Mangsa rokok meletup dalam mulut menyesal
JAKARTA - Sebuah syarikat pengeluar rokok, Pt Nojorono Tobacco Indonesia bersetuju untuk membiayai rawatan perubatan seorang lelaki yang kehilangan enam batang gigi apabila sebatang rokok yang dihisapnya meletup di dalam mulutnya.
Lelaki itu, Andi Susanto, 31, memberitahu stesen televisyen Metro TV dalam satu temu ramah dari sebuah hospital bahawa syarikat tersebut membuat tawaran untuk membiayai rawatan perubatannya.
"Pegawai-pegawai syarikat itu telah berbincang dengan keluarga saya dan kami bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut atas dasar persahabatan sebagai satu penyelesaian di luar mahkamah.
"Mereka akan membiayai rawatan perubatan," katanya.
Punca letupan itu masih belum diketahui.
Menurutnya, dia tidak mengunyah makanan lain semasa menyalakan rokok Clas Mild dan tidak menyedari sebarang keganjilan mengenai bau, warna dan rasanya.
Ekoran kejadian itu, dia menyatakan akan berhenti merokok. - AP
haaa ni la gambor die.. tgk la sampai bertampal mulot die.. haaa
psss.... kepada yg suke sgt merokok tu harap u allz cube2 la benti merokok.. nnt kot ilang plak gigi u allz nnt.. hahahahahaha.....dh jd mcm ni br nk nyesal.. ape daaaaa~
lgpun merokok kn membahayakan kesihatan.. kikikiki.. rs kelaka plak bl bace bite ni.. kikiki
No comments:
Post a Comment