cuma pemalu jer nak memulakan perbualan. Heeee.. Btol tak tipu... Kikikiki ;p


3- 5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai (Semua pic Ihsan Yahoo..)

1. Tawen (huh gatai.. hahaha)

-Tengok baju ni tingin midori.. Kahkahkahkahkah....


2. BMW 5series (kalau dapat 7series pun takpe, Midori tak kisah. Hahaha)

- Perghhhh... Baru tunjuk lampu beb... Blom tunjuk body lagi... Slurrpppp.. Hahahaha

- Fulamakkkkkk.... Perghhhhh..


3. Camera Nikon D90

-Huwaaaaa... nak macam ni!! nak macam ni!!!!!!


4. Nak laptop baru.. Heee.. Yang mini punye sbb berat la yang besar ni.. (Bluwekkk.. Hahaha)

- Tomeynya mini laptop kaler pink ni.. Nak!! nak!!! Bagi pat!!!!!!!..


5. Kerja bergaji 5-6 angka (ada sapa-sapa boleh bagi?? Heeee)

-Amat memerlukan kerja sekarang ini.. Huwaaaa..


4-siapakah nama pasangan anda?

Pasangan? Heee..

Mr. Starlight (bukan name sebenar.. heeee... biar Midori je tau.. org len xleh.. Heeee).

Nak gambar ke? Eeee tak leh tak leh.. Die underground. Low profile.. AhakS..


5- ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda

1. Sebab dia senget!! Hahahaha

2. Seorang yang sangat penyabar. Yela dapat gf macam Midori memang perlukan kesabaran yang tinggi.. Wahhh.. Hahahaha..

3. Berbudi bahasa.. Ehh yeke? Hahaha.. (Tuan punye badan sila jangan kembang yer.. Hahaha)

4. Hensem.. Hahahahaha.. Kikikiki (Hensem ke?? Sekali lagi tuan punya badan sila jangan kembang yer)

5. Ermm... lagi ape yer? Tetttt... Sebab dia lelaki.. Hahahaha..


6-bila tarikh anda couple

Tu nampak yang kat bawah tu? Mr & Mrs Starlight tu.. Sila kira sendiri.. Hahaha


7-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Erkk? Takmo la pahit2. Nak manis2 jer.. Ngeee~


8-lagu tema cinta anda

Ade ke?? Nurul & Ajai - Aku cinta aku rindu.. Wakakakakaka... Dulu selalu main tuju-tuju lagu ni kat dia.. Haddoiiii....

Eeeeee poyo nye zaman itu.. Hahahaha.. Auwww malu i...


9-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda?

Tak yah la berubah apa-apa. Semua dah perfect. Cuma selalu harapkan dia berjaya dengan semua cita-cita dia. Heeee.. (Baiknye awek camni..Hahaha)

p/s: Midori jer kot yang perlu berubah cket. Jadi lebih matang dan banyak2kan la kesabaran.. Heeee..


10- tag 10 rakan yg lain

Nak tag sape yer??? Ermmm... Jeng jeng jengggg...

1. aiin abdullah
2. nina
3. puteri
4. aiza syahida
5. mawar berduri
6. ann anastasia
7. ain cepet
8. syucute
9. nafira
10. bella

Haa.. kepada kawan2 yang tersenarai tu.. Sila la menjawab tag ni yer.. kemudian bgtau Midori, boleh Midori komen2 banyak22222.. Hahaha..

p/s: terutama kepada ladychikukuma.. Ehhh betoi ke Midori eja tu? Hahahaha...

Harap cikgu puas hati dengan jawapan Midori yer.. Heee.. Auwww.. malu i tau.. Kikikikiki.. Thank Cik Nadzrah sebab tag Midori yer.. Len kali tag la lagi kalau berani.. Hahahaha...


Nota kaki: Perhhh.. Lame giler Midori jawab tag ni.. Akhirnya siap jugak.. Hahaha....

24 March 2010

15 JARI TANGAN, 16 JARI KAKI

Salam pembaca-pembaca setia blog Midori Day's. Yang tak setia pun boleh baca ok.. Ahaks.

Ini entry kedua Midori hari ni. Entry ni tercipta disebabkan Midori tertarik dengan satu foto menarik dari Harian Metro. Selalunya Midori tak pernah tertarik langsung dengn foto menarik Harian Metro ni. Tapi hari ni Midori memang tak boleh lari lagi untuk mengklik foto tu.

