28 May 2010

PERLUKAH PERGI KONSERT?

Salam deknon. Selamat bercuti kepada yang bercuti pada hari ini sempena Wesak Day. Kaknon keje ok. Hahaha..



Konsert. Deknon semua tahu apa itu konsert? Siapa yang rajin pergi konsert? Siapa yang tak pernah pergi konsert? Kaknon tak kuasa nak pergi konsert. Sebenarnya, kaknon tak paham satu perkara, dan perkara ini kadang-kadang membuat kaknon tertanya-tanya. Apa yang bestnya pergi konsert? Dengan ramai orang. Macam-macam jenis, macam-macam ragam.

Kaknon memang tak suka keadaan macam tu. Semalam kaknon ada la tengok kat TV ulangan sebuah konsert. Kaknon cuba selami apa yang best nya pergi tengok konsert tu. Adoiii.. Tak paham kaknon. Perlu ke kita membazir masa tengok konsert? Jerit-jerit, terpekik terlolong.

Tengok la berapa ramai manusia kat situ. Perhhh.. Yang dok jauh-jauh tu nampak ke penyanyi nya? Kalau setakat tengok screen baik dok umah jer. Tengok depan TV. Takyah nak berhimpit-himpit, nak berpanas-panas.. Adehhh...

Baru-baru ni ada iklan mengenai konsert artis seberang. Tiketnya punya laaaaa mahal!! Bukan artis antarabangsa pun. Bukan terkenal serata dunia pun. Setakat terkenal di Malaysia dan negara asal dia la. Tapi tiket nya punya la mahal. Itu pun ada orang pergi tengok. Lebih baik duit tu simpan kat dalam ASB ke, buat pergi makan ke lagi bagus. Dari pergi dudok tercongok jer tengok konsert.

Lepas tu, yang ramai pergi sape? Budak-budak sekolah la, bawah umur. Dah la konsert selalunya diadakan waktu malam. Lepas habis konsert mana budak-budak ni pergi?? Sosial!

Entah la apa nak jadi. Konsert laju jer diorang ni pergi, suh pergi sekolah suh pergi masjid malas! Konsert takyah disuruh pun tergedik-gedik nak pergi. Pergi la join majlis-majlis ilmu ke, lagi bagus.

Perlu ke pergi konsert? Kalau siapa-siapa ada pengalaman boleh la share dengan kaknon. Kaknon nak tau jugak apa yang bestnya, apa yang syokkk nya, apa yang hebatnya, apa yang bagus nya, apa yang deknon semua dapat bila pergi tengok konsert?


Nota kakiku : Banyak konsert dari majlis-majlis ilmu sekarang ni.

2 comments:

  1. no comment ,saya masih lagi budak kecik Y_Y

    ReplyDelete
  2. budak kecik pn boleh komen. hehehe.. mesti yang suka g konsert, hangin ngn kaknon.. heee.. bukan apa, kaknon nak tau, ape yg diorang dapat pergi konsert tu..

    ReplyDelete

Followers

free counters