09 February 2010

BUDAK 4 TAHUN KENE CAMPAK DENGAN MAK

HONG KONG: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun terselamat selepas dicampak ibunya daripada tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah, semalam.
Budak itu terselamat apabila jatuh ke jaring perangkap sampah.

Bagaimanapun, jaring itu gagal menyelamatkan ibunya, 41, yang terjun kemudian dan beliau dilapor mati di laluan pejalan kaki pusat beli-belah itu.
Media melaporkan pengunjung menjerit apabila melihat budak itu yang tergantung di jaring mula bergerak ke arah lubang selepas ibunya terjun.

Namun, seorang pengunjung pusat belih-belah di Sham Shui Po, Kowloon berjaya menarik budak itu daripada menghampiri lubang itu dan menyelamatkannya.
Keluarga budak itu dilapor makan tengah hari dan saksi mendakwa ibu bapanya bergaduh sebelum insiden itu.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, ibu budak itu tidak memiliki sejarah masalah mental manakala keganasan rumah tangga tidak pernah dilapor dialami keluarganya.
Januari tahun lalu, seorang lelaki mencampakkan anak saudaranya keluar tingkap apartmen dan kemudian terjun. Kedua-duanya terbunuh. - AFP
_____________________________
Aduyai.. Berita ni MIDORI baru bace dekat paper. Ape kes la mak die ni... Klu nk bergaduh pn takkan la sampai nk bunuh diri. Dh la bunuh diri, dengan anak die sekali jadi mangsa. Nasib baik la anak die selamat.
Ermm ingt la u allz sume, klu ade masalah ape sekali pn jangan la sampai bunuh diri. Lagi-lagi klu orang Islam. Besar dosa nye.
Ish macam-macam dunia ni.

5 comments:

  1. herm... boleh plk nk bunuh diri campak anak dia sekali... hish2

    ReplyDelete
  2. ngeee.. tu la bl otak letak kt lutot kot.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. pergh..campak anak,selamat. mak terjun, tak selamat. balasan agaknyer...

    ReplyDelete
  4. @meera :ahaks.. takut ape nye meera?

    @aidi-safuan : tu la psl.. jd jgn sesekali campak ank2 korg ek pasni.. hahaha

    ReplyDelete

Followers

free counters