24 March 2010

BAPA DAKWA BERCAKAP DENGAN ROH IRWIN

Salam kepada semua pembaca blog Midori Day's. Hari ni Midori nak kongsi satu artikel yang Midori baca di akhbar Kosmo online tadi.

Artikel ni berkaitan dengan Steve Irwin. U ols kenal Steve Irwin? Alaa yang orang Australia yang kejar buaya, tangkap buaya dengan selambernya tu. Haa mesti u ols ingat kan?

Dah hampir 4 tahun Steve Irwin meninggal dunia akibat tertusuk ekor ikan pari di perairan Terumbu Besar Australia di Queensland pada 2006. Midori betul-betul tak sangka punca kematian dia ikan pari. Midori ingat kena makan buaya ke kan. Dah kerja dia asyik stunt dekat buaya jer. Mana tau kot buaya tu sempat nganga pastu baik punya dia stunt terus kat mulot buaya tu. Hahaha. Tapi itu la kelebihan Steve ni. Sangat hebat dengan buaya. Tapi apakan daya punca dia pergi disebabkan seekor pari. Huhuhu..

Orait, berbalik kepada artikel yang Midori baca tadi. Dikatakan bapa kepada Steve Irwin iaitu Bob Irwin telah bercakap dengan roh Steve. Bob menggunakan khidmat seorang pakar psikik iaitu Deb Webber.

Menurut Bob, Steve bertanyakan mengenai stoking lama dan topinya yang direnyukkan. Kemudian, Steve menyatakan keadaan dia baik-baik sahaja. Dan menurut Webber, roh Steve bersemadi dekat jeram di Sungai Burdekin, tempat mereka menghabiskan masa bersama dengan duduk di sekeliling unggun api dan menangkap buaya.

Kalau u ols nak baca artikel penuh, klik sini.

Midori baca sebab Midori sangat meminati Steve Irwin. Sebelum kematian mendiang Steve, banyak desas-desus yang menyatakan dia sudah mati akibat serangan buaya. Tapi satu pun tak dapat disahkan. Tiba-tiba berita pemergian dia keluar di surat khabar dan berita di tv bahawa dia sudah tiada akibat tusukan ikan pari. Akhirnya dia betul-betul pergi. Huhuhuhu..

Dibawah ni ada gambar-gambar Steve Irwin untuk u ols lihat. (Gambar-gambar ini adalah Ihsan Google).



Steve bersama isterinya Teri dan anak-anak.

Steve & Teri

Suka tengok pic ni.. Sweet sangat.

Tak sangka ada manusia yang sangat menyayangi haiwan terutamanya buaya!! Tapi dekat Malaysia lain pulak ceritanya. Baby yang baru dilahirkan dicampak ke longkang dan sungai tanpa belas kasihan.


Nota kaki: Teringat Raja Ular Malaysia yang meninggal akibat patukan ular tu.. Huhuhu.. Teringat juga bayi-bayi malang yang dibuang dan dibakar dengan kejam.

No comments:

Post a Comment

Followers

free counters