31 July 2010

KENALI LELAKI...??? | Lelaki Konservatif


KENALI LELAKI...? Hurmmm.. Biar betul kaknon ni. Heee.. Hari ni kaknon nak share sesuatu melalui pembacaan kaknon. Sangat menarik bagi pandangan kaknon. Sesuai untuk wanita-wanita diluar sana yang ingin mengenali makhluk yang dikenali sebagai LELAKI!! Kaknon akan cerita satu per satu ok. Hari ini kita akan mengkaji ciri lelaki yang pertama iaitu LELAKI KONSERVATIF!! Let's gone!!


LELAKI KONSERVATIF

Siapakah dia???

Mengikut kajian, minda dan personaliti yang konservatif membuatkan lelaki sebegini kelihatan serba sederhana. Rasa ego menular dalam jiwanya lantaran berpegang teguh kepada fahaman bahawa lelaki perlu dihormati dan disanjung. Tidak hairanlah jika lelaki sebegini cenderung bersikap memerintah (Eeeee menyampahnyaaa.. Hahahaha). Namun begitu, lelaki konservatif bijak mengatur perbelanjaan (Ermmm.. Yeke?? Hek4).


Kesimpulannya??

Mindanya matang dan bersedia memikul tanggungjawab membuatkan ciri-ciri pemimpin dan ketua sangat menyerlah. Pasangan pilihan tentunya individu yang mampu memberikan ketenangan dalam kehidupan.


Mungkinkah deknon salah seorang daripada lelaki konservatif? Mari kongsi pengalaman dan pandangan dengan kaknon. Heeeee..
Yang wanita juga boleh berkongsi apa saja pandangan dengan kaknon. Adakah deknon selesa bersama lelaki konservatif?

KAKNON KEMBALI MENGGANAS!!

Hola deknonnnn. Assalamualaikum... Sihat ke semua? Setelah sekian lama blog kaknon bersawang, tunggak terbalik dan bermacam-macam lagi, kini kaknon KEMBALI!!! Hahahahahahaha...

Seronok rasanya hati kaknon. Setelah seminggu penantian, akhirnya hari ni streamyx telah pun masuk ke pc kaknon. Hahahahahaha.. Hoyeee hoyeeeee... Seronok nyeeeeeee.. Nampak tak? Nampak tak camne seronok dan gumbira nya hati kaknon??? Kekekekeke~~

Di kesempatan ini, kaknon nak ucapkan terima kasih kepada deknon yang sudi melawat blog kaknon selama kaknon menyepi diri. Heeeee..

Jadi selepas ni jangan lupa selalu la singgah ke blog kaknon yer.. Hahaha..

Di kesempatan ini juga, kaknon nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. Tak lame lagi dah. Sekejap betul rasanya masa berlalu kan? Heee..




Ok la deknon semua. Tunggu la pelbagai topik menarik untuk tatapan dan bacaan deknon semua yer.. Heeee.. Mmuah muah~ Hek4..

Nota kaki kaknon : I'm Backkkkkk!!! hahahahahaha...

09 July 2010

PAUL D'OCTOPUS | Tikam!! Tikamm!!!! Tikam Paul!!!!


Heeeee.. Ramai betol orang sakit hati dengan si sotong ni. Hahahaha.. Akibat meramalkan kekalahan Jerman kepada Sepanyol aritu, telah menyebabkan ramai rakyat Jerman yang teruja nak makan si sotong ni. Hahahaha..

Mula-mula kaknon blur jugak. Siapa la si sotong ni. Kaknon ingatkan orang. Tapi bila dah google punya google rupanya memang sotong. Hahaha.. Kaknon ingat orang yang lemah lembut macam sotong. Punya la ketinggalan kaknon ni! Tak sangka seekor sotong biasa mempunyai kuasa psikik!!! Hahahahaha..

Tapi kalau kaknon, kaknon tak nak aih makan si Paul ni.. Menggelikan je, tapi kaknon nak tikam tikam tikam tikammmmmmm dia banyak-banyak kali sebab meramalkan Jerman kalah. Arhhhh!!.. Tikam Paul! Tikam Paul!! Tikam! Tikam! Tikammmmmmmmmmm!!!

