23 May 2010

MENTOR 8 | THALIA VS MOHD

Salam deknon. Wahh pagi tadi Radio Era dok putaq semua lagu pelajar AF8. Bukan main lagi haaaa.. Ini kaknon nak cerita pasal Mentor pulak. Alaaa kisah si Thalia tu..

Tadi deknon tengok tak Melodi? Wahhhh deknonnn.. Marah sungguh ahli keluarga Thalia dekat Ziana Zain. Macam-macam depa cakap. Kesian jugak kaknon kat Thalia tapi kesian jugak kat Ziana Zain. Yela, dia kan profesional. Mesti dia tau ape yang baik dan tak baik kan. Tapi mungkin perkara ni menyebabkan Thalia dan family dia dapat malu. Huhuhuhu..


Ziana Zain cakap tadi, Thalia belom bersedia dari segi mental dan komitmen. Tapi Thalia mempunyai masa depan yang cerah. Dan yang paling best nya, orang pertikaikan kenapa Ziana Zain amek Mohd? Sebab Mohd ni rupa-rupanya, short listed Mas Idayu.

Tapi Ziana Zain dengan profesionalnya jawab,

"Mula-mula saya TENGOKK SHORT LISTED saya dulu. Kemudian saya ingin cari lagi mungkin ada yang lebih baik lagi. Mungkin dah rezeki Mohd"

Lebih kurang macam tu la. Ziana cakap lagi

"Why not bagi peluang dekat orang yang betol2 boleh nyanyi dan nak nyanyi".

Itu la yang kaknon dok dengar tadi. Tapi kalau deknon2 yang tengok jugak Melodi tadi, nak tambah2 ape yang kaknon tertinggal ke tersilap ke, di alu-alukan.

Cume takut gak la tengok seorang dari family Thalia tadi. Marah betol die. Die cakap

"Aku rasa Mentor ni tak betol la"

Huhuhuhu.,. Sabar deknon.. Dah takde rezeki Thalia kan. Lagipun aritu Elly dah bagitau, memang ada dalam peraturan Rancangan Mentor yang Mentor2 ni boleh tukar Protege sebelum konsert pertama. Huhuhuhu..


Nota kakiku : Harap Thalia tabah menghadapi dugaan. Mungkin rezeki deknon dekat tempat lain. Semoga berjaya yer deknon.. Kepada Mohd, gunakan la peluang yang ada ni sebaik-baiknya. Kepada Ziana Zain, kaknon tetap sokong kak Ziana!! Mantop!!

P/S: Sori gambor takdo. Mentor ni tak sefofuler AF.. Susah nak cari pic nye.. kekekekeke.

4 comments:

  1. tapi meybe thalia ni ada attitude prob kowt
    sebb tu Ziana tak nak amek dia..ala..artis ni memcm ley jadik!

    ReplyDelete
  2. thalia got problem regarding her attitude la.so dat y ziana xberapa nak suke.komen pertama ziana ttg thalia time concert pengenalan tu die ckp thali x focus..then ari nih dlm paper thalia sendri mengaku die asyik la main sms dlm kelas haih kalo aku jadi cikgu aku pon hangin heheh
    tp aku rase thalia dh dpt time hakikat..her family yg xdpt time lagi..humph mungkin ade hikmah kot.mane tau lepas nih thali makin maju ke ..

    ReplyDelete
  3. hahahah ayat last tu xmenahan...
    tulah kaknon, cek dah agak dah mesti thalia malu giler..mmg kontroversi lah jadinyaaa

    ReplyDelete
  4. Thalia sendiri bukak cerita kpd surat khabar yang dia rasa ZZ gugurkan dia sbg protege sbb dia bawak bf ke hotel. Dia kata dia jumpa bf kat khalayak ramai, bukan bawak masuk bilik seperti yg didakwa. Wallahualam. (http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=4895&Page=2)

    Tapi apa2pun, I think ZZ is doing (Thalia) a favour. Rasanya dah cukup bagus yg ZZ tak kata dia gugurkan Thalia sbb masalah disiplin. Bawak bf ke hotel tu termasuk masalah disiplin lah kalau melanggar kontrak.

    So family dia tak payah lah nak marah2 sangat kalau anak/anak sedara/sepupu diorang mmg dah mengaku yg dia tak fokus dalam kelas dan berjumpa bf di hotel.

    Bagus jugak si Thalia ni dia jujur (atau lurus bendul?). Tapi dalam dunia skrg ni, everyone only has ONE chance to do well. That's why akal kena panjang esp dlm membuat keputusan. One wrong move, and that's it. Thalia had her chance and she blew it. Now dia kena terima kenyataan and move on. Rezeki dia bukan di Mentor.

    ReplyDelete

Followers