Midori cuba untuk tidak klik tapi.... Midori gagal!! Midori klik jugak.. Haishhh.. Heee.. Gambar tu menunjukkan seorang budak lelaki berusia 6 tahun yang mempunyai 15 jari tangan dan 16 jari kaki.


U ols boleh lihat dan kira sendiri berapa banyak jari yang adik ni ada.

Sungguh besar ciptaan Allah. Menurut Harian Metro, adik ni berada di China. Pembedahan akan dilakukan untuk membuang jari-jari yang berlebihan tersebut. Menurut pakar, keadaan ini adalah mungkin disebabkan faktor genetik.

Cuma Midori kasihan dekat adik tu, kecil-kecil lagi dah menjalani pembedahan. Tapi kalau tak bedah takut hidup dia jadi tak sempurna. Yela, mungkin dia akan menyendiri dan sembunyikan diri disebabkan malu apabila meningkat dewasa nanti. Mungkin ada yang mengejek-ngejek dan ini akan memberi kesan psikology kepada adik ni.

Paham jela budak-budak.. Pantang tengok bende pelik semua nak ditegur. Jangan kata budak, kadang-kadang terdapat segelintir orang dewasa pun berperangai budak-budak dan memulau serta pandang rendah pada orang kurang upaya. Huhuhu..

Kita perlu ingat, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Jangan kita memandang rendah pada seseorang disebabkan kekurangan mereka. Jadi, Midori memang harap pembedahan adik tu akan berjaya dan kehidupan dia akan menjadi normal seperti manusia-manusia yang lain.

p/s: Klik sini untuk ke Foto Menarik Harian Metro.


Nota kaki: Haaa.. Kan Midori dah membebel.. Hahahaha..

BAPA DAKWA BERCAKAP DENGAN ROH IRWIN

Salam kepada semua pembaca blog Midori Day's. Hari ni Midori nak kongsi satu artikel yang Midori baca di akhbar Kosmo online tadi.

Artikel ni berkaitan dengan Steve Irwin. U ols kenal Steve Irwin? Alaa yang orang Australia yang kejar buaya, tangkap buaya dengan selambernya tu. Haa mesti u ols ingat kan?

Dah hampir 4 tahun Steve Irwin meninggal dunia akibat tertusuk ekor ikan pari di perairan Terumbu Besar Australia di Queensland pada 2006. Midori betul-betul tak sangka punca kematian dia ikan pari. Midori ingat kena makan buaya ke kan. Dah kerja dia asyik stunt dekat buaya jer. Mana tau kot buaya tu sempat nganga pastu baik punya dia stunt terus kat mulot buaya tu. Hahaha. Tapi itu la kelebihan Steve ni. Sangat hebat dengan buaya. Tapi apakan daya punca dia pergi disebabkan seekor pari. Huhuhu..

Orait, berbalik kepada artikel yang Midori baca tadi. Dikatakan bapa kepada Steve Irwin iaitu Bob Irwin telah bercakap dengan roh Steve. Bob menggunakan khidmat seorang pakar psikik iaitu Deb Webber.

Menurut Bob, Steve bertanyakan mengenai stoking lama dan topinya yang direnyukkan. Kemudian, Steve menyatakan keadaan dia baik-baik sahaja. Dan menurut Webber, roh Steve bersemadi dekat jeram di Sungai Burdekin, tempat mereka menghabiskan masa bersama dengan duduk di sekeliling unggun api dan menangkap buaya.

Kalau u ols nak baca artikel penuh, klik sini.

Midori baca sebab Midori sangat meminati Steve Irwin. Sebelum kematian mendiang Steve, banyak desas-desus yang menyatakan dia sudah mati akibat serangan buaya. Tapi satu pun tak dapat disahkan. Tiba-tiba berita pemergian dia keluar di surat khabar dan berita di tv bahawa dia sudah tiada akibat tusukan ikan pari. Akhirnya dia betul-betul pergi. Huhuhuhu..

Dibawah ni ada gambar-gambar Steve Irwin untuk u ols lihat. (Gambar-gambar ini adalah Ihsan Google).



Steve bersama isterinya Teri dan anak-anak.

Steve & Teri

Suka tengok pic ni.. Sweet sangat.

Tak sangka ada manusia yang sangat menyayangi haiwan terutamanya buaya!! Tapi dekat Malaysia lain pulak ceritanya. Baby yang baru dilahirkan dicampak ke longkang dan sungai tanpa belas kasihan.


