26 May 2010

APA ITU H1N1 | Masih Berleluasa


Salam deknon.. Sihat? Demam tak? Selsema? Batuk? Jika ada masalah-masalah tu, kaknon ingatkan pada deknon supaya pergi berjumpa doktor dengan segera. Sekarang ni pelbagai jenis penyakit sedang berleluasa. H1N1, Denggi dan sebagainya. Setiap hari kita boleh lihat jumlah kematian pesakit H1N1 semakin meningkat. Hari ini, kaknon nak kongsikan dengan deknon semua mengenai "APA ITU H1N1".


H1N1 ialah virus Influenza type A yang berasal daripada Avian Flu (Selsema Burung) yang melanda dunia satu ketika dulu. Strain virus ini telah bergabung dengan strain Swine Flu. Swine flu adalah penyakit selsema yang hanya menjangkiti babi sahaja. Tetapi virus-virus ini telah bergabung dan bermutasi, dan akhirnya telah berjaya menyesuaikan diri dengan 'host' baru iaitu manusia.


Apabila virus ini berada didalam badan manusia, ia sekali lagi berevolusi menjadi 'air born-disease'. Bermakna mereka boleh disebarkan melalui udara. Dan untuk pengetahuan deknon sekalian, apabila virus 'air born-disease' ini tersebar ke udara, mereka akan hidup selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika mereka tidak dapat 'host' atau perumah (manusia), virus ini akan mati.


Incubation period atau waktu pengeraman, adalah 2 hari. Dan ini bermakna, apabila seseorang itu dijangkiti, pesakit itu akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti atau selewat-lewatnya 4 hari selepas dijangkiti.


Simptom H1N1 :


Hari Pertama - Rasa tidak bermaya (kurang sihat)

Hari Kedua - Selsema, batuk, dan demam yang kekal (Maksudnya, demam tidak reda walaupun telah mengambil ubat)

Hari Ketiga - Rasa tidak selesa di dada dan sukar untuk bernafas

Hari Keempat - Sakit dada yang semakin teruk. (Segera ke hospital jika mengalami simptom ini)

Hari Kelima - Kerosakan paru-paru atau koma


Oleh itu, kepada deknon semua, jika ada salah satu simptom di atas, cepat-cepat la ke hospital. Kerana penyakit ini bermula hanya sebagai selsema biasa, yang kemudiannya apabil tidak dirawat ia akan merosakkan paru-paru dan akhirnya menyebabkan kematian.


Ingat yer deknon. Awasi anak-anak kita. Jika tidak sihat, cepat-cepat bawa ke hospital. Kerana kanak-kanak adalah antara golongan orang yang mudah di jangkiti.



Nota kakiku : Ingat!! H1N1 masih ada disekeliling kita.



p/s: Sumber adalah dari Web Kementerian Kesihatan Malaysia & islah.edu.my.


6 comments:

  1. H1N1 termasuk virus yang ckp berbahaya.
    salam kawan

    ReplyDelete
  2. salam kak non
    thanks..
    good info
    dah beli penutup hidung?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. @All About News : memang la bahaya deknon.. semua virus kat dunia ni bahaya. terutama influenza, sebab virus influenza ni cepat bermutasi. dan apabila mereka bermutasi, mereka akan menyebabkan penyakit yang sangat berbahaya jika tidak dirawat dengan cepat. contohnya H1N1 ni la. Mula-mula seperti selsema biasa, tapi jika tidak dirawat ia akan menyerang paru-paru kita. paru-paru boleh collapes pastu selamat jalan laa.. hehehe. dari pemahaman kaknon la.. kalau salah betol kan yer..

    @zulkbo : kaknon ade banyak penutup idong.. nak free pergi je amek kat lab tu haa.. tapi kaknon suke yang jenis warna warni tu.. kaknon ade banyak. huhuhuhu.. kalau siapa2 ade background microbiologi sure diorang tahu. kaknon sentiasa ada hand sanitizer dan mask dalam bag..

    ReplyDelete
  5. kita baca berita,kita boleh dapatkan vaksin percuma kat hospital atau klinik kerajaan

    ReplyDelete
  6. betol.. ade senarai klinik-klinik kerajaan yang boleh kita pergi untuk dapat kan vaksin tersebut. kaknon pun nak pergi la amek vaksin tu.. klinik swasta pun ada tak silap kaknon, tapi harganya sangat mahal.

    ReplyDelete

Followers

free counters