20 January 2010

YU HARIMAU SERANG POSMEN DI PD?

Ok u allz.. bwk bertendang.. bwk bertendang.. ni keratan paper kosmo arini berkenaan isu serangan di port dickson (cewahhh.. ngeee).

Menurut laporan, kemungkinan yg serang bro tu kt pd adalah seekor ikan yu, yg di namekan ikan yu harimau.

So pade sesape yg xsempat bace paper td MIDORI tolong upload kn kt cni beritanye.

*************************

Yu harimau serang posmen di PD?

KUALA LUMPUR - Mungkinkah posmen, Mohamad Helme Leman, 25, digigit oleh spesies ikan yu harimau semasa bermandi-manda di pantai peranginan Port Dickson, pada 2 Januari lalu?Persoalan itu dicetuskan oleh seorang pakar marin dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Zulfigar Yassin yang tertarik dengan pendedahan Kosmo! mengenai ujian 'pemadanan' pelbagai jenis rahang ikan yu dan kesan gigitannya terhadap mangsa.


Ia sekali gus mencabar kesimpulan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Wan Muhammad Aznan Abdullah kelmarin bahawa Mohamad Helme bukan mangsa ikan yu tetapi haiwan lain yang belum diketahui.

**************************

**************************

Yg ni plak dr paper kosmo seperti yg di tulih kt atas tu. Dimana diorg ni wt simulasi kesan gigitan pada kaki bro tu untuk identify penyerang die la.

Bace bace... jgn xbace..

**************************

Penyerang kekal misteri

SEREMBAN - Spesies hidupan laut yang menggigit kaki posmen, Mohamad Helme Leman, 25, ketika mandi di pantai Port Dickson, pada 2 Januari lalu kekal terus menjadi misteri apabila identiti penyerang itu hanya dapat disahkan sebagai haiwan yang memiliki rahang panjang dan bergigi tajam.

Serangan yang menyebabkan kaki kanan mangsa koyak dan terpaksa menerima 50 jahitan itu pula berlaku hanya beberapa sentimeter dari dasar laut.

Bertindak atas laporan Kosmo! pada Ahad lalu, Jabatan Perikanan Negeri Sembilan telah menemubual mangsa dan membandingkan rahang yu garang, yu tanduk dan yu air tawar dengan kesan gigitan itu.
Hasilnya, tiada satu pun menepati bentuk kesan gigitan dan gaya serangan spesies ikan yu.

Rahang pemangsa itu juga didapati lebih panjang daripada ikan yu dan antara spesies ikan dalam kumpulan itu ialah ikan kacang atau alu-alu (barracuda).

Kesimpulan Pengarah jabatan itu, Wan Muhammad Aznan Abdullah ialah Mohamad Helme bukan mangsa ikan yu tetapi spesies lain yang belum diketahui.

UJIAN simulasi Jabatan Perikanan Negeri Sembilan kesan gigitan ikan yu (tanda bentuk ladam kuda) mendapati tidak sama dengan luka pada kaki Mohamad Helme

Haaa ni la die kemungkinan penyerang misteri yg dicari.. YU HARIMAU... Huhuhu.. klu sekali tgk dh mcm GREAT WHITE SHARK plak.. ngeri siot.. MIDORI ingt kn yu harimau tu ade belang2 ke kt badan nye.. ni dr paper kosmo la ni.. MIDORI try gak search pic2 ikan ni lagi.. tp xdpt plak..

tp klu btol la bende ni yg serang bro tu myb baby yu harimau kot.. ngee.. sbb klu bapak yu harimau mau selamat bro tu.. btol x? btol x?

ni plak ikan barracuda yg termasuk dalam kumpulan rahang lebih panjang dr yu yg dikatakn kt paper tu.. klu u allz nk tau ikan ni dalam kelas Actinopterygii yang dikenali sebagai ikan yang menyeramkan dan berukuran tubuh besar, iaitu panjangnya berukuran enam kaki dan lebar satu kaki. bdn die panjang dan ade sisik2 halus.

klu u allz nk tau lebih lanjut u allz tanye la kt pak cik google ek.. ngeeee

so, kite tggu la lg kajian2 yg tgh dijalankan oleh pihak2 berwajib untuk mengesahkannye. MIDORI hrp pantai tmpt kite bermain dr tecik smpi becar tu masih selamat untuk di kunjungi.. huhuhu.. best woo port dickson.. kikikiki..

ok la u allz sume.. klu midori dpt maklumat2 lg nnt midori roger kt u allz naa.. daaa~~

No comments:

Post a Comment

Followers

free counters