19 May 2010

CIRI-CIRI ORANG YANG KURANG KEYAKINAN DIRI

Ciri-ciri Orang Yang Kurang Keyakinan Diri! Itu yang kaknon nak bincangkan dengan deknon semua hari ni. Keyakinan diri amat penting untuk memastikan seseorang itu berjaya mencapai matlamat hidupnya. Keyakinan diri adalah kunci utk menonjolkan diri kita dan mendapat kepercayaan daripada orang sekeliling. Tidak kira la ibu bapa, suami isteri, adik beradik, majikan, rakan sekerja dan rakan sekolah.

Orang yang kurang keyakinan diri ini adalah orang yang tidak mempercayai akan kebolehan mereka sendiri. Mereka sebenarnya ade kelebihan, yela kan setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing2. Jadi, mereka ini kurang kepercayaan kepada diri sendiri lalu menyebabkan mereka sukar untuk menonjolkan kebolehan yang ada. Dan kerana tidak ade keyakinan diri, mereka ini selalu disisihkan.

Dan antara ciri-ciri orang yang kurang keyakinan diri adalah:

~Kurang mengukir senyum diwajah

~Sentiasa risau dan kelihatan risau

~Gugup dan kelihatan gugup

~Kurang atau tidak pandai berinteraksi

~Malas bekerja dan berusaha

~Seorang yang selekeh dan mengambil mudah segala hal (cincai)

~Bersikap meminta-minta

~Sangat mudah putus asa

~Sangat suka gossip dan mengumpat

~Seorang yang defensif dan cepat marah

~Mudah atau suka berbohong

Bagaimana deknon? Ade tak ciri-ciri itu dalam diri deknon semua? Sebenarnya, memang ramai orang yang kurang keyakinan diri. Kaknon pun kadang-kadang ada ketika nya berasa tak yakin dengan diri sendiri. Bila nak buat sesuatu, kaknon fikir berkali-kali.

"Eh, boleh ke aku buat? Macam mane aku nak buat? Macam mane kalau tak berjaya?".

Ade beberapa Punca Utama Kurangnya Keyakinan Diri :

~Tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas

~Prinsip hidup yang tidak mantap

~Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan

~Tiada atau kurang kemahiran dan persediaan

~Gemar bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif, hala tuju yang tidak menentu atau tidak jelas, atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis

~Kemiskinan (Risau akan status diri yang kononnya serba kekurangan)

~Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas

Ingat yer deknon, kejayaan hanya datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan mereka dengan yakin dan cemerlang. Itu je yang kaknon nak kongsi hari ni. Semoga kita semua boleh berubah menjadi insan yang lebih baik.

Nota kakiku : Kaknon bukan confident jer tapi over-confident. Hahahaha


14 comments:

  1. alamak,kenapa banyak sangat ciri2 tersebut ngam ngan aku nih huhuhu

    ReplyDelete
  2. Saya seorang yang berkeyakinan tinggi ! :)

    ReplyDelete
  3. @Call T : hahaha.. yeke? kebetulan je kot.. (ayat menyedapkan hati Call T).. hahahaha..

    @encik tikus : tau dah.. tengok header stuar little tu dah tau dah.. hahahaha

    ReplyDelete
  4. betul betul betul apa yang dikata kaknon..

    ReplyDelete
  5. aduhai banyak jugak ciri2 tue yg ngam dengan aku..tk boleh jadi nie........

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Semua ciri2 tu ada pada saya.... Hmmm

    ReplyDelete
  8. Macam nak buat...setiap kali bersemangat benda tu jadi sekejap je? Rsa sedih dengan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaa😔😔

      Delete
    2. Buang semua benci dendam sakit hati.rasa bersalah tu dengan ikhlas caranya duduk santai otot2 di rengangkan.ttup mata tarik nafas simpan kt perut ucap dalam hati aku ikhlas semua perasaan sebut la yg di atas td keluar dr tubuh ku selamanya.ulang 3@4 ksli anda rasa dada anda ringan beban yg. Selama ini kamu tanggung hilang ulang dlm setiap hari sampai betul2 hilang.blh wsp saya shah untuk pertnyaan lain

      Delete
  9. Stiap org ingin jd yg terbaik dlm ssuatu hal..bgitu jgk sy..tp stiap kali saat itu dtg keyakinan sy akn trus hilang

    ReplyDelete

Followers

free counters