Nota kaki: Teringat Raja Ular Malaysia yang meninggal akibat patukan ular tu.. Huhuhu.. Teringat juga bayi-bayi malang yang dibuang dan dibakar dengan kejam.

23 March 2010

ALREADY HAVE TWITTER ACCOUNT

Haaa.. Salam semua. Entry Midori yang ketiga untuk hari ni. Hahahaha. Untuk pengetahuan u ols, Midori dah ada twitter sekarang.. Kahkahkah

Semuanya gara-gara Ozblogger.com. Dia sama jugak macam GB. Modus operandi yang sama cuma nak login kene ada twitter. Jadi midori pun terpaksa la daftar twitter.. Hahahahaha..

Tapi Ozblogger ni guna bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Tapi banyak blog bahasa melayu.. Heeee.. Lantak la kan. Asalkan ada tempat melepak.. Kikiki

MASALAH PROBLEM

Sampai ke saat ini Gengblogger masih belum sihat.. Huuuuu.. Haru-haru..

Dah la Gengblogger tak sihat, laptop den pun tak sihat. Entah apa la yang tak kene. Sehingga ke saat ini tak boleh nak follow member2 yang dah memfollow Midori.. Aduyai..

Sori kawan-kawan. Midori akan cuba perbaiki masalah problem ini dengan segera... Aduiiii... Encik Starlight plss help me.. Grrrr



22 March 2010

BUDAK LELAKI DAN SEEKOR DOLPHIN

Salam semua pembaca blog Midori Day's..

Wahh.. 3 hari Midori tak dapat mengupdate blog. Apa nak buat, sejak akhir-akhir ni hujung minggu Midori sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti. Memang masa untuk update blog sangat-sangat la terhad. Huhuhu.. Tapi kepada kawan-kawan yang setia melawat dan meninggalkan komen, Midori ucapkan jutaan terima kasih :)

Seperti tajuk entry Midori kali, "Budak lelaki & seekor dolphin". Ini lah yang terjadi sewaktu percutian Midori ke Port Dickson pada hujung minggu lepas. Midori sempat merakamkan kejadian yang berlaku di sebuah resort di Port Dickson.

Jom!! Mari kita sama-sama saksikan...



Hahahaha.. Comel nye.. Kahkahkah..



Ni lagi satu video ni.. Wahhh.. Bukan main gembira dia ek..


Kalau u ols nak tau, budak tomey @ baby milo ni adalah anak buah Midori. Kakak Midori punya anak. Bulat jer die.. Hahaha.. Masa kat situ semua orang tengok dia jer.. Mana tak nya, dia sorang jer ada dolphin besau macam tu.. Menghalang orang lain nak main gelongsor tu jer.. Hahahaha.. Takpe la, budak kecik nak buat macam mana kan.. Sabar ajer la..

Kalau ada siapa-siapa nak berkenalan boleh la call 017-274 tekan-tekan tak dapat. Hahahaha.. Disini Midori lampirkan (cewahhh.. siap lampir-lampir lagik.. hahaha) biodata atau personal details baby milo ni..

Personal details? Teringat time-time sekolah rendah dolu-dolu.. Suka sangat tulis personal details dalam buku yang cantik2 tu. Dan setiap tahun juga la makanan kegemaran dan minuman kegemaran Midori akan bertukar.. Hahahahaha... Apa-apa pun jom layan personal details baby milo ni..

Nama: Shamsul Izzudin Bin Shamsul Izwan
Umur: 8 Tahun
Nama Manja (Ahaks): Mamat @ Baby Milo

Nak tau lagi? Kalau nak tau lagi bayar 20sen kt Midori.. Hahaha.. Sila bank-in ke akaun CIMB, RHB, Maybank, Ambank, Al-Rajhi, Bank Rakyat, Agro Bank & segala bank yang ada di Malaysia atas nama Midori Tomey.. hahahaha..

Nak tau kenapa terpaksa bayar 20 sen? Sebab si Baby Milo ni dah "Paww" mak ngah dia ni rm50 untuk dolphin tu.. Hahahaha.. Nasib baik la anak buah sorang.. Kalau 8 orang, bungkus la mak ngah korang ni.. Hahahahaha..