Hahahaha.. Geram betol la!! Hahahaha



Species : Octopus vulgaris[1]
Jantina : Jantan Keberet!! Hahahaha
Lahir : 2008, England, United Kingdom
Dikenali untuk : Membuat ramalan mengenai semua perlawanan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Jerman.


Ini antara ramalan Si Paul ni ke atas pasukan Jerman. 1 jer yang tak tepat. Hebat giler si sotong ni!! Tapi kaknon tetap nak tikam dia!! Tikam!! Tikam!!!! Tikammmmmmmmmmm!!


NOTA : Siap la ko Paul Sotong!!! Aishhh.. Geram nye!!!

08 July 2010

CHEQUE HASIL BLOGGING YANG PERTAMA!!

Hari ni kaknon dapat cheque nuffnang kaknon yang pertama. Hahahaha.. Hoyeee hoyeeee.. Tapi takde la banyak.. Kikikiki..

Pagi-pagi tadi ayah kaknon check peti surat tetibe ada sampul surat HSBC atas nama kaknon. Die dengan selamber nye bukak sampul tu. Rupa-rupanya cheque yang kaknon tunggu-tunggu selama ni dah sampai. Rasa nak lompat2, guling2. Hahahaha.. Seronok ek dapat cheque ni. Heeee...

Kebetulan mak kaknon nak pergi keje, kaknon pun tanpa berlengah-lengah lagi, bagi kat mak kaknon tuk di bank-in kan. Tak sempat nak amek gambar cheque pertama hasil blogging. Hahaha..

Jadi, lepas ni semangat kembali berkobar-kobar untuk update blog kaknon yang serba kekurangan ni. Hahahaha..


NOTA : Walaupun tak banyak tapi sangat bermakna. Bukti dengan blog boleh dapat duit. Hahahaha...

07 July 2010

PORT CAMPBELL NATIONAL PARK


Port Campbell. Merupakan sebuah taman negara yang terletak di Victoria, Australia, kira-kira 190 kilometer pada arah barat daya dari Melbourne.

Kenapa kaknon nak cerita mengenai Port Campbell ni? Sebab, taman negara ni mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Kaknon suke benda yang cantik, jadi kaknon nak share dengan deknon semua, kecantikan dan keajaiban yang ada di Port Campbell.


Port Campbell National Park ialah taman negara terlindung yang terletak di Victoria, Australia, kira-kira 190 kilometer pada arah barat daya dari Melbourne. Disini terdapat suatu tatasusunan cenuram yang curam yang menghadap pulau-pulau luar pesisir yang kecil, himpunan batuan, gaung, lengkungan, dan bonggol. Sebagai sebahagian Shipwreck Coast, ia memiliki sebilangan tarikan pelancong, termasuk The Twelve Apostles, London Arch (dahulu digelar London Bridge), Loch Ard Gorge, Gibson Steps, dan The Grotto.

Sejarah Taman Negara Port Campbell bermula pada 1964 dengan keluasan 700 hektar. Ia diwujudkan bagi melindungi formasi batu kapur digaris pantai yang bersebelahan dengan Great Ocean Road. Untuk pengetahuan deknon semua, menjelang tahun 1981, taman negara itu telah diperluaskan kepada 1,750 hektar dan dengan itu, menjangkau dari bahagian timur Curdies Inlet di Peterborough sehingga Point Ronald di Princetown.


Pada 2002, Port Campbell Association Professional Fishermen gagal menentang pembentukan sebuah taman negara laut di lokasi The Twelve Apostles, tetapi berpuas hati dengan keputusan Kerajaan Victoria untuk melarang Benaris Energy daripada menjalankan cari gali seismos di tapak yang sama kerana usaha itu dipercayai akan menjejaskan hidupan laut.

Disini kaknon sertakan gambar pemandangan Port Campbell National Park untuk tatapan deknon semua. Sungguh indah. Perhhhh.. Hehehe :P


The Twelves Apostles

Nampak tak tiang-tiang batu tu? Sepatutnya dia ada 12 tetapi sekarang hanya tinggal 8 sahaja. 4 telah roboh. Tapi pemandangannya masih sangat mengagumkan!!



Ini lah Port Campbell National Park. Sangat cantik pemandangan dia. Buatkan mata kaknon tak berkelip memandang. Sungguh hebat ciptaan Allah S.W.T.




