11 March 2010

SPM RESULT!!

SPM atau nama panjangnya Sijil Pelajaran Malaysia. Satu peperiksaan yang bagaikan menentukan masa depan dan hala tuju seseorang dekat Malaysia ni. Walaupun ramai yang menyatakan ada orang yang boleh berjaya tanpa keputusan SPM yang baik tapi ia tetap menjadi igauan ribuan pelajar sekolah menengah di negara ni.

Hari ni keputusan peperiksaan SPM 2009 akan keluar. Dan salah seorang yang menjadi tak tentu arah dan berdebar-debar adalah adek MIDORI sendiri.. Hahaha.. Bukan dia jer yang berdebar tapi MIDORI pun berdebar jugak.. Sibuk jer nak berdebar.. Hahahaha..

Tadi baru jer call dia tapi dia cakap baru nak amek. Biasa la kadang-kadang lambatkan. Mak MIDORI plak tadi nak ikut adek sekali tapi dia tak bagi.. Takut la tu.. Hahahaha.. Ape-ape pun MIDORI harap dia berjaya la.

Jadi kepada adek-adek yang amek keputusan, redha la dengan apa jua keputusan yang anda dapat & semoga berjaya. Hahahahaha..



Teringat zaman MIDORI amek result SPM dulu. Dari rumah sampai sekolah jantung ni berdegup kencang.

3 comments:

  1. hahaha.. result spm tu sbg statusquo je utk ke institut pengajian.. sampai institut lum tentu kita ni ditakrifkan sbg cerdik pandai lagi..

    ReplyDelete
  2. mmg la sbb tu midori cakap macam menentukan masa depan. walaupun nnt dkt U kite bungkus.. org kampung kite sure kecoh abeh pasal result SPM ni. ade yg mule eksyen cket kalau dapat result bagus.. tu yg menjadikan kite takut nak amek result SPM.. sbb die macam 1 peperiksaan yg amat besar tau... heee

    ReplyDelete

Followers