Nota Kaki: Bila pulak la Midori nak ada anak sendiri.. Heee... Sesiapa yang berkenaan sila ambil perhatian dengan kenyataan Midori ni yer.. Hahahaha

18 March 2010

AWARD FROM AINCEPET BLOG

Salam pembaca setia blog Midori.. Heeee.. Wahhh sudah berapa hari Midori tak mengupdate blog Midori ni. Sangat buzy la minggu ni.


Huwaaaaa.. Bukak-bukak jer blog tadi Midori terus check shoutbox Midori. Huwaaaaa... Sangat-sangat terharu.. Midori ter nampak mesej dari seorang sahabat blogger. Cuba u ols tengok kt shoutbox tu.. Heeee..


Wahhh.. Nampak tak? Nampak tak? Hahahaha.. Terima kasih kepada AinCepet sebab telah memberi award ni kepada Midori.. Huwaaaa.. Sungguh terharu. Midori tak sangka ada kawan blogger yang nak bagi Midori award. Langsung tak tercapai dek akal. Hahaha..



Anyway, Midori buat entry ni khas untuk AinCepet yang memberikan Midori award ni.



Thanks alot ain.. Hehehehe.. Wahh rasa xleh tdo plak pas dapat ni.. hahahaha.. Poyo nye ko Midori.. Thanks ain.. Mmuah muah.. heee.. Beautiful Blogger?? Me???



Beautiful ke ko Midori? Over u!! hahaha.. U ols jangan lupa check out blog AinCepet yer..heee

12 March 2010

PUKUL 1 PAGI

Salam semua.. Midori tengah menunggu detik 1 pagi. Nak tau sebab apa? Badminton la.. Ape lagi.. hahahaha



Semalam Datuk Lee Chong Wei kalahkan Sony dah.. Kul 1 pagi nanti suku akhir.. Hehehe



Ok la.. Tata u ols. Heeee





Badminton Suku Akhir.. Heeee

11 March 2010

MALAYSIA DI ALL ENGLAND 2010

Salam semua pembaca blog Midori Day's. Entry kali ni MIDORI nak luahkan perasaan MIDORI yang agak kecewa dengan prestasi pemain badminton negara kita dalam aksi All England semalam.

Untuk pengetahuan u ols, pertandingan All England edisi ke-100 bermula semalam. Dan yang membuat MIDORI sedih adalah kekalahan beregu Tan Boon Heong-Koo Kien Keat. Beregu ni adalah pilihan pertama kejohanan kali ni. MIDORI memang minat sangat dengan beregu ni. Dan untuk pengetahuan u olls jugak, diorg adalah juara All England 2007. MIDORI ingat dapat la tengok beregu emas ni dengan Datuk Lee Chong Wei kat final nanti. Tapi dah tak kesampaian.

Setiap kali ada game mesti MIDORI takkan lepaskan peluang tengok diorg beraksi. Sampai nak gugur jantung tau tengok diorg main.

Berbalik pada kejohanan kali ni, sangat sayang sebab beregu emas ni dah pun tersingkir seawal pusingan pertama dengan straight set plak. Huhuhu.. Mungkin mereka tidak berada pada prestasi sebenar. Yela kita sebagai penonton hanya melihat saja, kita tak tahu apa yang pemain-pemain ni lalui.

Untuk saingan pusingan pertama semalam, selain beregu emas, Ratu Badminton kita Wong Mew Choo & beregu wanita kita Wong Pei Tty-Chin Eei Hui pun sudah tersingkir.

Sekarang cabaran negara hanya digalas oleh pemain no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan 1 lagi beregu negara Gan Teik Chai-Tan Bin Shen.

MIDORI harap Datuk Lee Chong Wei akan berusaha untuk sampai ke final. Kita tunggu jela keputusan perlawanan hari ni nanti.

Final nanti MIDORI jangkakan Lee Chong Wei vs Lin Dan. Lin Dan, pemain handalan dari China merupakan pemain kidal. Lin Dan juga adalah Juara Dunia tahun 2009 dan Juara Olimpik. MIDORI minat sangat Lin Dan ni. Dia sangat bagus dan bersemangat setiap kali perlawanan. Tapi MIDORI tetap sokong pemain negara kita tau!! Hehehe.. Tangan kiri dia adalah aset dia yang paling berharga. Dia patut meng'insurans'kan tangan dia tu. Huhuhu.

