16 January 2010

TIP KEKAL DALAM PERCINTAAN

MEH KITE SAME2 BACE TIP2 NI.. YEKE?? BOLEH CAYE KE?? NGEEE

1- Apabila kamu melakukan kesalahan, jangan malu untuk mengakuinya. Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf. Tunjukkan keihklasan dan jangan sekali-kali mengulanginya

2- Ajaklah kekasihmu melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan kamu dan si dia

3- Jangan sekali-kali membandingkan kekasihmu dengan orang lain, terutamanya, bekas kekasih mahupun kawan-kawan baikmu. Seolah-olah kamu lebih mementingkan mereka

4- Dekati hobi kekasihmu, dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubunganmu kerana kamu mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama

5- Semua orang mempunyai ego. Hormati ego kekasihmu dan jangan merendahkan ego kekasihmu dihadapan orang ramai. Jika dia sedang marah, lebih baik berdiam diri.

6- Setiap masalah harus diselesaikan, bukannya ditinggalkan dengan alasan (lupakan saja). Suatu hari nanti, masalah itu akan berbangkit dan membawa kepada masalah yang lain.

7- Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian kerana ia menjadikan kamu lebih tabah dalam kehidupan

8- Kekasihmu juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong akan kehidupan sosialnya. Ingat bercinta tidak bermakna kamu memiliki seluruh hidupnya

9- Cari waktu yang sesuai untuk membincangkan masalah. Persekitaran atau iklim komunikasi yang baik, dapat mempengaruhi perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah.

10- Jika kekasihmu melakukan kesalahan, beri dia peluang untuk memberi keterangan. Mungkin dia ada alasan KUKUH atas perbuatannya, jangan sampai kamu malu sendiri

11- Jangan terlalu menunjukkan yang kamu adalah sangat baik & sempurna. Dengar dahulu penjelasan kekasihmu, walaupun dia bersalah & bersikap lebih merendah diri


p/s: APE PANDANGAN U ALLZ? midori BERPIKIR SEJENAK.. ERMMM.. KEKEKEKE.. NTAH LA, BG midori KENE TERPULANG PADE SETIAP INDIVIDU TU SENDIRI LA.. KDG2 PAKAI LA BERAPE BYK TIP PUN X LUT JUGK.. KEKEKE..

SO, KORG PK LA SENDIRI!! HAHAHA.. TP KLU SAPE2 YG NK TRY TIP NI SILEKN2.. KIKIKIKI. ALL DE BEST!! HAK4

No comments:

Post a Comment

Followers

free counters