SYDNEY: Satu kajian di Australia mendapati orang yang menghabiskan masa lebih empat jam menonton TV menghadapi risiko tinggi meninggal lebih cepat.
Katanya, berbanding dengan orang yang menonton TV kurang daripada dua jam sehari, penonton yang duduk di depan TV lebih empat jam itu menghadapi risiko kematian 46 peratus lebih tinggi berpunca dari banyak sebab.
Penyelidik, Institut Diabetis dan Jantung IDI Baker, David Dunstan memberitahu agensi berita AFP sebagai berkata, penonton terbabit juga menghadapi peningkatan risiko sehingga 80 peratus menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular atau jantung.
Beliau berkata, duduk terlalu lama di depan TV akan menghentikan tubuh dari menggunakan otot-otot lalu meningkatkan pengumpulan gula dan lemak.
Dapatan itu adalah hasil kajian selama enam tahun mengenai tabiat menonton ke atas 8,800 masyarakat Australia yang turut menumpukan beberapa faktor lain yang mempengaruhinya seperti umur, merokok, berat dan senaman.
Tempoh purata masyarakat Australia menonton TV ialah tiga jam sehari.
Kajian itu juga mendapati walaupun seseorang itu melakukan aktiviti senaman secara kerap, namun mereka tetap berpotensi menghadapi risiko sama jika duduk terlalu lama di depan TV. - AFP
** HIK4.. TATOT NYEEEEEE... PASNI XNK TGK TB LAAA (WEK WEKKKK)... KIKIKI.. APE U ALLZ RS KLU X TGK TB?
**CUBE U ALLZ KIRE BERAPE JAM SEHARI U ALLZ TGK TB.
MEH WAT SIMPLE CALCULATION:
1. SINETRON - 1 JAM
2. AKASIA - 1 JAM
3. SAMARINDA - 1 JAM
4. BERITA - 1 JAM (CEWAH2.. KONON LA TU TGK BERITA.. KEKEKEKE)
5. SEKAR - 1 JAM
6. HINDI MOVIE - 2 JAM
*HIHIHIHI.. JWPN NYE BERJAM2 LA TGK TB.. WAKAKAKAKAKAKA..
DH LA TB MESIA NI MCM2 ADAAA.. DR SEGALA BAHASA DAN BANGSA..
HIDUP 1 MESIA!!! (DEERRRR~~XP)
No comments:
Post a Comment