17 May 2010

LANGKAH KESELAMATAN SEWAKTU DI STESEN MINYAK

Salam deknon. Selamat hari Isnin. Ermm habis dah Piala Thomas. Hihik. Kecoh tol kaknon pasal Piala Thomas kan? Hahahaha.. Semangat beb!! Ok la, tutop cerita pasal Piala Thomas yang menyedihkan tu. Hari ni kaknon nak kongsi dengan deknon semua langkah-langkah keselamatan yang perlu kita praktik kan sewaktu di stesen minyak.

Sekarang ni kan banyak kejadian samun, larikan kereta, pecah cermin kereta sewaktu pemandu lalai isi minyak. Memang perkara yang remeh, semua orang selalunya lupa untuk berhati-hati sewaktu mengisi minyak.

Jadi, ini antara langkah-langkah keselamatan yang perlu sentiasa kita ingat sewaktu di stesen minyak.

1. Pastikan pintu kereta di kunci.

2. Handbag!! Pastikan beg tangan disorok sebelum keluar dari kereta.

3. Handphone!! Kadang2 kaknon perati jer kat stesen minyak tu, selamber jer diorang tinggal handphone kat dashboard la, kat handbreak la. Itu boleh mengundang padah deknon.

4. Sila jangan tinggalkan anak-anak kecil dalam kereta yang terpasang enjinnya. Sangat berbahaya. Tutop enjin kunci pintu. Baru tinggalkan. Jangan ingat tinggal sekejap takleh membawa padah deknon. Berapa banyak dah berita kereta dan anak dilarikan?? Banyakkkk.. Jadibiarla susah cket tp dapat menyelamatkan anak-anak kita.

5. Selepas isi minyak, terus masuk dalam kereta dan jangan berlengah, kunci pintu terus. Kadang-kadang penjahat-penjahat ni diorang perhatikan je gerak geri kita. Bila kita terlalai cket jer, mase tu la dia amek kesempatan buat kerja jahat die tu.


Ok la deknon. 5 langkah utama yang perlu deknon sentiasa ingat sewaktu isi minyak. JANGAN LEKA! JANGAN LALAI!! Sama-sama la kita beringat-ingat yer deknon. Adios amigos.


Nota kakiku : Selalu kaknon tengok wanita-wanita yang mengisi minyak meninggalkan handbag tanpa disorok dan meninggalkan anak-anak tanpa mengunci pintu. Kaknon pulak yang terasa nak jadi jaga bila tengok budak2 kecil ditinggalkan dalam kereta. Kaknon akan perhati kereta tu sampai mak-mak diorang datang. Huh, seriau bace berita kereta dan anak dilarikan!!

No comments:

Post a Comment

Followers

free counters