11 March 2010

MALAYSIA DI ALL ENGLAND 2010

Salam semua pembaca blog Midori Day's. Entry kali ni MIDORI nak luahkan perasaan MIDORI yang agak kecewa dengan prestasi pemain badminton negara kita dalam aksi All England semalam.

Untuk pengetahuan u ols, pertandingan All England edisi ke-100 bermula semalam. Dan yang membuat MIDORI sedih adalah kekalahan beregu Tan Boon Heong-Koo Kien Keat. Beregu ni adalah pilihan pertama kejohanan kali ni. MIDORI memang minat sangat dengan beregu ni. Dan untuk pengetahuan u olls jugak, diorg adalah juara All England 2007. MIDORI ingat dapat la tengok beregu emas ni dengan Datuk Lee Chong Wei kat final nanti. Tapi dah tak kesampaian.

Setiap kali ada game mesti MIDORI takkan lepaskan peluang tengok diorg beraksi. Sampai nak gugur jantung tau tengok diorg main.

Berbalik pada kejohanan kali ni, sangat sayang sebab beregu emas ni dah pun tersingkir seawal pusingan pertama dengan straight set plak. Huhuhu.. Mungkin mereka tidak berada pada prestasi sebenar. Yela kita sebagai penonton hanya melihat saja, kita tak tahu apa yang pemain-pemain ni lalui.

Untuk saingan pusingan pertama semalam, selain beregu emas, Ratu Badminton kita Wong Mew Choo & beregu wanita kita Wong Pei Tty-Chin Eei Hui pun sudah tersingkir.

Sekarang cabaran negara hanya digalas oleh pemain no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan 1 lagi beregu negara Gan Teik Chai-Tan Bin Shen.

MIDORI harap Datuk Lee Chong Wei akan berusaha untuk sampai ke final. Kita tunggu jela keputusan perlawanan hari ni nanti.

Final nanti MIDORI jangkakan Lee Chong Wei vs Lin Dan. Lin Dan, pemain handalan dari China merupakan pemain kidal. Lin Dan juga adalah Juara Dunia tahun 2009 dan Juara Olimpik. MIDORI minat sangat Lin Dan ni. Dia sangat bagus dan bersemangat setiap kali perlawanan. Tapi MIDORI tetap sokong pemain negara kita tau!! Hehehe.. Tangan kiri dia adalah aset dia yang paling berharga. Dia patut meng'insurans'kan tangan dia tu. Huhuhu.

Kalau u ols selalu tengok badminton pastinya u ols tahu macam mana keadaannya setiap kali Lee Chong Wei lawan Lin Dan. Memang berdebar-debar jantung di buatnya. Kalau kita yang menonton pun dah berdebar gila babeng, apetah lagi la Lee Chong Wei yang nak melawan dia tu. Huhuhu.. Harap Lee Chong Wei bermain bersungguh-sungguh.

Datuk Lee Chong Wei sewaktu memenangi salah satu pertandingan Super Series (Ihsan Google)

Juara Olimpik & Juara Dunia pada World Championship 2009. Lin Dan. (Ihsan www.badmintonphoto.com)

Perlawanan hari ni Lee Chong Wei akan bertemu pemain Indonesia iaitu Sony Dwi Kuncoro. Seorang pemain yang hebat tapi prestasinya tidak menentukan. Dan merupakan pemain yang menyingkirkan Lee Chong Wei pada separuh akhir World Championship 2009.

Masa tengok perlawanan ni MIDORI terjerit-jerit macam orang gila. Hahahaha.. Ayah plak emosi teramat-amat sebab Malaysia kalah. Takpe la mungking takde rezeki Datuk untuk bertemu Lin Dan di final kejohanan dunia tu.



Peminat setia badminton negara.

No comments:

Post a Comment

Followers

free counters