NOTA : Betapa indahnya alam ini.

HARI RABU = HUJAN???


Hujan hujan hujan!! Setiap hari rabu mesti tempat kaknon hujan. Pelik betol kaknon. Dah la hari ni ada pasar malam. Kaknon nak beli ice blended!! Minggu lepas pun hari rabu hujan. Kalau hujan, akak yang jual ice blended tu kompem takde. Adehhh..


Pelik betol la. Hari isnin, hari selasa mesti panas terik. Tapi bila tiba hari rabu, hujannnnnnnnnnnnn je memanjang. Adeh.. Harap-harap akak tu meniaga la hari ni. Kaknon pegi pasar semata-mata nak beli ice blended tu jer. Nasib baik la lokasi gerai akak tu dekat bahagian luar. Tak kuasa nak pergi kat dalam sana. Banyak bangla, myamr, nepal dan segala macam bangsa. Macam-macam adaaaaaaaaa.. Hahaha.. Rimas dibuatnya..

Eeeee dah terliur pulak rasanya. Kalau akak tu tak berniaga hari ni, alamatnye esok kaknon kene berkejar ke Auntie Annie's la.. Arghhh.. tensen2.. Dah la Auntie Annie's jual mahal. Jual la murah-murah cket. Eeeee geram betol la kaknon!!

Akak ice blended ni pun satu hal! Meniaga la hari-hari! Boleh kaknon beli hari-hari. Dulu masa mula-mula die meniaga, tak kira la hujan ke panas ke, die tetap ade. Tapi sekarang ni dah kaya tak reti-reti nak meniaga dah. Eeee tensen kaknon! Balas la cket jasa kaknon ni haa yang mengkayakan dia. Dia tau kaknon mesti beli tiap-tiap minggu, yang dia tak meniaga tu pasai paa?? Arghhhh...

Ice blended! Ice blended!! Ice blended!!! Help!! Helpp!!

Kikikikiki.. Jup g nak pegi jenguk ade tak akak tu. Mintak-mintak la ade.. Hehehehehe..


NOTA : Depan ni ada la budak jual. Tapi tak berapa umphh daaa! Hahaha.. Nak akak tu jugak!! Nak akak tu jugak!! HUwaaaaaaaaaaa.. Hehehehe

06 July 2010

KAKNON KECEWA!!


Huwaaaaaaaaaaa.. Kaknon keciwa! Keciwa!! Cristiano ROnaldo curang dengan kaknon!! Die dah ade baby lelaki.. HUwaaaaaa... Bakor ronaldo! Bako ronaldo!! Bakorr!! Bakorrr!! hahahahaha..


NOTA : Keciwaaaaa.. HUwaaaaa..

05 July 2010

SHAKIRA - WAKA WAKA

Lagu Waka Waka nyanyian Shakira. Lagu yang sangat seksi bila shakira menari. Macam kaknon la.. Kalau dok sebelah2 dah macam kembar dah.. hahahahaha..

Jom la kita layannnn... hahahaha





You're a good soldier
Choosing your battles
Pick yourself up
And dust yourself off
And back in the saddle

You're on the frontline
Everyone's watching
You know it's serious
We're getting closer
This isnt over

The pressure is on
You feel it
But you've got it all
Believe it

When you fall get up
Oh oh...
And if you fall get up
Oh oh...

Tsamina mina
Zangalewa
Cuz this is Africa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa
This time for Africa

Listen to your god
This is our motto
Your time to shine
Dont wait in line
Y vamos por Todo

People are raising
Their Expectations
Go on and feed them
This is your moment
No hesitations

Today's your day
I feel it
You paved the way
Believe it

If you get down
Get up Oh oh...
When you get down
Get up eh eh...

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa
This time for Africa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa


NOTA : Nyanyi dan menari sekali tau!! Hahahaha...,

LANGIT MENDUNG, AWAN KELABU


Langit mendung, awan kelabu? Biar betol kaknon ni.. Kenapa hari ni rasa tak bermaya langsung? Kenapa rasa mengantuk dari bangun pagi tadi sampai sekarang? Pelik sungguh perubahan tubuh badan kaknon ni.

