26 May 2010

GOLONGAN BERISIKO TINGGI DIJANGKITI H1N1

Baiklah.. Sekarang kaknon nak kongsikan mengenai Golongan Yang Berisiko Dijangkiti H1N1. Entry sebelom ni hanya memaparkan sedikit info dari mana datangnya H1N1 ni. Jadi, untuk mengelakkan dijangkiti, kita perlu tahu siapa yang berisiko dijangkiti penyakit ini.

Mereka-mereka yang berada dibawah ini adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti H1N1.

1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang

4. Wanita mengandung

5. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes

6. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)

7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain


Sekali diingatkan, supaya deknon semua sentiasa berhati-hati sewaktu membawa anak-anak kecil bersiar-siar.

Sumber : Web Kementerian Kesihatan Malaysia.

8 comments:

  1. mana lebih bahaya. hiv ke h1n1?

    ReplyDelete
  2. h1n1.. sebab? sebabnya h1n1 disebarkan melalui udara, contohnya pernafasan. dengan menyedut udara yang dah tercemar dengan virus h1n1 tu je kita dah boleh dijangkiti.

    berbanding HIV, ia lebih kepada sentuhan. Contoh, hubungan kelamin, cecair badan seperti darah dan air liur pengidap HIV. Ia tidak berjangkit melalui udara.

    Lagipun, HIV mengambil masa yang lame untuk bertindak pada pesakit. H1N1 pula hanya memerlukan masa pengeraman selama 2 hari. Dan dalam masa 1-4 hari simptom akan kelihatan dan menjadi semakin buruk.jika tidak mendapat rawatan segera.

    HIV die menyerang sistem imun kita sikit demi sedikit. H1N1 menyerang paru-paru dan menyebabkan lung collapes lepas tu koma pastu terus selamat dalam alam barzakh..

    tp kedua-dua virus ni memang berbahaya.. semua boleh buat mati.. huhuhu..

    kalau kaknon salah sile betol kan yer. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. nk ikutkan dua2 bahaya! mntak dijauhkan jer lah ngn sume tu...amin..))

    ReplyDelete
  4. @ZilaJai : memang dua2 bahaya. tetapi kalau dari konteks penyebaran dia sekarang, h1n1 lebih membimbangkan. dan pada kaknon lebih bahaya. kerana dia sangat mudah berjangkit. itu pada pandangan kaknon la. sebab, HIV takkan menyebabkan sesuatu negara atau tempat diisytiharkan darurat, tapi h1n1 boleh kalau tiada langkah-langkah pencegahan di ambil segera.. :)

    ReplyDelete
  5. la ingat dah abih daah wabak ni...

    ReplyDelete
  6. tak habis lagi kan H1n1 ni..seriau dibuatnya

    ReplyDelete
  7. yup tak abis lagi. dan semakin merebak sebenarnya. sebab tu kene berwaspada. :)

    ReplyDelete

Followers

free counters