Kalau u ols selalu tengok badminton pastinya u ols tahu macam mana keadaannya setiap kali Lee Chong Wei lawan Lin Dan. Memang berdebar-debar jantung di buatnya. Kalau kita yang menonton pun dah berdebar gila babeng, apetah lagi la Lee Chong Wei yang nak melawan dia tu. Huhuhu.. Harap Lee Chong Wei bermain bersungguh-sungguh.

Datuk Lee Chong Wei sewaktu memenangi salah satu pertandingan Super Series (Ihsan Google)

Juara Olimpik & Juara Dunia pada World Championship 2009. Lin Dan. (Ihsan www.badmintonphoto.com)

Perlawanan hari ni Lee Chong Wei akan bertemu pemain Indonesia iaitu Sony Dwi Kuncoro. Seorang pemain yang hebat tapi prestasinya tidak menentukan. Dan merupakan pemain yang menyingkirkan Lee Chong Wei pada separuh akhir World Championship 2009.

Masa tengok perlawanan ni MIDORI terjerit-jerit macam orang gila. Hahahaha.. Ayah plak emosi teramat-amat sebab Malaysia kalah. Takpe la mungking takde rezeki Datuk untuk bertemu Lin Dan di final kejohanan dunia tu.



Peminat setia badminton negara.

SPM RESULT!!

SPM atau nama panjangnya Sijil Pelajaran Malaysia. Satu peperiksaan yang bagaikan menentukan masa depan dan hala tuju seseorang dekat Malaysia ni. Walaupun ramai yang menyatakan ada orang yang boleh berjaya tanpa keputusan SPM yang baik tapi ia tetap menjadi igauan ribuan pelajar sekolah menengah di negara ni.

Hari ni keputusan peperiksaan SPM 2009 akan keluar. Dan salah seorang yang menjadi tak tentu arah dan berdebar-debar adalah adek MIDORI sendiri.. Hahaha.. Bukan dia jer yang berdebar tapi MIDORI pun berdebar jugak.. Sibuk jer nak berdebar.. Hahahaha..

Tadi baru jer call dia tapi dia cakap baru nak amek. Biasa la kadang-kadang lambatkan. Mak MIDORI plak tadi nak ikut adek sekali tapi dia tak bagi.. Takut la tu.. Hahahaha.. Ape-ape pun MIDORI harap dia berjaya la.

Jadi kepada adek-adek yang amek keputusan, redha la dengan apa jua keputusan yang anda dapat & semoga berjaya. Hahahahaha..



Teringat zaman MIDORI amek result SPM dulu. Dari rumah sampai sekolah jantung ni berdegup kencang.

10 March 2010

COMEL TAK??

Hai!! Heee.. Entry ni sangat pendek. Sependek-pendek tupai, akhirnya jatuh ke longkang jua. Heee..

Baru MIDORI tambah background blog MIDORI ni.. Comel tak? Heeee.. Kalau comel sila senyummm.. Kalau tak comel pun kene senyum jugak!!. Hahaha.. Tu je MIDORI nak tulih kat entry kali ni.. Ngeee...

Terima kasih sebab sudi singgah blog MIDORI DAY'S ni.. Heee

PUNCA SAKIT BADAN (BELIKAT)

Salam semua pembaca blog midori.. Heee.. Arini MIDORI amat keletihan. Badan MIDORI saket-saket. Terutama belikat ni haaa...

Semua gara-gara menyiapkan task yang bos (merangkap ayah MIDORI.. hik hik..) MIDORI bagi bermula hari isnin. MIDORI kene packing 200beg sabun dobi untuk customer. Perhhh.. Selama 3 hari ni amat menyeksakan!!!

Bayangkan la setiap beg tu berat die 1KG. 1KG x 200beg = 200KG.. Perhhh.. Nak tercabut pinggang MIDORI ni mengangkat sabun tu..

Untuk pengetahuan u olls, 3 hari ni jugak la MIDORI hilang mood nak berbelog.. Nak taip pun rasa malas.. Otak pun tak leh berfikir.. Huhuhuhu..

Dan!!! 3 hari ni jugak MIDORI tak blogwalking.. U olls bayangkan la berapa la uniqe visitor MIDORI kt nuffnang tu.. Hahahahahampeh!!

Badan MIDORI ni rasa saket sangat.. Nak duduk tak selesa nak baring tak kene.. Haishhh.. Serba tak kene la MIDORI dalam beberapa hari ni.. Kalau la dapat pergi spa.. Perhhhh.. Masyukkkkk... Tentunya teramat-amat heaven!! Hahahaha... Alhamdulillah, akhirnya habis jugak MIDORI siapkan sabun yang di order tu. Dah hantar pun pada buyer tu.

