25 May 2010

SELULIT KULIT OREN

Selulit!! Apa itu selulit? Hehehe.. Takut tak? Takut tak? Adess.. Ni masalah yang paling2 ditakuti oleh golongan wanita. Kaknon percaya deknon semua tahu apa itu selulit dan macammane bentuk dia kan.

Selulit ni deknon, merupakan lapisan lemak yang terletak di atas otot. Tempat yang selalu ada masalah adalah,

1. Pinggang
2. Peha
3. Punggung
4. Lengan

Dan ada beberapa tempat lagi mengikut pada pengumpulan lemak la. Ngeri tak? Ngeri tak? Heeee.. Dari pembacaan kaknon dekat majalah-majalah wanita la kan deknon, selulit ni berpunca dari beberapa faktor. Antaranya,

1. Pemakanan
Contoh : makan secara berlebihan dan menyebabkan lemak berkumpul, makanan yang pedas.

2. Obesiti

3. Stress

4. Kurang bersenam


Untuk menghilang dan mengelakkan selulit, deknon semua kena la jaga pemakanan, bersenam setiap hari, minum air dengan banyak, kurangkan pengambilan gula, mentega, lemak, garam, kafein.

Makanan yang patut kita ambil untuk mengelakkan selulit pulak deknon, adalah,

1. Makanan Yang Mengandungi Protein
2. Buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selulit bukan sahaja menyebabkan kulit jadi tak cantik yer deknon, tapi boleh melihatkan tubuh seseorang menjadi lebi gemuk. Selulit ni kira macam kombinasi lemak+air+toksin. Jadi deknon semua jaga la kesihatan. Heee.. Kaknon nak letak gambar selulit pun tak sanggup.. Huhuhuhu...


Nota kakiku : Heee.. nak petua hilangkan selulit? Beli la krim mustajab!! hahahaha

5 comments:

  1. hahahhaa.. tak sanggup nak tengok cellulite itu

    ReplyDelete
  2. hohoho...mende ni mmg boley wat segan depan mmber...

    ReplyDelete
  3. cek xrajin nak wat senaman...eheeeee kalau ada kawan,mmg rajin

    ReplyDelete

Followers

free counters