01 June 2010

KENAPA KAKNON MENULIS BLOG?

Blogger tumbuh bak cendawan selepas hujan. Setiap hari ada saja blogger baru muncul dengan pelbagai idea dan gaya penulisan. Dengan pelbagai alas an kenapa mereka menulis diblog.

Ada yang sangat bagus dalam penulisan mereka, ada yang menggunakan bahasa rempit yang membuatkan pembaca-pembaca berkerut kening untuk membaca. Ada juga yang penuh widget dan colourful. Macam-macam. Itu adalah terpulang kepada pemilik blog. Dia lah yang akan menentukan hala tuju dan mengawal segala-gala yang ada diblog mereka.

Blogger juga terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Fenomena tumbuhnya blogger-blogger baru ini adalah merupakan persaingan yang sihat kepada blogger-blogger lama. Seperti kaknon sendiri, yang mula berblogging pada 2008. Tapi masa tu masih mencari identiti sendiri dan berblogging hanya untuk menceritakan hal-hal personal kaknon. Seperti apa yang kaknon lakukan setiap hari, perasaan kaknon, dan sebagainya.

Sekarang pula kaknon lebih kepada isu semasa. Kaknon suka meluahkan pendapat kaknon mengenai pelbagai isu yang melanda Negara dan dunia. Kadang-kadang bukan pendapat pun tapi meluahkan kemarahan dan kekecewaan kaknon kepada sesuatu isu.

Kaknon juga suka menulis blog kerana dapat berkongsi pelbagai petua-petua, dan ilmu bersama deknon semua. Kaknon juga cuba menerima setiap kritikan yang diberikan oleh pembaca-pembaca blog kaknon ni.

Jangan tak tahu deknon. Walaupun blog ini hanya blog picisan dan tidak dapat menandingi kehebatan redmummy, beautiful nara dan ramai lagi top blogger, tapi kaknon tidak terkecuali menerima kritikan. Tapi semuanya kaknon ambil sebagai kritikan yang positif dan membina. Supaya kaknon dapat menulis dan memberikan yang terbaik untuk bacaan pembaca blog Midori Day’s ini.

Untuk duit? Hurmm. Jangan tipu la kata anda menulis blog BUKAN kerana wang. Kalau betol tidak ada sedikit pun kerana wang, SILA BUANG SEMUA ADS yang ada diblog anda. Bagi kaknon, siapa yang taknak duit kan? Kalau sambil menulis blog pun kita boleh menjana pendapatan sampingan, why not kita cuba kan? Itu kira satu bonus la pada penulis blog. Sedikit ke banyak ke itu belakang kira. Yang penting kita puas apabila menulis, puas apabila trafik mencanak, dan bertambah puas apabila menerima pendapatan sampingan yang kita jana dalam diam tadi.


Nota kakiku : Puas apabila setiap entry dibaca dan dikomen. Walaupun bukan semua entry menjadi perhatian tetapi tetap puas.

5 comments:

  1. yeahhhh menulis kerana duit!!!mwahahahha..sbenarnya mula2 kena paksa dgn lect kena buat blog..itupun blog tu macam nak tak nak jalan je..abes je subjek tuh,terus berkubur blog hahahaha...tiba2 dpt tau plak ley buat duit, pergh tiba2 bersemangat..hahahah..tapi tu lah,skrg ni tgh xada mood huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam Kak non
    samalah kita
    saya Jan-2008
    berblog sekadar
    jati diri..ibarat
    penampilan kita
    di mata umum..
    pengalaman saya
    entry panjang-panjang
    orang bukan baca pun
    sebab entri saya semua
    pendek2..alhamdulillah
    berdasarkan komen rasanya
    mereka baca..matlamat utama
    saya orang baca bukan sekadar
    traffic..

    ReplyDelete
  3. belalang menulis blog sebab adanya org mcm kaknon la selalu dtg dan bagi semangat utk blogger2 baru mcm belalang...

    ReplyDelete
  4. betul, puas bila orang baca dan meninggalkan sesuatu dekat blog kita, peace :P

    ReplyDelete
  5. @rossoneri : jujur sungguh kamu deknon.. hahaha.. bagus2..

    @zulkbo : betol2. entry panjang orang jarang baca. heeee.. entry kaknon ada panjang ada pendek. ikut jari jemari ni haa. kalau die rajin, panjang la entry kaknon. Kalau die malas, silap-silap gambar seketol, ayat 3,4 baris jer.. Hahahahaha..

    @belalang hijau : blogger2 baru pun hebat jugak deknon.. thanks deknon..

    @encik tikus : heee.. yela encik tikus ramai peminat.. semua entry die kompem ada orang komen.. bagus! :)

    ReplyDelete

Followers

free counters