Eh, kalau u olls nak beli sabun dobi boleh la hubungi 012-916 9709 atau emel jer kat midori@ircserv.org

Bukan saja terhad pada pengusaha-pengusaha dobi. Malah untuk kegunaan rumah pun boleh. Kalau u olls nak jual pun boleh.. Heeee.. Kalau rajin la kan..


Yang biru tu Liquid Detergent. Pink=Softener. Coklat=Colar Spray (Hilang Kotoran dekat colar baju)

Ada jugak sabun serbuk. MIDORI jual 2 jenis sabun serbuk iaitu 9A (1st grade) & M80 (2nd grade).

Kalau ada sesiapa berminat boleh la hubungi no yang tertera atau emel ke alamat tu. Boleh la kami bagi senarai harga. Heee..

Dah jadi entry jual sabun plak.. Patut nak cite pasal keletihan MIDORI.. Ermm hampeh.. heeee

08 March 2010

SYAIR TIRED A.K.A PENAT MIDORI

Salam semua.. Tired? Tired a.k.a Penat. Itu la yang MIDORI rasa sekarang.. Banyak sungguh keje arini.. Hurmm. Kepada bos, kerja akan ku sambung esok saja la yer.. hahahaha..

Gambaran awal mata MIDORI.. (Gambar Ihsan Pakcik Google)

Letih sungguh mengadap laptop. Lepas dah mengadap laptop teruskan plak mengadap sabun.. Haddoiiii... Lagi 5 Kotak untuk dikerjakan!! Huwaaaa... Bila la nak siap??



MIDORI sangat-sangat penat & mengantuk.. (Gambar Ihsan Pakcik Google lagik) .


Sampai terduduk MIDORI disebabkan kepenatan yang teramat sangat.. Huhuhu.. Rasa nak tidoq, rasa nak marah, rasa nak nangis, rasa nak MAKAN pun ada!!.. Huwaaaa huwaaaa (menangis sampai hentak2 kaki yang comel ni..)


Ni syair yang MIDORI cipta untuk menggambarkan keadaan diri MIDORI sekarang.. Huhuhuhu.. Sekali syair daaaa... hahaha


1..., 2....., 3......


Perut ku lapar,


badan ku penat,


tangan ku saket,


kaki ku comel,


mata ku mengantuk,


kepala ku saket,


jiwa ku sengsara,


jantung ku masih berdenyut (nasib baik.. ngeee),


Hati ku berkata-kata, mana nasikkk????,


Erkk???


The end...


Entah la.. Kalau u olls tak paham, buat-buat paham la yer.. Ngeee.. Begitu serabut sekali kepala MIDORI ni.. Haddoiii!!



Syair unta..




TAGGED!!

Salam semua pembaca setia blog Midori Day's.. Hari ni MIDORI di tag oleh Syaza.. Act, MIDORI pun xpaham sangat pasal tag-mengetag ni.. MIDORI try jela yer.. ngeee.. 1.. 2... 3....

RULES:

1. Bold the statement that are true to you.
2. Italicize the statement that you wish were true.
3. Leave the rest alone
4. then tag 10 people to do the same test..

True
Suke bergambar, suke makan, suke jalan, suke hati! hahaha..


Wish
Nak tawen cpt. Ngeee.. gatai.. hahaha
Nak tetibe dalam akaun ade duit ribu riban, juta-jutaan.. hek4
Nak bmw 5series jadi la... ngeee

Leave rest alone.
Erkk?? *^&%$(*#(*#^ &*^$&^&*# *&#^(()..

1o orang yang kena tag ngan midori.. hurmm sape yer??? ngeee..

4. Sya
6. Aiza

Perhhh.. DONE!!.. Ni pertama kali MIDORI buat tag ni.. Naik pening gak la.. Hahahaha..


Betol ke buat tag macam ni? Ngeee.. Belasah je laaaa.. hahahaha

05 March 2010

MIDORI, mak, yuyun, wawa, Apek & Encik Teksi..

Salam pembaca setia blog midori day's.. Heee.. MIDORI sekarang berada di Toyota Service Centre. Tengah tunggu kereta mak di servis.. Lama giler la kitorang kene tunggu. Bayangkan dari pukul 10 pg kitorang terpacak kat cini.. Huhuhu.. Maybe dalam pukul 4 ptg baru siap kete tu.

