Hari kaknon nak kongsi 10 tanda "Si Dia" sesuai dijadikan suami. Jangan mara haaa~
1. Setiap kali kalian keluar bersama, si dia akan membayar bil makanan dan tiket wayang untukmu, bukan sebaliknya.
2. Bila melihat seorang ibu mengandung masuk ke dalam LRT, dengan hormatnya si dia akan berdiri dan memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut.
3. Baginya kelebihan yang kamu miliki adalah sesuatu yang baik untuk diri kamu seperti bab pangkat, gaji dan juga kelulusan. Dia tidak pernah berasa dengki atau tercabar seperti jejaka lain yang berfikiran kolot.
4. Dia tidak pernah sekalipun mengasari kamu atau menggunakan kekerasan jika berlaku salah faham atau berselisih pendapat.
5. Walau sesibuk mana sekalipun, si dia pasti akan meluangkan masa untuk makan bersama ibu bapa dan adik-adiknya di rumah seminggu sekali.
6. Kamu suka mendengar pandangan bijak yang buah hati kamu berikan ketika kalian sedang berbual dengan teman-teman mengenai isu semasa.
7. Selepas keluar bersamanya di waktu petang, si dia akan hantar kamu pulang sehingga ke depan pintu rumah dengan selamat, kemudian barulah si dia beredar.
8. Dia sentiasa memberi kata-kata semangat ketika kamu berhadapan dengan kerja yang bertimbun, bukannya merajuk kala kamu menolak untuk keluar bersamanya.
9. Kalau senang dengan caranya yang sopan kala dia bertegur sapa dengan makcik cleaner atau membuat pesanan kepada pelayan di kedai mamak.
10. Setiap kali cuti semester datang, si dia pasti akan mencari kerja sambilan bagi mengisi masa lapang selain mencari duit poket. Itu tandanya dia seorang yang berdikari!
No comments:
Post a Comment