04 June 2010

2 HARI YANG MEMENATKAN

Salam deknon. Wahhh.. 2 hari kaknon takde masa langsung nak update blog. Teramat-amat busy dengan tempahan pelanggan. Siapa-siapa yang nak beli sabun basuh baju, murah dan berkualiti boleh hubungi kaknon yer. Sabun yang kaknon jual ni khas untuk kegunaan kedai dobi tetapi dia boleh juga di gunakan dirumah yer deknon.

Softener atau pelembut pakaian pun ada. Memang wangi u olss.. Hahaha.. Memang wangi deknon. Dijamin kewangiannya! Kalau tak, takkan ramai yang ambil dekat kaknon kan? Kalau ada sesiapa berminat nak meniaga sabun boleh la hubungi kaknon. Hehehe..

2 hari ni kaknon bertungkus-lumus menyiapkan tempahan pelanggan. Dia nak jual sabun dekat karnival. Katanya laku kalau jual di karnival. Kaknon tak pernah la jual di karnival, cuma mengambil tempahan, menghantar ke kedai-kedai dobi di sekitar tanah air. Johor, Melaka, Penang, Terengganu, Kelantan, Pahang dan pendek kata seluruh Malaysia la. Hahahaha.

Alhamdulillah siap jugak tempahan tersebut pada tarikh yang dijanjikan.

Selain menyiapkan tempahan untuk pelanggan tu, kaknon sedang menyiapkan pelbagai tugasan lain. Ini kerana, kaknon akan berangkat ke China pada minggu hadapan. Jadi, semua kerja-kerja harus disiapkan sebelum kaknon berangkat. Semua tempahan perlu dihantar dan disiapkan. Urusan pejabat juga harus di selesaikan.

Stok semua kene disediakan, takut nanti bila kaknon takde, susah pula kan.

Tak sabar rasanya menjejakkan kaki ke negeri China. Boleh jumpe Super Lin. Hahaha. Lin Dan la siapa lagi kan. Hahaha..


Nota kakiku: Kaknon akan melaporkan kawasan-kawasan yang bakal kaknon lawati di China nanti. Tungguuu.. Hahahahaha..


6 comments:

  1. eh pegi china buat apa kak non?
    syioookknya.
    ^___^

    ReplyDelete
  2. salam kak non..
    selamat belayar
    jangan lupa bwk stok maggi
    susah nak makan kat sana nanti
    he he..

    ReplyDelete
  3. uish pergi cina...
    jual la kt sane plak

    ReplyDelete
  4. salam..

    waah pegi china..

    kawan sy ade kt sana wt short sem..

    nnt blik bwk buah tgn tuk sy ye..

    hehe.. :)

    ReplyDelete
  5. eh... eh... kaknon nak p china ke? bestnya... jual sabun kat sana ke?

    ReplyDelete

Followers

free counters