17 August 2010

WOOK BERHABIS DUIT RM2,000 UTK SUAMI DURJANA!!

Baca paper kadang-kadang mengundang perasaan marah dan sakit ati kaknon!! Tadi baru jer terbaca kisah Wook, wanita berusia 108 tahun yang mengahwini lelaki berumur 38 tahun. Dan Wook menghabiskan wang untuk menyambut hari raya sebanyak RM2,000 untuk menjamin suaminya yang tak reti di untung!!

Ikuti kisah Wook ini :
HULU TERENGGANU - Demi perasaan sayang kepada Mohd. Nor Musa, 38, warga emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundur sanggup menghabiskan duit simpanannya sebanyak RM2,000 untuk menjamin keluar suaminya itu yang ditahan sekali lagi kerana kes dadah.

Menurut Wook, duit simpanan untuk sambutan Aidilfitri itu terpaksa dikorbankan demi untuk berpuasa dan beraya bersama Mohd. Nor yang baru sahaja dibebaskan dari pusat pemulihan di Sungai Besi, Kuala Lumpur bulan lalu.

Semuanya dilakukan Wook demi Mohd. Nor yang sekali lagi ditahan kerana dipercayai mengambil dadah dalam satu operasi polis di Kampung Pasir Tinggi dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi Khamis lalu.

Majistret Mahkamah Hulu Terengganu, Azman Mustapha membenarkan Mohd. Nor diikat jamin selepas kesnya disebut oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Tuan Rosmah Tuan Husain di sini semalam.

Selain itu, Majistret turut menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh pendakwaan kes tersebut.

Pada 7 Julai tahun lalu, Mohd. Nor pernah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atas kesalahan sama dan ditahan di Pusat Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut.

Jelas Wook, biarpun dia kecewa dengan perbuatan suaminya itu, namun kerana sayang dan tidak mahu menyambut Aidilfitri dan berpuasa sendirian seperti tahun lalu, dia terpaksa mengorbankan simpanannya.

"Dia tetap suami tok dan tok tetap sayang walau apa pun yang dia buat.

"Tapi tok rasa sedih fikirkan apa yang dia buat sebab tok ingatkan dia dah insaf," katanya ketika ditemui dekat sini semalam.- Kosmo


P/S : Geram betol kaknon dengan laki si Wook ni!! Ambil kesempatan!! Tak sedar diri betol!


6 comments:

  1. eeii..sial punye laki..dah la penagih dadah..tibe2 rase nk marah gak..huhh..kurus pose..huuu~~

    ReplyDelete
  2. senget mamat nih.amek kesempatan,jgn bg die lalu dpn aku la mcm nih .kene sekeh sia2 je nih hehe.btw.hye midori.lame xdgr cite.busy ka? heee

    ReplyDelete
  3. die neh bukan kali pertama kena tangkap kan.
    rasanya dah kali ke-2 or ke-3.
    teruk betul.
    menyusahkan nek wook jer.
    iskkk.

    ReplyDelete
  4. Sebab tulah agaknya si Noh tu nak kawin dgn Nek Wook pasal dia tau orang tua ni penyabar sangat orangnya n redha je apa yg Allah bg kat dia...kalau akulah dah lama aku benam-benamkan kat longkang....he he he

    ReplyDelete
  5. sgt jaat itu laki..menci!

    ReplyDelete
  6. sian gile la kt nenek ni..dia ptut da tua org yg jaga..ni nk kne tanggung jantan tu. mmg kusut tul laki tu. nape dia x mntk cerai je kn..sume org tau da kn perangai laki dia tu..kesian

    ReplyDelete

Followers

free counters