07 July 2010

PORT CAMPBELL NATIONAL PARK


Port Campbell. Merupakan sebuah taman negara yang terletak di Victoria, Australia, kira-kira 190 kilometer pada arah barat daya dari Melbourne.

Kenapa kaknon nak cerita mengenai Port Campbell ni? Sebab, taman negara ni mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Kaknon suke benda yang cantik, jadi kaknon nak share dengan deknon semua, kecantikan dan keajaiban yang ada di Port Campbell.


Port Campbell National Park ialah taman negara terlindung yang terletak di Victoria, Australia, kira-kira 190 kilometer pada arah barat daya dari Melbourne. Disini terdapat suatu tatasusunan cenuram yang curam yang menghadap pulau-pulau luar pesisir yang kecil, himpunan batuan, gaung, lengkungan, dan bonggol. Sebagai sebahagian Shipwreck Coast, ia memiliki sebilangan tarikan pelancong, termasuk The Twelve Apostles, London Arch (dahulu digelar London Bridge), Loch Ard Gorge, Gibson Steps, dan The Grotto.

Sejarah Taman Negara Port Campbell bermula pada 1964 dengan keluasan 700 hektar. Ia diwujudkan bagi melindungi formasi batu kapur digaris pantai yang bersebelahan dengan Great Ocean Road. Untuk pengetahuan deknon semua, menjelang tahun 1981, taman negara itu telah diperluaskan kepada 1,750 hektar dan dengan itu, menjangkau dari bahagian timur Curdies Inlet di Peterborough sehingga Point Ronald di Princetown.


Pada 2002, Port Campbell Association Professional Fishermen gagal menentang pembentukan sebuah taman negara laut di lokasi The Twelve Apostles, tetapi berpuas hati dengan keputusan Kerajaan Victoria untuk melarang Benaris Energy daripada menjalankan cari gali seismos di tapak yang sama kerana usaha itu dipercayai akan menjejaskan hidupan laut.

Disini kaknon sertakan gambar pemandangan Port Campbell National Park untuk tatapan deknon semua. Sungguh indah. Perhhhh.. Hehehe :P


The Twelves Apostles

Nampak tak tiang-tiang batu tu? Sepatutnya dia ada 12 tetapi sekarang hanya tinggal 8 sahaja. 4 telah roboh. Tapi pemandangannya masih sangat mengagumkan!!



Ini lah Port Campbell National Park. Sangat cantik pemandangan dia. Buatkan mata kaknon tak berkelip memandang. Sungguh hebat ciptaan Allah S.W.T.




NOTA : Betapa indahnya alam ini.

No comments:

Post a Comment

Followers

free counters