Otak kaknon seperti awan yang kelabu. Sukar untuk berfikir dengan jelas. Seperti dilitupi awan yang tebal. Sehinggakan sukar untuk berfikir. Sehingga sukar untuk bertutur dengan baik. Sukar untuk memahami perkara yang ringkas sekali pun.

Ahh.. Kenapa ni? Ini adalah tanda-tanda kaknon perlu mencari sesuatu yang dinamakan BANTAL + KATIL + SELIMUT!! Hahahaha..
NOTA : Jangan marah haaa... Kikikiki

MAJLIS PERTUNANGAN

Sepupu kaknon akhirnya selamat melangsungkan pertunangannya. Orang dekat je tunang dia. Sepupu sepapat kitorang jugak. Satu kampung tapi lorong berlainan. Dalam pukol 12.00 kot rombongan pihak lelaki sampai ke rumah kami. Kaknon pun tak pasti.. hahahaha




Inilah sepupu kaknon yang bertunang hari tu.. Cute miut orangnye. Kaknon la yang mekap kan dia. Tapi tak berapa profesional la. Kaknon bukan mak andam. Hahahaha.. Memang kecoh la masa mengandam tu. Yela, mak andam bidan terjun! Hahaha.. Mak kaknon pun turun ilmu untuk tacap bahagian eyeshadow tu..



Tapi ok la. Dia sangat berpuas hati melihat wajah dia yang telah siap dimekap.. Hahahaha.. Selepas selesai mekap kan die, kaknon pun terus pergi mandi. Dah la pihak lelaki dah sampai. Kaknon tak sempat tengok masa dia sarung cincin.


Ini pula kek yang di sponsor oleh mak kaknon untuk pasangan yang bertunang tu. Alhamdulillah, setelah selesai majlis tu, memang rasa lega sangat2.

Dapat berkumpul ramai-ramai sekali-sekala memang best jugak. Macam-macam gosip boleh kita dengar. Hahahaha.. Kaknon ni pendengar je, yang bawak gosip tu orang lain okeyyy.. Hahaha..

Ok la, sampai di sini saja kaknon pot pet pot pet hari ni. Kepada pasangan merpati dua sejoli tu, tahniah dan semoga ke jinjang pelamin hendaknya. Bulan 12 kawen!! Hahahaha

NOTA : Seronok tengok orang pakai baju cantik-cantik, mekap cantik-cantik. Heee

02 July 2010

JOM BALIK KAMPUNG!!

Tunang sini tunang sana. Kawen sini kawen sana. Ishhh.. Ramai nye orang nak tunang! Ramainye orang nak kawen! Best ke tunang tu? Best ke kawen tu?? Kekekeke..

Malam ni kaknon akan berangkat ke kampung kaknon. Sepupu kaknon nak melangsungkan pertunang esok.

Tema nya kaler hijau & krim. Wahhh.. Seronok sana, seronok sini dia.. Hahahaha.. Kaknon tak sponsor apa-apa pun untuk barang hantaran. Lain kali la kaknon sponsor yer. Almaklum la, tengah sengkek ni haa.. Kekekekeke.. Dok tunggu check on the way.. Heeee..


Eeee rasa malas pun ada nak balik kampung, letih la satu hari ni. Tapi apa nak buat, kaknon ni saudara bukannya ramai pun. Itu jela yang ada. Lagipun tak elok kalau tak pergi. Nanti apa pulak di kata orang kan.


Sempana tema nya hijau, kaknon pun pakai baju hijau la esok. Elekkkk.. Macam la kaknon yang nak bertunang kan. Excited lebih dari pengantin. Hahahaha.. Bukan apa deknon, kita kene la menghormati majlis orang. Memang dia cakap tak kisah, tapi dalam hati siapa yang tahu? Betol tak? Kebetulan katanya saudara mara yang lain pakai baju hijau, takkan kaknon nak pakai kaler hitam kan?? Dah la kulit kaknon ni hitam, nanti orang tak nampak pulak. Dah same kaler dengan baju. Hahahahaha..

Ok la deknon. Doakan saja pasangan bahagia tu semoga sampai ke jinjang pelamin. Semoga bahagia ke akhir hayat hendaknya. Amin.


NOTA : Abangnon, tak reti2? Hahahahahaha


Followers

free counters