02 June 2010
BUAT DUIT DENGAN BLOG????
Betol ke? Dengan blog pun boleh dapat duit? Ishhh.. Tak caya la. Mana datangnya duit tu? Siapa yang bagi? Haaa.. Itu la antara persoalan yang sering diajukan oleh kaum keluarga dan sahabat-sahabat kaknon.
Sebenarnya, dalam family hanya kaknon sahaja yang menceburkan diri secara serius dalam dunia blogger ni. Kakak-kakak kaknon lebih suka main facebook. Kaknon pula tidak berapa berminat dengan social networking macam tu. Walaupun mempunyai facebook boleh menjadi salah satu kelebihan dan punca traffic ke blog tapi kaknon tak suka. Jadi, kaknon menggunakan kaedah lain dan terus menggunakan blog sebagai satu cara untuk kaknon berinteraksi di dunia maya ini.
Kerap kali mereka mengajukan soalan-soalan tersebut kepada kaknon. Setiap kali melihat kaknon kusyuk mengupdate blog dan blogwalking. Kaknon akan jawab begini,
“Buat blog boleh dapat duit. Main facebook, main Farmville tu boleh dapat duit ke? Dapat sayur kartun, dapat lembu kartun ada la. Kalau facebook boleh buat duit, sekarang jugak kaknon active kat facebook.”
Tapi setiap kali kaknon tanya macam tu jawapannya,
“Mana ada dapat duit. Suka-suka jer”
Hahahaha.. Adess.. Kaknon bukan la mata duitan ok. Kaknon cuma balas kutukan mereka saja. Macam yang kaknon kata sebelum ni, kita berblog untuk merasa puas apabila penulisan kita dapat sambutan, dibaca dan dikomen. Dan duit itu pula sebagai bonus kepada usaha kita menulis entry-entry tersebut. Kalau banyak, banyak la. Kalau sikit, sikit la kan.
Kaknon cakap macam tu saja nak bakar line.. Hahahaha. Tapi buktinya telah ada kan? Ramai yang telah berjaya menjana pendapatan melalui blog. Bukan saja dari ads tapi dari pelbagai cara.
Yang penting usaha dan jangan berputus asa!! Caiyok deknon!! Caiyok!!
Nota kakiku : $$$$$$.. Hahahahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
setuju! untuk kepuasan!
ReplyDeletesambil menyelam, minum air.. hehe.. berblog... dapat duit Alhamdulillah.. tak dapat, redha sahajalah ;) kan kan
ReplyDeletePelembap Kulit | Hand & Body Lotion
dapat cari duit sampingan jugak kan :=)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletecaiyakk..
kak non
la la la
Blog utk kepuasan...best post ni..(^^,)
ReplyDeleteduit dr blog motivasi untuk saya terus menulis...hehehe
ReplyDeletebetol2.. kepuasan yang di cari bila ada respond dri orang kan.. =)
ReplyDeletesetuju gan...lagi nunggu2 paypal penuh, buat nambah semangat...thanks infonya!
ReplyDeleteSalam. Teruskan usaha ...
ReplyDeletekaknon kak cabai sokong sokong sokong kak cabai pun ada fb tapi tak dak gambaq pun. saja menempek je.. suka blog lagi dari fb. kita serupa..
ReplyDeletebetul tu..drpd buang masa chatting di facebook..baik la buat blog...
ReplyDelete