So, untuk mengelakkan keboringan, tadi sempat la kitorang pegi Jusco Maluri.. hahaha.. 1st time tau pergi sane. Dari luar nampak macam besar je Jusco tu, tapi bila dah masuk tak banyak sangat kedainya.. hahahaha..

U olls nak tau tak? Yang kelakar nya kan, sebab kereta dah tinggal kat tempat servis ni. Maka nya kalau nak kuar dari sini kene la naik teksi. Kitorang pn tunggu la teksi kat tepi jalan tu. Pastu ada la teksi ni berenti. MIDORI pn naik la. Dah naik dah ni, tetibe apek tu tanye, macam ni la lebih kurang dialog nye. Heee

Apek: Mau pigi manna?
Mak MIDORI : Jusco Wangsa Maju boleh ka?
Apek : Owhh.. Jusco ooo? Wangsa Maju? (sambil pegang dagu & berfikir).
Mak MIDORI : Boleh ke???
Apek : Wangsa Maju arr? Wangsa maju?

Kete dah jalan ni.. Apek masih berfikir.. Tetibe, apek brek mengejut! Kitorang yang kat dalam kete tu terkejut beruk.. Ngeee.. Diorang je MIDORI takkk.. hahaha.. Haa sambung balik. Apek tu brek & berenti kan teksi dia kat tepi jalan. Jauh nya agak-agak 50 meter dari pintu masuk Toyota Service Centre tu la. Kemudian mak MIDORI bersuara.

Mak MIDORI : Boleh ke pegi Wangsa Maju?
Apek : Haiya, saya tatak tau lor itu sana jalan.. Sori-sori.. Saya tatak tau la..
MIDORI & Yuyun (adk MIDORI) : #$$&%&^*?????? Apek-apek..
Yuyun : Aduhh.. buat segan je nak turun balik.. %^$&^$^%????
Mak MIDORI : Tak pe lah.. Naik teksi lain la.. Hurmm...

Dengan langkah longlai & malu yang teramat sangat kitorang pun turun balik dari teksi tu.. Hampeh toi!! Hahaha.. Yang paling kelakar si Yuyun la. Tak abeh-abeh cakap, buat segan jer kene turun balik.. Wakakakaka.. MIDORI rasa geram jer ngn apek tu.. kalau tak tahu cakap la awal-awal.. Ni boleh siap berfikir sejenak plak die. Hurmm..

Tapi kejadian tu tak mematahkan semangat kitorang nak pergi Jusco jugak.. Last-last mak MIDORI cakap Jusco Maluri maybe diorang tau kot.. Kitorang pn tengah-tengah panas bute tu tunggu la teksi seterusnya. Dalam 5 minit, 1 lagi teksi sampai.. kali ni Melayu.. Fuhh lega.. Senang cket nak paham.. Ngeee..

Mak MIDORI pun bukak pintu pastu tanye,

Mak MIDORI : Encik, Jusco Wangsa Maju boleh? (Masih ada hati nak pegi Wangsa Maju tuh.. hahaha)
Encik Teksi : (hanya menganggukkan kepala)

Hahaha.. Kitorang usha jela kan.. Pastu mak pun bagi isyarat suh kitorang naik.. Kitorang pun naik ar.. Untuk keluar dari kawasan tu die kene buat u-turn.. Perhhhh.. Sekali die u-turn rasa nak terbalik teksi die tu.. Kitorang cume membisu jer sebab kengerian teramat sangat (yeke?? hahaha).. Pastu. dah u-turn tu, MIDORI cakap kt mak..

MIDORI : Mak, nape tak pegi Jusco Maluri jer? Dekat cket.
Mak : Haa? Nak pegi Maluri ke?
MIDORI : Yela.. Wangsa maju Jauh sangat. Mak cakap la kt orang tu suh g Maluri jer (dalam nada berbisik)

Mane tak nya kitorang dah macam berbisik sebab tengok muke encik teksi tu masam jer.. Takut gak kang die cakap banyak songeh plak budak ni.. hahaha .. Pastu mak pun gagah kan diri cakap kt encik teksi tu suh anta ke Jusco Maluri jer. U olls tau ape yang encik teksi tu buat??? haaaaaa..... Kan dah!! Ngeeee...

