24 March 2010

15 JARI TANGAN, 16 JARI KAKI

Salam pembaca-pembaca setia blog Midori Day's. Yang tak setia pun boleh baca ok.. Ahaks.

Ini entry kedua Midori hari ni. Entry ni tercipta disebabkan Midori tertarik dengan satu foto menarik dari Harian Metro. Selalunya Midori tak pernah tertarik langsung dengn foto menarik Harian Metro ni. Tapi hari ni Midori memang tak boleh lari lagi untuk mengklik foto tu.

Midori cuba untuk tidak klik tapi.... Midori gagal!! Midori klik jugak.. Haishhh.. Heee.. Gambar tu menunjukkan seorang budak lelaki berusia 6 tahun yang mempunyai 15 jari tangan dan 16 jari kaki.


U ols boleh lihat dan kira sendiri berapa banyak jari yang adik ni ada.

Sungguh besar ciptaan Allah. Menurut Harian Metro, adik ni berada di China. Pembedahan akan dilakukan untuk membuang jari-jari yang berlebihan tersebut. Menurut pakar, keadaan ini adalah mungkin disebabkan faktor genetik.

Cuma Midori kasihan dekat adik tu, kecil-kecil lagi dah menjalani pembedahan. Tapi kalau tak bedah takut hidup dia jadi tak sempurna. Yela, mungkin dia akan menyendiri dan sembunyikan diri disebabkan malu apabila meningkat dewasa nanti. Mungkin ada yang mengejek-ngejek dan ini akan memberi kesan psikology kepada adik ni.

Paham jela budak-budak.. Pantang tengok bende pelik semua nak ditegur. Jangan kata budak, kadang-kadang terdapat segelintir orang dewasa pun berperangai budak-budak dan memulau serta pandang rendah pada orang kurang upaya. Huhuhu..

Kita perlu ingat, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Jangan kita memandang rendah pada seseorang disebabkan kekurangan mereka. Jadi, Midori memang harap pembedahan adik tu akan berjaya dan kehidupan dia akan menjadi normal seperti manusia-manusia yang lain.

p/s: Klik sini untuk ke Foto Menarik Harian Metro.


Nota kaki: Haaa.. Kan Midori dah membebel.. Hahahaha..

No comments:

Post a Comment

Followers