13 May 2010

SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2010

Yuhuuu.. Deknonnnn. Salam semua. Apa khabar? Sihat ke? Macam mane semalam? Deknon tengok tak Piala Thomas??? Malaysia MENANGGGGG!!!

Kaknon nak ucapkan tahniah pada pasukan Malaysia. Sebab ape deknon? Sebab semalam baru main macam pemain badminton profesional yang bertaraf dunia. Kalau tak, macam budak sekolah menengah jer kaknon tengok.

Kaknon sangat puas hati tengok prestasi Choon Hann. Memberi saingan hebat dekat Jan O Jorgansen. Baru la puas hati walaupun kalah. Tapi semangat tu penting!! Tapi pada pandangan kaknon, sepatutnya Choon Hann boleh menang tapi mungkin die tak dapat mengawal tekanan tu menyebabkan set pertama tu die hilang mata. Padahal die dah leading dan dah dapat game point pun. Tapi sayang betul la. Tapi tak pe la, harap lepas ni lawan China die main dengan lebih bersungguh-sungguh dan mengelak dari kejadian yang same berlaku.

Beregu bidan terjun negara pulak, hurmmm.. Prestasi yang boleh dibanggakan. Dah name pun bidan terjun. Yang memang dengan pasangan pun hampeh, ni kan pulak bidan terjun. Tapi permainan diorang lebih bagus. Cume hilang tumpuan dan Zakry yang diharap dapat membimbing Hoon, tapi die yang banyak buat silap. Bola keluar la, sangkut la. Tapi takpe la, sekurang-kurangnya diorang fight jugak semalam. Sampai pasukan Denmark tu pun tak sangka diorang akan diheret ke rubber-game. Huhuhuhu..

Hafizzzzzz... Tahniah la pada Hafiz sebab memberi mata kemenangan kepada Malaysia. Masih main lemah lembut tapi semalam dia dapat imbangi permainan die. Kaknon takleh nak cakap die bagus ke ape, sebab Joachim Persson tu pun kaknon tengok same jer dengan Hafiz. Ahaks. Kesian 2,2 pasukan ade player yang macam tu. Tapi cume semalam nasib berpihak kepada Hafiz. Persson pulak banyak buat silap dan banyak sangkut dekat jaring. Hafiz nampak kelemahan Persson, dan die gunakan sebaiknya. Jadi, syabas untuk Hafiz Hashim. Cume, lawan die yang sebenar yang boleh menentukan level permainan Hafiz adalah pada separuh akhir pada hari jumaat ini. Apabila Malaysia bakal bertemu juara bertahan, China.


Hafiz selepas kemenangannya. Mengalahkan Joachim Persson.


Nota kakiku : Caiyok Malaysia!!! Come on!! Bangkitlah!! Bermain dengan sepenuh hati sehingga titisan darah terakhir!!!! Malaysia Boleh!!!




3 comments:

  1. Tahinah buat pasukan Malaysia :)

    ReplyDelete
  2. Harap2 dapat kekalkan prestasi, or up kan lagi utk lawan china nanti..kan kaknon kan?hehe

    ReplyDelete
  3. @encik tikus : Tahniah2.. Harap jangan lalai.. Huhuhu..

    @Hasrol Nizam : Yup.. kekalkan prestasi dan jangan mudah hilang tumpuan dan jangan terlampau yakin. yakin sangat pun susah jugak. kan deknon kan? hehehehe

    ReplyDelete

Followers

free counters