Die cume angguk jer.. Hahahaha.. Sepatah haram die tak cakap ape2.. Lagi teruk dari apek tadi tu.. Sekurang-kurangnya berbunyik juga apek tu.. hahahaha.. Ini angguk-angguk jer.. Macam tak sudi je nak anta kitorang tau.. Ngeeee..

Akhirnya, sampai jugak la kitorang kat Jusco Maluri tu.. Turun je dari teksi tu, Wawa, adk MIDORI yang sorang lagi bersuara.

Wawa: eeee takut wawa tengok orang tu bawak teksi.. macam nak terbalik je biler die konar.. eeee..
MIDORI, mak & yuyun : erk?? $%^$^%#&%&?? kahkahkahkah..

Rupanya semua orang gerun masa dalam teksi tu.. tapi masing-masing kontrol cun.. Hahahhahaha..

Dah sampai tu ape lagi, kitorang pun enjoy-enjoy la kat situ.. Hahahahaha.. ape la yang MIDORI merepek ni??? Hihihihi.. Saja je nak cite kat u olls sume.. Hahahaha.. Pastu dah puas jalan-jalan kitorang pun balik ke Toyota Service Centre ni untuk amek kete.. Perhhhh.. Haram tak siap lagi.. Yela dah die cakap pun maybe dalam kul4 baru siap yang kitorang kul2 dah terpacak kat sini.. Har har har har.. Salah siapa kan? Ngeee.. Bukan salah MIDORI yer yer yer yerr.. kikiki..

Nasib baik la Toyota ni sangat mesra pelanggan. Mereka sediakan Customer Lounge untuk pelanggan-pelanggan mereka menunggu. Tempat ni pun sangat selesa. Ada disediakan air dan makanan ringan. U olls order jer kt situ. 18 kali nak order pun boleh. Free of charge ok.. Hahaha... Ada sofa yang empok dan tv bersaiz 32 inci, dengan siaran astro lagi tu.. hahaha..

Dan yang paling MIDORI suke ialah die ada sediakan kemudahan Wifi kt cni.. So kalau u olls ada laptop boleh la bawak.. Free okkkk.. Hahaha.. Kalau tak de laptop macam MIDORI ni haaa pun tak pe.. Sebab ada disediakan desktop untuk kegunaan pelanggan. Hiiiiii.. Suke suke suke!!.. hahaha.. Pakai la berapa lama pun yang korang nak.. Freeeeee... ahahahah.. tapi kalau dah lama sangat tu, pastu ada customer lain yang dok ulang-alik kat belakang u olls tu paham-paham la yer.. Takkan kite je nak gunekan?? Agak-agak la dekkk.. Kalau rasa nak men tenet berjam-jam bawak la laptop ko sendiri dekkk.. hahahaha

Untuk pengetahuan u olls.. Kat belakang MIDORI ni pun ada 1 amoi yang dok usha-usha ape MIDORI tulis & dok ulang-alik belakang MIDORI dari tadi.. Kahkahkahkah.. U olls pikir la sendiri dah berapa lama MIDORI mengadap pc ni.. Hahahahahaha.. Jup yer moi.. Nak abeh dah cite ni haaa.. kekekekekekekke..

Jadi, kepada pembaca setia blog midori day's ni, diharap anda semua terhibur dengan entry MIDORI yang mereng ni..Hahahaha..


Ada ke pembaca setia blog ko ni MIDORI?? Perasaan btol la ko ni.. Kikiki..

03 March 2010

MIDORI DAY

Salam para pembaca setia blog MIDORI (bluwek bluwekkk).. Wahhh.. Dah masuk bulan Mac 2010 dah.. Sekejap jer masa berlalu kn?..

Dalam 4 hari MIDORI tak online macam-macam dah berlaku.. Huhuhu.. Maaf la sebab tak update blog MIDORI ni dah berapa ari(yela, mengikut otai2 blogging, kite kene update blog selalu.. ngeee).. MIDORI nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah ke blog MIDORI dan memberi komen terhadap entry-entry MIDORI..

Tak lupa kepada yang telah menjadi follower sesama MIDORI tak on9, MIDORI dah follow korg semua dah.. Heee.. Kepada yang singgah dan meninggalkan jejak, tunggu kedatangan MIDORI ke blog korg yer.. Heeee.. Thank semua.. Selalu la singgah dan klik nuff sekali yer.. heeeeee

Followers

free counters