10 May 2010

SEKITAR PIALA THOMAS 2010 - PERLAWANAN PEMBUKAAN

Yuhuuuu.. Salam semua. Apa khabar deknon? Sori la kaknon busy la ari sabtu ahad. Tak sempat nak update blog kaknon ni. Busy makan, busy tido. Hahahaha.. Busy jalan2.. Kikiki.



Deknon semua tau tak yang semalam bermulanya Piala Thomas??? Haaa.. Kaknon punye la excited nak tengok Malaysia main last2, harammm.. Mane taknye, team Nigeria wat hal pulak. Diorang tak sempat sampai. Cait.. Dah tau nak main hari ahad, datang la awal2. Macam team2 lain yang dah sampai 4,5hari awal. Ni mesti pengurusan die yang ntah ape2 la tu. Kesian kat pemain2 dia yang dah berlatih bagai nak rak, last2 tak dapat main. Nigeria akan lawan Jepun jer nanti. Sekali jela diorang dapat main nampaknya. Jepun pun satu kuasa yang kuat dalam badminton lately ni.



Yela, Malaysia dah menang 1 perlawanan, tinggal nak lawan Jepun je hari Selasa ni. Harap2 dapat la Malaysia kalahkan Jepun. Huhuhu. Sebab ada pengkritik yang cakap, kemungkinan Kenichi Tago boleh kalahkan Lee Chong Wei. Sebabnya masa final All England hari tu Lee Chong Wei lawan Kenichi Tago. Semua terkejut sebab Kenichi Tago tiba2 dapat masuk final. Orang semua ingat Lee Chong Wei mesti lawan Lin Dan masa final. Tapi apakan daya, Lin Dan kalah dengan Bao Chun Lai masa tu. Siap bagi kata-kata semangat lagi kat Chun Lai suh kalahkan Lee Chong Wei. Last-last, dengan Bao Chun Lai sekali hancur. Dia kalah dengan Kenichi Tago la masa tu. Menangis!! Ahaks.



Maka, masa final tu berjumpa la Kenichi Tago dengan Lee Chong Wei. Dan seperti yang deknon2 tau, ade ke yang tak tau??? Hampeh la tu. Hahaha. Lee Chong Wei menang la!!.. All England jadi milik Lee Chong Wei.



Jadi, hari selasa ni macam perlawanan ulangan untuk All England. Lee Chong Wei akan bertemu dengan Kenichi Tago. Kenichi Tago ni baru berusia 20 tahun. Muda lagi. Banyak lagi masa die tapi bagi kaknon, dengan level permainan Lee Chong Wei sekarang, sukar la Tago nak menang. Huhuhu.. Cuma harap beregu kita dapat mengatasi beregu jepun.



Kaknon harap sangat Koo Kien Keat/Tan Boon Heong main betol2. Diorang ni bukan tak bagus. Antara beregu yang terbaik kat dunia tapi selalu hilang fokus. Kadang2 terlalu banyak buat kesilapan dan beri mata mudah dekat lawan. Tu yang buat kaknon geram!



Ok deknon semua tau tak urutan permainan Piala Thomas? Perseorangan pertama, beregu pertama, perseorangan kedua, beregu kedua dan perseorangan ketiga.




Lee Chong Wei




Koo Kien Keat / Tan Boon Heong





Wong Choon Hann



Mohd Fairuzizuan / Mohd Zakry Latif






Hafiz Hashim

Pada pengamatan kaknon, Malaysia boleh menang kalau Lee Chong Wei, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan Fairuzzizuan/Zakry bermain dengan baik dan konsisten. Sebab kalau nak harap perseorangan kedua dan ketiga Malaysia. Alahaiiii.. Yang kedua, Wong Choon Han, mungkin ada harapan tapi yang ketiga tu.. Ahaks. Hafizzzzz.. Pemain yang lemah lembut sangat2. Kadang-kadang sakit hati tengok. Bukan apa, menang atau kalah itu nombor 2, tapi biar la kalah dengan berjuang bermati-matian. Bukan macam main dengan budak sekolah. Takde semangat langsung!

Baru ni, Hafiz minta kita jangan boo atau ejek die masa die main. Ok, tapi die kene tunjukkan la pemainan yang bagus. Die bukan tak bagus, tapi permainan die lembab. Lepas tu nampak permainan die sambil lewa jer. Macam main-main. Orang suh main, bukan main-main. Tapi takpe la. Kita bagi la die peluang untuk buktikan apa yang die cakap. Semoga die akan berusaha betol2 kali ni. Takkan nak harap Lee Chong Wei sorang je untuk dapat mata. Eeee geram plak kaknon tau.

Tunggu jela perlawanan esok. Tak sabar rasanya kaknon nak tengok. Dah la tiket perlawanan suku akhir, separuh akhir, dan akhir dah habis!!! Hangin tol!!!

Harap Malaysia dapat bawak balik Piala Thomas. Mengulangi kejayaan pada tahun 1992. Berdebar tengok Cheah Soon Kit/Soo Beng Kiang lawan Rexy Maniky/Ricky Subarja.

Jangan lupa deknon semua, hari ni Piala Uber, Malaysia lwn USA pukol 6 petang. Harap, skuad Piala Uber ni dapat bermain bersungguh-sungguh. Dapat menang dengan USA. Sebab nanti diorang akan lawan dengan China plak. Kalau tak menang dengan USA, berkubur la harapan diorang. Dah tentu2 diorang tak leh kalahkan China. USA pun kene 5-0 semalam dengan China. Ahaks.


Nota kakiku : Tak sabar nak tengok Malaysia lawan!!!



4 comments:

  1. harap malaysia boleh menang Piala Thomas hat tpt sendiri sebab dah lama xmng

    ReplyDelete
  2. salam..
    dalam sejarah ni
    rasanya Malaysiaku
    boleh menang ke?

    ReplyDelete
  3. aku dapat tiket free utk game semalam..tapi nasib baik tak pegi lepas dapat tahu Nigeria delay..dalam hati dah rasa yang Malaysia menang free.

    harap-harap masuk final..sbb sudah beli tiket :D

    ReplyDelete
  4. @Razis : Yup lebih kurang 18 tahun. huhuhuhu..

    @Zulkbo : Insyaallah boleh menang. Memang nampak susah tapi kalau diorang fokus mesti boleh menang. Jangan main macam orang lembik. Diorang semua antara yang terbaik kat dunia.

    Lee Chong Wei dah tentu2 la No 1 dunia. Beregu? Diorang memang berentap la. Beregu china, korea, malaysia, indon, semua nye sama level. Cume yang menjadi penentu adalah, prestasi diorang masa main nanti. Huhuhuhu..

    ReplyDelete

Followers