05 July 2010

MAJLIS PERTUNANGAN

Sepupu kaknon akhirnya selamat melangsungkan pertunangannya. Orang dekat je tunang dia. Sepupu sepapat kitorang jugak. Satu kampung tapi lorong berlainan. Dalam pukol 12.00 kot rombongan pihak lelaki sampai ke rumah kami. Kaknon pun tak pasti.. hahahaha




Inilah sepupu kaknon yang bertunang hari tu.. Cute miut orangnye. Kaknon la yang mekap kan dia. Tapi tak berapa profesional la. Kaknon bukan mak andam. Hahahaha.. Memang kecoh la masa mengandam tu. Yela, mak andam bidan terjun! Hahaha.. Mak kaknon pun turun ilmu untuk tacap bahagian eyeshadow tu..



Tapi ok la. Dia sangat berpuas hati melihat wajah dia yang telah siap dimekap.. Hahahaha.. Selepas selesai mekap kan die, kaknon pun terus pergi mandi. Dah la pihak lelaki dah sampai. Kaknon tak sempat tengok masa dia sarung cincin.


Ini pula kek yang di sponsor oleh mak kaknon untuk pasangan yang bertunang tu. Alhamdulillah, setelah selesai majlis tu, memang rasa lega sangat2.

Dapat berkumpul ramai-ramai sekali-sekala memang best jugak. Macam-macam gosip boleh kita dengar. Hahahaha.. Kaknon ni pendengar je, yang bawak gosip tu orang lain okeyyy.. Hahaha..

Ok la, sampai di sini saja kaknon pot pet pot pet hari ni. Kepada pasangan merpati dua sejoli tu, tahniah dan semoga ke jinjang pelamin hendaknya. Bulan 12 kawen!! Hahahaha

NOTA : Seronok tengok orang pakai baju cantik-cantik, mekap cantik-cantik. Heee

No comments:

Post a Comment

Followers

free counters